Pages

Tuesday, September 29, 2009

Batang Buluh tu Ahkak Simpan

10 hari di hari raya . Dah berbakul-bakul cerita kak gerau simpan. Baru hari ni dapat menyidai, melipat. 
Lepas raya ni, fius kepala kak gerau banyak pulak yang rosak. 10 hari di hari raya, macam blurrr je. Banyak makan gaknya. Memang ya pun, nak gak-gak apa lak? 

Tahun ni graya macam tak berapa best je. Takbir pun tak dengor. Padahal masjid dekat je ngan umah. Adakah?.....
A Tok imam sakit tekak?
B speaker surau orang pinjam?
C Telinga ahkak torek?  
Tak pe lah. Raya kena raya jugak tak?

Suatu hari di pagi raya. 



Burasak, makanan keturunan Daeng Celak, Daeng Merewah.



Serunding kelapa + udang kering. Serunding ni boleh simpan lama.



Daging beryani

Nasi Himpit

Sambal goreng buatan kak gerau ngan kak long gerau


Hati lembu black pepper. Terpusing-pusing kepala makan sebab sedap. Kolesterol ? Darah tinggi ? Gasak kau.



Ayam masak merah





Lemang kurrr......(rezeki, rezeki gerau, kalau tak umpph, simpan jer)
Tempayan betul. Batang buluh tu memang ahkak simpan dik hoooi, tahun depan ahkak buat meriam buluh , ahkak bom umah dia. Boleh tak?

Lemang dipotong ala-ala berhiaskan reben untuk cover kekurrr....nya itu.



Eeh, bang badang. Sukanya dia nampak makanan.

 

Lodeh Mak Lodeh





Sambal kacang. Selalunya mak kita tak buat tapi sebab bang badang suka, Mak kita buat. Mak, mak kita buat special untuk dia.

Psst: Macam blurr lagi la. Weng semacam je.  Entry pun space  besor-besor. Ape-ape entah.  Maafkan aje lah ye?

Tuesday, September 15, 2009

Adakah malam tadi...?

Nyanyi, nyanyi. ! Lagu Raya.

Selamat hari Raya, Kepada saudara serta Saudari,
Setahun, hanya sekali, kita merayakan hari yang mulia ini.

Pertama sekali, kak gerau nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua geng gebang kak gerau. Mintak mak,kuih sepotong, maaf kepada yang terkecil hati. Iya la,  gerau ni semua tak insurans. Mulut, idak, tangan idak, semua-semualah.

"Makan, makan! Tak tau nak masak apa hari ni. "

Kepada sesapa yang suruh amik kad raya, kak gerau dah amik dah malam tadi. Walaupun lampu motor kak gerau dah kena ikat ngan tali rapiar, kak gerau pi rempit ,amik gak.Terima kasih la ya. Kak gerau dah sangkut kat pokok buluh depan rumah kak gerau. Bergayut-gayut, cantik.

"Jemput, sila, sila. Perabih semua. Bang badang tak suka benda ni."


Sepatutnya kali ni kak gerau balik Rawang. Sesubuh ni, tetiba je, bang badang cakap, "Kita balik Johor  la."   

Uwaa Uwaa Uwaa.!!!
Jap, jap. Johor? Bukan ke Johor tu, rumah aku? Uwaa Uwaaaaaaa... ahkak nangis dik- ahkak jolok-jolok lubang telinga ahkak. Pendengaran ahkak rosak ke? atau... Adakah malam tadi...???
****

Akak redha tahun ni, balik Johor lagi. Yipppy. Siapa sangka. Dapatlah makan sambal goreng Jawa laa.

 "Tambah lah nasi. Pi amik sendiri. Lam periuk banyak'
*
*
Psst:  he he he. Ketiga-tiga menu ni adalah menu buka posa kak gerau sekeluarga.

Sunday, September 13, 2009

Beranakkan Ayam

Kalau manusia boleh beranakkan ayam,  banyak dah anak ayam gerau lahirkan. Jadilah gerau mak ayam  mak kandung kepada ayam-ayam tu.Manakan taknya, selama hampir sebulan posa, lebih 10 biji telur ayam dah gerau telan. Itu belum campur telur dadar ngan telur mata lembu. Tapi lauk ni lah best in the worrldd. Sambal Telur Derhaka.


Lawannya


Kacang buncis cair masak lemak campur udang. Letak santan cair-cair je. Jaga kesihatan. Iye la, tu. lagi pun kalu bulan posa ni banyak makan lemak pedih pulak perut.

