Wednesday, July 29, 2009
Berendam Jiwa
Tuesday, July 28, 2009
Jangan Makan Buru-buru Dong.
Gerau asyik dok siku-siku bang badang suruh amik lauk dulu.
" Eer, saya amik ye lauk ni. Eer, lauk tu sedap jugak. Saya amik ya. Hulurkan saya lauk tu. Sedap ye ayam dia. Ayam kampung gak nya ye. Sambal dia pedas, tapi sedap." Semua dialog tu gerau yang cakap. Yang lain tu angguk-angguk je. Lantak kauorang. Sapa malu lapor.
Sama meja ngan gerau, ade la sorang perempuan ni ala-ala puteri kelembai. Semua tak makan. " Saya tak makan ayam. "Daging pun saya tak makan. Ikan pun pilih-pilih." Elok la, tak makan semua. Makanlah tissue aje. Tak kuasa akak.
Iklan ni dia letak atas meja makan. Oh, patutlah diaorang makan slow. Enggak mahu buru-buru. Gerau apa keesah.
Iklan lagi.
Psst: Makanan memang best. Tapi jauh sangat nak pi. Dah jumpa kat Malaysia yang best. Nanti nak pegi. Tunggu ya.
Kemaruk
Sunday, July 26, 2009
Si Kunta Kintei
Malam makan mee rebus Johor. Mee rebus? Alih-alih rasa nak demam pulak, sebab sebenarnya dah 2 bulan tak buat mee ni. 2 bulan? , eerr 2 tahun sebenarnya. Astagfirullah. Masa buat tu, ingat-ingat lupa. Nak tepon mak takut mak marah, sebab mak akan cakap, "Kau ni, bila nak masak baru terhegeh-hegeh nak tepon. Tulis lah resepi tu. Nanti lupa,". Dan gerau akan cakap " Iyalah orang tulis ni. Tapi lepas tu hilang ke mana. Sori mak.
Psst: Mee rebus mak gerau mesti letak tetel n santan. Gerau letak gak tapi macam kurang jugak. Tak macam mak buat. Mak! Mak!Mak! Kenapa orang buat tak macam mak buat ek? Kesian mak. I luv u mak.
Gerau buat tak geti sukat-sukat bagai. Cebur-cebur je. Tapi bahan-bahannya ingatlah.
- Cili kering (sikit je, ikut tahap kepedasan tekak)
- bawang merah n bawang putih
- halia sikit
- serai titik sebatang 2.
- lengkuas sikit
- udang kering (kisar halus) .
- rempah kari daging. ( agak-agak je, tapi jangan banyak sangat, nanti jadi mee kari lak)
- Daging tetel (rebus - lepas empuk, potong kecik, masukkan dalam kuah.Air rebusan masukkan sekali tau)
- Santan pekat satu cawan.
- Keledek - kalau keledek lebih manis. kentang kurang manis. tapi kekadang, keledek ada sabutnya. so, suka hati le nak yang mana ye. ( rebus dan lenyek - masukkan dalam kuah. takkanlah masukkan dalam mee kan)
- Tumis semua bahan tumis. masukkan air, santan dan segala-galanya. biar naik minyak.
- Manis sikit tak pe. lagi sedap.
Selamat mencuba.
Friday, July 24, 2009
Sambal telur derhaka
Wednesday, July 22, 2009
Makakami Goreng
Pencuci mulutnya puding jarang. Nampak segala isi perutnya. Rasa sama corak je berbeza.
Psst: Tak de ape-ape sebab kat tempat kerja banyak kerja. eh, tak kena mengena langsung. Tak kisah la.
Tuesday, July 21, 2009
Tekak Memerang
Sushi ni semua ada nama. Tapi banyak yang Gerau Ji Woo tak tau daripada tau. Yang pasti tengah tu ikan. Half boiled prawn ngan stick crab + vege Kat luar tu bersalut ngan telur Ikan Zimbabwe. Agaknya la sebab telur ikan tu hitam.Tak pun dari Kenya. Entah apa namanya. Dalam tu stick crab+ timun jepun krup-krup Ini kegemaran anak-anak . Sushi tuna.
