Pages

Friday, October 30, 2009

Andainya Aku...

AnDainya AKu...


...boleh memutar masa seperti mesin parut kelapa, takkan kuputar masa itu kerana waktu itu adalah saat yang sangat bahagia bagi aku.


Lihat sahaja gigiku separuh terkeluar suka gileer bila lelaki berjambul bermisai tebal itu menikahi aku. Aku juga sangat bahagia sat tu kerana pinggangku masih berlekuk jua.
(Oh, pernah juga aku kurus rupanya)

AnDainya AKu...

...boleh memberhentikan masa, seperti bos aku yang boleh memberhentikan aku  bila-bila dia suka, akan kupecahkan semua jam yang aku dan jiran-jiran aku ada. Supaya masa tetap sama kerana akuu kini semakin bahagia bersama dia yang kunikahi 16 tahun lalu.Walaupun aku kini dari bahu ke bawah rata semuanya.


Moga jodoh dan kasih kita hingga ke Syurga.
Amin.

Psst: 30/10, pagi-pagi kak gerau buat pulut ngan rendang. Dan buat pertama kalinya bang badang ehem- ehem kat kak gerau. Ehem ehem? Eeeemmm. He he he. Suap pulut kat kak gerau laaa. Syioooknya.Syiok? Tak de ke syioknya. Seram ada. Sebabnyeer bang badang memang fail bab romantik-romantik ni.   


Wednesday, October 28, 2009

Jom Curi Makan

5.00 petang - Kat Opis lagi
Pong pang pong pang, kong kang, kong kang, ha ha ha ha. Sembang-sembang, sembang, sembang. Tak hingat dunia. Tukang karut memang cam tu.
Tetiba telepon cikai kak gerau bunyi.

Isteri dah sampai umah? Isteri mesti dah ada kat umah bila suami balik. Jangan nak bertepuk bertampor ajer kat opis.
Sms daripada: Bang Badang

Tau aje orang bertepuk bertampor. Kak gerau kalau mengarut ngan geng meraban memang tak ingat asal usul. Pintu opis pun nampak blurr aje.

Tapi SMS ni lain macam aje. Kena balik nampaknya.

Sampai umah awal 5 minit jeer daripada bang badang.

" Kita makan luar nak? ma penat la. Sembang Keja banyak.Lagi pun bang badangkan dah dapat gaji kan.",
" Boleh".
Kak gerau cakap 100 patah kata, dia cakap sepatah je. Dia cakap banyak sikit bila sms aje. Itupun nasib kalau dia nak balas.


Ni lah tempat kita makan. Dah lama gak tak makan luar.


Air kosong, air limau, air plum, air sirap cincau.


Nasi goreng Kampung. RM 6.00. Sepinggan hentak untuk Fucuk


Nasi ayam merah. RM 6.00. Sepinggan hentak untuk Soo Hoon


Secotet Prawn Dim Sum. RM 3.50 untuk kak gerau. Akak bajet jeer.


Sizzling Tofu Egg. Sekapal: RM 10


Sotong goreng rangup selori: RM 18


 Sos sotong. Walllaa. Tak de herga. Sepakej ngan sotong leer.


Mihun tomyam se kolah surau : RM 6.50 untuk bang badang. Buat amik wuduk pun cukup. Banyak betul sup tomyam nyeer.


Nasi Pataya RM 7 untuk kentang.Kentang memang order ni aje. Itu aje yang dia tau sebut sebenornya.


Nasi goreng cendawan. RM 6 gak. Ini untuk sapa ek.
Bang badang dah ada. kak gerau pun dah adeer. Order ala-ala bajet lagi. Kentang, fucuk ngan soo hoon pun dah ada.
He he he. Ini ahkak punyer gak. Tapi kongsi ngan anak-anak ngan bang badang laa. Dim sum tu pun kongsi tau. Sebenornya, tak de sapa-sapa kisah pun ek. Yang melantak kak gerau. Yang bayor bang badang. Yang gedabak Ahkakkkkk. Tak ifek blog pun.
 


