Malas betul nak menulis hari ni. Tapi sebab nak sambung cerita semalam tulis la jugak. Ada sesiapa kisah? Tak de sesiapa kisah pun, tapi gerau yang nak kisahkan kat sini.
Setelah pulun habis makanan kat Warung aku Bukak Bukan kerana Nama tu, gerau meneruskan misi ke Kelumpang. Tak sampai 5 minit perjalanan, mata pun layu semacam. Apa lagi nak buat? Go to sleep la. Tiba-tiba aje terbau semacam. Tak jadi lelap. Makin lama bau tu makin kuat. Bulu hidung dah mula meremang. Maka bermulalah episod Pemburu hantu. Kih kih kih kih. Gerau pandang bang badang, bang badang releks aje.
Si Kentang tanya. "Eh, ada bau tak?" Si Fucuk cakap, ada bau la. Gerau besarkan bijik mata kat diaorang. Di kiri kanan jalan ke Kelumpang ni hanya dipenuh kebun getah yang agak bersemak. Suasananya agak sunyi juga.
Rau rau, wangi betul bau dia. Memang kuat baunya. Kalau bau ni, memang semua orang takut.
Takut habis duit. Yeeleh.
Macam mana kiranya tu kak," gerau tanya. "Sebiji 8 hinggit," kata kakak durian. "Belilah, baru gugur ni." Err, Ooh tak pe lah, kita nak yang dah lama gugur. he he he. Jawapan orang bingai. Mesti kakak tu baling gerau dengan durian kalau gerau jawab macam tu. Kami meninggalkan kakak durian tu dengan janji-janji palsu yang kami akan datang lagi petang nanti. Terpaksa tipu kak, durian akak mahal.
Fuh, dah sampai pun Kelumpang Resort. Alhamdulillah.
Pintu gerbang. Sekali masuk 5 hinggit sorang. Tapi gerau free. Kenapa? Ade lah.
Penyambut tetamu yang betul-betul duduk dua meter dari pintu gerbang. Macam konpius pulak. Ni resort mandi-manda ke, atau taman reptilia. Atau...
Taman burung?
Burung tiong dengan burung kakak yang for sure belum tua ni katanya pandai bercakap. Katanya lah. Tapi bila kita orang cakap. Sebiji haram pun tak cakap. Buat malu aje. Yang lain pulak yang tegur kami.
"Kak, kak, ada jam tak? sekarang pukul berapa?"
Ini chalet tempat kitaorang tidur. Harga semalam RM 200. Tapi gerau tak bayar. Ade la.
Dalam kawasan resort.
Tempat bersiram dan berendam, untuk orang yang kayu berenang.
Air terjun cantik. Sebab ni kali kedua gerau sampai sini, taklah terpegun sangat. Tapi memang cantik.
Makan kat situ susah sikit. Jadi, inilah makan malam untuk orang yang sedar diri. Benjo RM 1.20.
Burger ayam merendah diri kerana meletakkan harganya semurah RM 1.70. Sungguh kacak adik yang menjual burger ni. Lupa pulak nak ambil nombor telefon dia, boleh kenenkan dengan member Yang Solo, bukan Wong Solo. Tau tak pe.
Psst: Bermalam di situ agak kelakor sebab lampunya sekejap terang, sekejap malap, kipas dan air-cond nya pulak sekejap laju sekejap slow. Macam berhantu pulak. Tapi sebenarnya sebab letrik kat kawasan tu dicatu. Macam manapun, malam itu kami tidak tidur lena kerana haiwan-haiwan mini zoo bersembang sakan sampai ke pagi. Kalau gerau tau apa yang mereka sembangkan dah lama gerau join sekali.
Tamat
Cerita ini adalah rekaan semata-mata ttiada berkaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Ceh