Acar Timun. Tapi kali ni kureng sikit. Tukang masak Posa. Amin.
Dalca kambing. Ok la.
Acar buah yang tak berbuah. Yang lebih sesuai digelar Acar berbuah bawang.
Acar Timun. Tapi kali ni kureng sikit. Tukang masak Posa. Amin.
Dalca kambing. Ok la.
Acar buah yang tak berbuah. Yang lebih sesuai digelar Acar berbuah bawang.
Sahur semalam, niat nak minum susu aje. Susu HL segelas ngan 2 biji kurma.
Roti tu jangan hirau kan. Tadi dah cerita. Beli dua kotak susu .Maka pada pukul 5.15 gerau pun minum susu tu. Dalam mamai-mamai tu, teguk seteguk, macam tak kena aje rasa dia. Teguk lagi seteguk dua.
Awat semacam? Belek-belek kotak dia. Dalam hati cakap, aku ni salah beli susu ke? Susu ke Yogurt? Suruh bang badang rasa. Confirm masam.Tengok expiry date 4 Sept. Habis cam na? Haaaa, minum susu basi.
***
Pukul 9.30 pagi
Dah buat pelaburan sebanyak 4 kali ke bank. Lutut rasa nak tanggal. Memapah ke dinding nak bangun. Merangkak keluar dari bank. Letihhh gila. Semua Susu punya pasal.
5 Petang
Namun, gerau tak pernah patah semangat kalau bab makan.
*** Sambal cili padi ikan bilis.
Popia bersira. Beli kat pasar asnaf sek 3 Shah Alam. Sedap ni.
Lama jugak la pandangan gelap. Lepas tu dengor suara sayup-sayur " masuk bilik, masuk bilik" .Dalam separuh sedar, nampak bang badang kat tepi komputer. Kacau aje , orang tengah sedap tidur kejut pulak. Iya la, takkan nak dukung kan. 10, 20 kilo boleh la dukung, nak panggil kren angkat dah malam. Tak kejut karang, pagi-pagi dah keluar ceramah sakit badan , sakit pinggang sebab tidur kat lantai.
Itu lah sebab 3 hari dah blog terbangai.
Undeng-undeng sebelum Shopping
1. Makan sup ikan merah 2 ketul - Rm 8.00
2. Lemak rebung + perut lembu = untuk masuk ke perut orang RM 4.00
3. Pecal - Rm.3.00 - Mangan, mangan.
4. Mangsa Perang
Beli ayam yang dah di marinate kan di JJ. Lepas tu letupkan kat dapur. Ha, ha, ha,padan muka sendiri. Ereng-ereng pun sedap. Nak kata apa lagi. Sendiri yang goreng hangus. Ceeit.
5. Dadih jagung
Psst: Tengah shopping gerau yang buat muncung. Orang tua shopping gitu la rupanya.
Kepada semua untuk yang sekian kali , Gerau ucapakan Selamat Menyambut Ramadhan, moga amal ibadah dapat dilipat gandakan. .
Bukankah ramadhan bulan penuh barakah, bulan menambah pahala, bulan penyucian, bulan kemaafan, bulan kemuliaan?
Oleh itu, maaf dipinta jika ada silap dan salah.
Psst: Malam ni semua nak sahur nasi goreng. Sat ni nak pi masak nasi, kisar lada, karang senang, sambil peluk bantal pun boleh masak.
Air bandung yang sesuai untuk yang kukuh imannya sahaja. Bagi yang imannya goyah, jangan dicuba, takut tidak tahan gelora di jiwa. Kalau minum sekali pasti nak lagi, lagi, lagi, lagi. Kalau dah minum banyak mestilah rugi. Kan? Anda yang mana? Yang kukuh atau yang goyah imannya?
**** Kisah Pink 4: Oh,Aku Dah Besar !(Short Story)
Dulu aku kecik, sekarang aku dah besar.
Inilah acotet keluarga kak gerau n kakak kak gerau. *** Kisah Pink Terakhir: Pink Kah Aku?
Jumaat lalu, Pak cik bongsu kak gerau dipanggil ilahi. Diserang sakit jantung seperti Arwah Asri Rabbani. Tiba-tiba sahaja rebah. Ketika sedang bersedia untuk pulang bertemu anak dan isteri. Seperti setiap hari yang biasa dilalui. Tetapi kali ini, dia tidak akan kembali. Dia terpaksa mungkir janji kerana janjinya kepada Pencipta Allah hu rabbi yang lebih pasti yang akan dituruti.
Di kebumikan di perkuburan Mohamadiah Johor Bahru. Tinggalah diri seorang diri, hanya amalan dibawa, diiringi. Moga rohmu diangkat Ilahi bersama golongan ahli sufi. Insyaallah.
Inilah hadiah yang semua-semua gerau tak dapat.
Kalau dapat cilok hamper tu satu, kan best. Fuh,kalau dapat, raya Cina akak. Harap-harap lepas ni ada perlawanan baling cokodok pulak. Yang tu ada harapan menang.
Nomber 211 sila ambil ubat di kaunter 2.
Konpius pulak. Macam kaunter ubat hospital kan? Ni bukan silap tempek gambar la. Geng gerau yang sorang tu baru baik demam. Kesian dia, lepas pi kaunter hospital pi kaunter bowling pulak.
Makanan disediakan jugak.
Popia.
Tapi yang ni popia kat kedai lain. Popia jugak. Tempat je lain. Tapi popia kat Pin Junction tu memang sedap.
Nasi goreng.
Tapi ni nasi goreng geng gebang masak. Gambar makanan tak sempat amik, dah habis. Tempek gambar yang ada dalam almari sendiri je. Ok la. Nasi goreng gak.
Sandwich pun ada. Airnya air grape. Bole la. Baling-baling makan, makan-makan baling, makan-makan baling lebih banyak daripada baling-baling makan.
Psst: Syiok rasa sebab bila main tu berpeluh-peluh, tak payah joging pun berpeluh-peluh. Itu dalam air cond tu. Dah dapat idea nak senam cam mana. Pi bowling. yeh yeh. Mak doyah, mak doyah kalau mak doyah ada mesti best kan? Balik la sini mak doyah kita baling ke longkang.