Ikan siakap masak kicap . Ikan siakap masak? Aku yang masak, dia dapat nama lak. Mana ada jalan? Lebih adil dipanggil Masak Kicap Ikan Siakap.
Masak tu aje.  Penat kemas rumah. Lapp  almari tv. Lap kat situ je sebab habuk kat situ dah  5 inci tebal. Tempat lain baru 3 inci masih boleh tahan tengok. 
Psst: masa ni lah teringat bibik, kalau lah ada bibik, tak le, gerau me resdung sampai ke malam hari ni. Hanya sebab lap almari tv je.

Friday, September 11, 2009

Sah-sah, Pilih Kasih

Flash back: hari tu, minggu lepas, mak gerau datang dari Johor ngan abah.Biase le, mak kalau datang , tu dia,  macam nak pi meniaga kat pasar lambak. Pucuk-pucuk daun untuk buat bebotok pun dia bawak.

Cili merah, cili padi, serai, daun kunyit, ngan kerisik. Semua ada. Baru sekarang sempat amik gambor. Dah kecut berut pun.

Gerau: kenapa mak bawah cili ni mak. Umah orang ada la. 
Mak G: Ah, cili aku lagi elok. (Eksen kan?. Padahal cili tu, dia beli gak, bukan tanam pun)

Mee siput.
Kak Long gerau kirim. Bertimbun-timbun . Macam nak bagi bantuan mangsa banjir.

White coffee. Mak abah jual kopi ni. Kita tolong jual lak kat sini.
Pulasan dah tinggal korek-korek.

***
Tengah pungah keluar barang dari lori kereta ke dapur gerau, Gerau tanya.


Babak :  Pilih Kasih


Gerau: "Mak bila balik?"
Mak G: " Aku baru sampai kau dah tanya balik" (serius ni, serius)

Gerau: Macam halau pulak ek? He he he, bukan apa, tinggal le lama sikit. Nak bawak mak round-round.

Mak G: Aku mana boleh lama tinggal umah, baby ngan cucu aku sapa nak jaga. " (Marah dah, mati aku)

Gerau: (Monolog) Asyik-asyik baby, asyik-asyik cucu yang sana.. Yang sini, cucu dia gak. Pilih kasih.
Ini Tak adil. (ala-ala S Kadarisman dalam Tiga Abdul) Hidung ngan mulut  terjongket-jongket sambil mengomel dalam hati.

Mak G: " 3, 4 hari kot. 4 hari, dah 20 hinggit bayor kat orang jaga tu. Tengoklah. Dah lah meh kita masak."


Maka masak la kami.

Sotong sambal
Ayam Kormak. Lihat pandangan sebelah kiri atas. Apa tu? Cuba teka?
Sayur Lodeh

***
Maka berbukalah kami dengan lauk-lauk di atas. 
*
*
9.00 malam. Ada panggilan telefon daripada kak Long
9.10 minit.

Mak G: Cucu aku dah hilang. Ada orang amik cucu aku. Sampai hati amik cucu aku.

Gerau: ????????

Abah: Sapa hilang? yang mana? adik, abang ke kakak?

Mak G: Long kata, adik ngan abang.

Gerau:???????
Bukan tidur tau. Baru lepas nangis. Betul. Abah gerau menangis.  Tengah melayan hati yang sedih. Badan kat KL, hati kat Kampung.

Tiba-tiba
Abah: Jah, Besok pagi-pagi kita balik la.
*
*
*

Inilah Si Dogol yang hilang tu.
Tensiooonnnnn. Sapa pulak yang amik. Kan mak abah dah kena balik.

Gerau: Wat apa nak balik mak, abah, kan emak dia ada. Lagipun mak baru sampai.

Mak G: Kau apa tau, kesian mak dia anak dah kena amik orang. Entah hidup entah mati anak dia. Menetek lagi semua tu. Dah cerdik dah. Dah pandai main. (Eeleh, pandai main je. bukan hebat sangat pun)

Gambar kenangan mak ngan anak-anak sebelum tragedi. No 1 dari kiri, kakak, abang, adik. Mak perlukan sokongan. So atuk ngan nenek kena balik.
***

Ini baby. Anak yang paling dia sayang. Malam tidur dengan mak abah kita. Menyampah.


Psst: Sah-sah pilih kasih. Waaa Waaa Waaa. Mak tak sayang kita. Sebab kita anak orang bukan anak kucing. Waa Waaa.

Wednesday, September 9, 2009

Booking seluruh restoran.