Monday, July 20, 2009
Bahu Gua, Bahu Lu
Macam-macam jem dia selet. Mesti geng-geng semua cakap , ala setakat kek ni sambil pejam mata pun boleh buat. Tapi bagi gerau, jegil mata macam Tuhan hindu pun gerau tak geti buat. Rojak buah ni gerau beli waktu sedang joging. Tengah joging boleh beli makanan? Ini bukan salah gerau ha, kakak rojak ni yang buat hal. Orang baru start joging satu round, tak semene-mene dia datang bukak meja depan padang jual rojak. Dengki betul. Jual lah kat padang lain. Bila gerau lalu kat depan dia, dia senyum aje. Tak sampai hati pulak. Terus beli 2 bekas polisterine. Rojak aje. Tak baik hampakan harapan orang kan?
Psst: Air cincau akak rojak tu pun sedap . He he he, selain rojak gerau beli air cincau jugak. Air je.
Friday, July 17, 2009
Nasi Gobik : Hantu Gobik
Nasi Gobik ( Nasi goreng lembik) dengan telur goreng. 1 untuk bang badang, 1 untuk kentang. Fucuk ngan Soo Hoon sekolah. Gerau tak dapat. Mengendeng aje bila kentang makan. Nak mintak tak sampai hati. Itulah rupanya kalau dah kena sampuk dengan hantu malas. Padanlah muka sendiri.
Cencaru buta goreng sumbat lada. Macam tak sedap aje ek? Cencaru buta sumbat goreng. Lada nak letak kat mana pulak. Tak kisahlah, lagipun dia buta.
Thursday, July 16, 2009
Perempuan penuh tipu helah
Sampai-sampai aje, mestilah duduk kan? Gerau pun keluarkan kamera dari handbag. Semua dok paling kat gerau. Cara tengok, macam aku keluarkan pistol. Hai, inilah orang kita. Tak senang tengok orang lain ada blog. Eh, macam tak de kena mengena aje ek!Peduli apakan?
Perhiasan ala-ala rumah gerau. Tapi gambor kaunter ni kena amik sebab kat rumah tak de.
Pokok ni pun tak de kat rumah. Kena amik.
Alas pinggan dia cantik. Ada bas persiaran lagi. Nampak tak bas tu. Kat last bas stop.
Tengah melilau cari sudut mana yang cantik, ternampak pulak lampu flash card budak-budak tadika ni. Unik jugak. Tapi satu bald lampu dah out.
Alih-alih, cikgu datang kasi buku tulis. Dia suruh buat homework, besok antor. TErkejut akak. Macam pergi pusat tuisyen pulak. Lama jugak le gerau belek buku exercise ni. Teringat masa sekolah rendah. Kita bawak bekal lontong dalam beg. Macam mana entah, kuah lontong tumpah. Habis buku latihan kita penuh so hoon. Cikgu suruh jemur depan padang. Bila kering buku kita capuk-capuk. Kesian kita.
Dah namanya kedai otak-otak kan? Mestilah makan otak-otak. Bestnya otak-otak dia. Memang berotak orang yang masak ni.
Rendang ayam nyonya. Sedap sangat cakap pun tak guna.
Tahu sambal yang sedap digatah.
Nasi putih dalam bumbung litar sepang. Bekas bukan main gedabak, isinya sayup je. Ciput nauzubillah. Kecik hati tau. Perli-perli kita .Mentang-mentanglah.
Soto pun ada dalam pakej ni. Soto bersenduk. Sudunya sebesar senduk. Terasa lagi. Makan kat sini, asyik kecik hati je. Patutlah dia kasi nasi sikit.
Sambal kicap yang berladong kicapnya.