Pages

Wednesday, July 11, 2012

Bertabur duit keluar

Abah tak pernah masuk hospital. 
Kalau sakit, abah pergi klinik ajer. 

Tapi, jumaat lepas mak telefon, cakap, abah masuk hospital Pontian. Abah bawa kereta sendiri, menyerah diri ke hospital. 
Kalau tak betul-betul sakit, abah takkan pergi hospital...
 Hidung abah dimasukkan tiub. Dah 2 botol air disalurkan ke badan abah juga. 
Kesian abah. 
Perut abah kembung. Keras. Tak boleh buang semua. Tak boleh buang air besar, tak boleh buang angin...dari mana-mana saluran pun. 
Selama seminggu. 
Kalau dah tak boleh buang kekotoran dalam badan, pasti sakitkan...

3 hari di hospital daerah, tiada apa-apa perubahan. Tak tahu punca abah tak buang air. 
Dr kata, lagi 2 hari kalau tak ada perubahan, dia akan rujuk ke hospital Johor Bahru...
Lagi 2 hari??? 
Emmm...
(hospital pakar damansara tingkat 5 - sebelum membuat endoscopy - sebelum ke hospital sempat tanya: Ok tak abah pakai baju ni?tetap nak bergaya walaupun sakit..itulah abah...)

Akhirnya kami bersetuju membawa abah ke Hospital Pakar Damansara. 
Abah tak nak. 
Abah kata mahal. 
Mak kata mahal. 
Kami cakap, janganlah risau...Kami akan usahakan
Insyaallah.
Lagipun adik kak gerau, nurse montel ni  kerja kat sini. Dia boleh tolong uruskan...Kesian juga kat dia... semalam dia kerja malam, tapi pagi esoknya dengan tak tidur, dia uruskan abah ditambah dengan keadaan mengandung...
Alhamdulillah, urusan menjadi lebih cepat.
Sementara tunggu abah buat endoscopy, kami  round-round tingkat 5 - ward baru kanak-kanak. 
Cantik gilerrr.
Nasib baik dah tua dewasa...kalau tak, sure kak gerau buat-buat sakit perut mintak masuk wad ni...
Tapi hergerrrnya???
Emmmm,
Untunglah kalau orang banyak duit...

Kalau orang banyak gebang macam kak gerau, banyak duitnya kan best!
Gebang jer,,,bertabur duit keluar...
Gebang jer,,,menyembur duit keluar
Syiok Kannn?
Gerau kaya! Gerau Kaya!
Yer leeeerr
Kayalah Sanggatttt!!!
Anak saudara sulung kak gerau, bercuti semata-mata nak teman atuk n mak wa.
Bilik wad

Dr kata, perut abah dah kena infection. Kalau tunggu lagi lama, infection makin teruk. Nasib baik cepat bawa abah ke sini. 
Alhamdulillah,
 ...selepas pemeriksaan , antibiotik dan ubat, selepas 4 hari, abah dah sihat. 
Tak sabar-sabar nak balik kampung, 
Rindu kucing katanya...
Emmm
Janji abah bahagia.
We love U abah.

14 comments:

  1. get well soon abah...giler ward kanak2 lawa mcm tuh...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga keadaan abah Kak Gerau bertambah baik lepas ni...

    cantiknya ward kanak2 tapi tak molahhh.. tak best masuk ward kena makan ubat loooo

    ReplyDelete
  3. kim salam abah..

    cantik nya ward abahhhhhh

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.semoga ketika ini ayahanda gerau dah kembali sihat seperti sediakala...Jika ada duit semua boleh:)Insyallah.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah....insyaallah...doakan yg terbaik utk abah Gerau Gebang...amin..:)

    ReplyDelete
  6. ayah saya pun selalu risau kalau anak2 hantar ke spital swasta, dia takut bilnya mahal. Tapi paksa juga bila kenangkan dia dah berkorban terlalu banyak pd kami. Sekali-sekala korek tabung cucu dia apa salahnya kan.. hihihi

    ReplyDelete
  7. semoga abah kak gerau cpt sembuh...
    cantik sgt wad,mesti org sakit rasa tenang je dpt dok wad mcm tu kan....

    ReplyDelete
  8. GG
    Alhamdulillah abah awak dah sihat..

    Psst..adiknya lawa, kakaknya mestilah lawa juga ek?

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Gerau.Atie doakn abah k.gerau semakin sihat ya.Aminnn
    Cantiknya wad abah...klu sihat dok kat wad ni..maunya xmo balik.hikhik

    ReplyDelete
  10. kadang2 tindakan hospital kerajaan lambat.
    Apa pun .... alhamdulillah bapa kat gerau dah sihat. Boleh laaa gebang riuh lagi ... keh keh keh ..

    ReplyDelete
  11. suria...
    kannnn....

    sari
    dah ok dah...alhamdulillah.tq

    Saya & kamera
    tempat abah tunggu tu bukan wad...tapi tempat nak buat endoscopy...tapii cantik kan. lukisannya cantik-cantik

    ReplyDelete
  12. cm
    Betullah cm...kalau banyak duit, memang boleh macam-macam...

    zurina
    aminn

    sudipVsSenduk
    Kan...kesian diaorang kan

    ReplyDelete
  13. Ina
    tak nak balik kalau dapat masukkan

    CS
    errr...kakak dia...terkurang lawa...ha aha ha

    azatie:
    syiokkan...sakit cam tak terasa

    ReplyDelete
  14. Chik Att
    betul...lambat. Sebab risaukan abah, tu yang bawak kat sini...tapi, fahamlah...mendaftar pun murahkan...dah jangka

    ReplyDelete