9.9.99. tepat pukul 11 pagi Budak lelaki botak kecil yang tersengih dalam ini gambor meraung sebab kena keluar dari perut kak gerau. Tak kanlah nak mem 'bogel' lama-lama. Keluar-keluar leer pakai baju,  nengok dunia. Berat masa tu, 2.7 je. Kecik kan? Sebabnya kak gerau darah tinggi. Kak gerau beri nama si botak ni
Ahmad Nabil Amsyar.
***
Budak botak @ kentang @ budak ahmad ngan kakaknya (hari-hari perang diaorang ni)
***
Hari ni, 9.9.09. Genap 10 tahun.
*
*
*
Sepanjang 10 tahun, budak Ahmad ni paling banyak masuk keluar hospital.
***
1. Masa lahir kena tahan sebab jaundice
2. Umur 20 hari berkhatan pulak.
3. Sebab allergic, selalu mai hospital.
4. Umur 2 tahun dia pi kunyah pil darah tinggi kak gerau, masuk hospital lagi.
5.  Darjah satu operate tonsil
6. Darjah 2 operate mata sebab bulu mata tercucuk ke dalam mata. (Dr kata, kalau tak operate mata boleh rosak)
7. Darjah 3 kena denggi. Masyaallah.
Kesian dengan budak botak Ahmad ni. Semoga bermula daripada hari ini, tiada lagi ke hospital sebab sakit. Insyaallah. Kalau  isteri bersalin, tak pe la kan.
Moga diberkati Allah dan menjadi anak soleh. Sebab banyak kali kena operate, budak botak ni jadi terlebih kembang lak.
***
Dia kata dia nak makan western. Kitaorang pun pi sini.
*

Kat Kota Damansara. Dekat. Lepas makan terus balik.
*
*
Sebab hari ni hari istimewa buat kentang, gerau booking seluruh restoran untuk kami se family. Jadi yang dalam kaca tu, keluarga kak gerau je.  Pelanggan lain yang datang kena dok luar naa. Nampak tak dua orang tu. Dok luar aje kan.  Hebat gitew.
*
*
Ewah, ewah Cik Gerau Ooi. Tak de Maknanya!
Sebenornya tak de orang yang datang makan. Yang ada , gerau sekeluarga  ngan couple kat luar tu je. he he he . Berangan je, tak kena bayor kan?

Kentang order Grilled Fish ngan sos lemon.
Fuu cuk order chicken chop dgn black pepper sos.
 

Kak Gerau, bang badang ngan Suu hoon order Grilled Chicken ngan black pepper sos. 2 minit lepas bang  pelayan tu cakap, sos black pepper habis. Heeit, heran akak dik, tetiba je black pepper habis. Dia hirup buat buka posa ke? Dia nak  ganti ngan sos cendawan.
***
Nak marah ni. Kak gerau dah nak menyirap dah ni. " Dah habis?" sambil cakap,  gerau pun angkat muka tengok pelayan tu. Eh, macam  Zed Zaidi la. 
" Err tak pe lah, sos cendawan pun sos cendawan lah. Nasib baikkk.
Kalau cam Mr Bean ? Cam ne?
***
Gerau order sup cendawan gak. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tak mai, mai. Punya nak tunggu sup cendawan , sekali suap kunyah 44 kali . Last-last? Pi singgah Pizza Hut , take away sup aje sebab anak-anak nak makan gak.

***
Teh ais kentang punya. Kurus renjung je gelas dia. Kurang sesuai untuk orang buka posa.
Yang ni kitaorang punya.
***
Psst: Nasib baik posa. Niat baik aje la. Sebelum habis makan 'Zed Zaidi'  itu sembahyang kat tepi restoran. Sayu pulak hati.  Akak redha lagi.

Sunday, September 6, 2009

Karipap Obes

Sebab tudung tak matching ngan baju raya terus hilang selera hari ni. Ceh ceh, ceh. Masuk akal ke? Ha, tok sah le percaya. Kak gerau jarang-jarang tak selera. Itupun masa kena chicken pox dulu. Kalau tak, selera memanjang. Hari ni gerau tak masak nasi. Kalau pi Pa Ram , saie 3, 4 kali pun masih tak tahu nak makan apa. Jadi pengakhiran cerita?...
Gerau masak Spag gheti. Selain chicken chop, ini je makanan barat yang gerau gheti. Yang gheti makan ni, gerau, kentang, fu cuk ngan Soo Huun je. Bang Bandang? Lebih rela ditelan batu belah batu bertangkup daripada makanan benda alah ni.
***
Untuk bang badang, gerau masak bihun lada hitam.

Sebelum masak semua-semua tu, gerau pi IKEA hanya untuk beli Karipap Obes ni. Besor kan? Sehinggit sekeping. SEdap gillerr. Kalau beli lebih daripada 1/2 dozen (6 keping) ada diskaun 50 sen. he he he. Kak gerau beli 10 keping. Tu dia.

Ini pandangan dari dalam karipap. Ada tolor lagi. Best. Kalau pi IKEA tak beli karipap ni kira macam pi tandas tak cebok la. So baik beli kalau pi situ.

** Sempat singgah Kedai Kek Raja beli apa kebenda tah namanya ni, nampak cantik benor, terus beli. Sedap jugak. Psst: Sebenornya merayap banyak tempat sebab nak cari tudung kaler biru tapi tak berapa nak biru, macam nak kehijau-hijau sikit tapi bukan hijau sangat. Payah betul.

Saturday, September 5, 2009

Nasi Lemak Wayang Pek Ji

Dulu, rumah gerau bersebelahan dengan tokong cina. Biasanya dua bulan sekali mesti ada persembahan wayang pek ji (Opera Cina) ni . Pelakonnya mesti mekap tebal-tebal. Hiasan pun over.(Tengok hiasan kat kepala, siap gantung buah duku lagi- hebat tu) . Dan gerau akan pergi tengok , padahal satu patah haram aku tak paham. Pelikkan. Dengan bangganya kita duduk kat bangku kayu panjang sebelah nenek-nenek Cina. Rasa macam pi tengok teater kat Istana Budaya gitew.
Sebenornya bukan nak tengok wayang pun, tapi nak beli jajan sebab banyak apek jual jajan masa tu.

Ini nasi lemak yang gerau masak untuk buka. Terlebih hias sebiji macam pelakon wayang Pek ji. Menyampah betul . Tu la, gerau kan bengkak tang hias-menghias ni. Nasi lemak ni gerau beri nama Nasi Lemak Wayang Pek ji.

***

Tapi Bang badang dengan keturunannya kata sedap n puji melangit. (Melayang-layang badan bila kena puji) Percaya? (Bergolek-golek mungkin, melayang tak mungkin). Makan pun bertambah. Makan bertambah? Bukan hari-hari diaorang ni makan bertambah ke? Tipu akak la tu.

Cute kan Cucur badak ni ? Beli semata-mata kerana kecomelannya. Tetapi indah rupa dari rasa. Rasa berdosa sangat sebab beli kerana rupa. Haa. Padanlah muka. Itu lah manusia. Tapi ni kuih, takkan nak rasa dulu baru beli kan?

Kuih Cara Beriman - rupa buruk hati mulia. Betul. Buruk rupa enak rasa. Besok nak beli lagi. Psst: Risau ni, beli tudung tak matching ngan baju raya. Tak boleh tidur pikir. Cam na ni? Selamat bersahur untuk semua lah.

Tuesday, September 1, 2009

Nak cantik Tak?

4 hari lepas mak gerau datang. Dia bawak bebotok. Bebotok? Bukan botox bukan jugak Tok Tok lah. Tapi botok-botok. Kalau orang belah Johor biasa tengok makanan ni.
Siapa yang nak kulit cantik, tegang, pipi bak pauh di layang, tak yah risau-risau cucuk tang sana, cucuk tang sini. Makan je bebotok ni selalu.
***
Tapi, sebelum buat benda ni kena tuntut ilmu saka kambing. Sebabnya? Masakan ini memerlukan banyak daun yang boleh dimakan. Kak gerau? Cantik? Belum terserlah sangat la.Sekarang ni pipi baru bak pau di loyang. Tunggu lah tahun depan. Nak cantik kena sabor .
***
Syarat utama kena guna pucuk je. Yang segar dan hidup. Contoh pucuk ubi, pucuk berbuas, pucuk betik, pucuk puding. Pucuk mati? Mati pucuk? No, no ,no, Yang mati tak boleh. Nak cantik tak?
Lepas tu dia ada rempah khas. Dibuat daripada rempah kari, kerisik, cili kisar + bawang merah n bawang putih sikit, santan pekat, garam, gula, digaul dan dicampurkan dengan hirisan halus daun kunyit, dan daun kesum. Letak daun, letak rempah, letak ikan. Biasanya ikan tenggiri. Kalau tak de, ikan lain pun boleh. *** Lepas tu tutup balik dengan daun. Last sekali, bungkus, n kukus. Cubalah.
Psst: Makan ngan nasi panas memang sedap. Tapi kalu tercirit sikit biasalah. Nak cantik tak?
Kejelitaan adalah Penyeksaan.
Yang penting hati yang cantik.