Inilah kedainya. Jom Curi Makan. Kalau baca dari Jauh. Kalau close up, Jom Cari Makan. Makanan kak gerau kasi **** setengah bintang. Memang sedap. Terutamanya Nasi goreng kampung dia. Terjongket makan. Kedai ni kat Kota Damansara. Sederet ngan Restoran Kayu. Pau panas-panas pun ada.
Psst: Kuantiti makanannya memang setaraf kontena semua. Memang sesuai untuk yang suka melantak. Balik umah semua terbongkang.
* Untuk yang bertandang awal, ada sikit perubahan harga setelah di semak kat bil. Semalam tu, letak harga berdasarkan sekali imbas tengok kat bil. Bila tengok betul-betul pagi ni baru nampak yang betul. Ye laa, curi-curi makan. he he he.





Monday, October 26, 2009

Yang pertama kali pun


Teringin sangat nak buat benda ni. Beli dah biasa. Tapi teringin sangat nak buat sendiri. Seumur hidup, tak pernah buat.

Tepon 07 - 26...
Serius nampak.



Gerau: Helo mak. Mak, macam mana nak buat ..... ?
Mak: Hei, kau ni mengandung lagi ke? Apa ke mimpinya kau ni teringin nak buat benda tu.Tak pernah seumur hidup kau nak buat .Kau kata kau tak nak mengandung lagi. (Tu dia. Macam soalan tahanan ISA)
Gerau: Kalau mengandung je ke boleh buat benda tu mak? Lagi pun selagi hidup la nak buat. Besok dah mati, takkan nak cucuk kat kubur lak.

Mak: Banyaklah kau menjawab.Ha, tulis apa yang aku cakap. Karang jadi lain pulak.
Gerau: Alah, mak cakap je, orang ingat.
Mak: ketumbar, jintan putih, jintan manis, serai, bawang merah, kunyit, lebih sikit tak pe, bior cantik kaler dia, halia, lengkuas sikit, gula merah + gula putih. kisor semua. ketumbar ngan jintan-jintan tu kisor kasor-kasor, kalau tergigit sedap.
Gerau: Ok. Kalau jadi orang tak tepon, kalau tak jadi orang tepon.(macam gini punya anak pun ada?) Bye mak. Kalau tak jadi orang tepon tau.
Mak: Gasak ko lah.


Inilah bendanya yang teringin sangat nak buat. Laa, sate ke? He he he, aaaha, sate je. Gempak, macam nak bakor kambing sekor ek.
Setelah perap semalaman, aktiviti mencucuk lak. Tetiba je rasa syiok sendiri. Rasa nak sangkut bena kat depan rumah ajee, tulis  " Kita dah tahu buat sate sendiri ".
Berapa banyak? Sekor setengah ayam je. Itu pun jari luka-luka.


Hasil cucukan. Banyak jugak la dapat. Lebih 70 cucuk rasanya.


Bakor pulak. Bang badang tukang bakor.

Sate kak gerau.




Timun yang nipis-nipis tu si fucuk potong. Dia ingat nak buat sandwic gaknyerr. Sian anak aku.

Sate dalam bekas berkarat. Tak nyempat amik pinggan cantik pun. Mula-mula tu kering sikit, sebab bang badang bakor lama sangat. Lepas second round, dah ok.

Psst: Bila tanya bang badang, bang badang cakap, "Boleh tahan laa, macam sate kat pasar tani.". Okla kan. Yang pertama kali pun. Kuah kacang masih dalam periuk, malas nak amik gambor.


Friday, October 23, 2009

Malam itu Akak kalah.

Minggu lepas, ada open opis. Sebelum majlis, sibuk gak la kat opis.
Canopy dah pasang, tapi kena begger-begger kasi cun. Rajin diaorang ni. Sangkut tang sana, sangkut tang situ. Keja aras tinggi  diaorang bagi kat orang 60 kg ke bawah. 60 kg ke atas cam kak gerau, diaorang kasi keja bahagian se paras ngan bumi aje.
Selamat kak gerau, selamat semua.




Ini pemandangan dari jauh. Hari tu kak gerau sibuk bebenor. Keta pun tak sempat parking kat tempat parking. Parking betul-betul depan opis. (Sila besarkan gambar) BMW tu, paling kak gerau sayang. Sekali-sekala aje bawak.Hari-hari belek. Susah nak dapat beb.

Itu memang keta kak gerau.Kalau kak gerau bos laaa.Yang nyata?? Itu keta boss kak gerau. Ahkak? Ahkak kuhli dik non Ooooii.


Suasana waktu malam.Apa pulak si kentang buat terbongkok-bongkok tengah jalan.


Antara makanan yang dihidangkan ialah beryani, sotong goreng rangup, isi ikan goreng berempah, ayam rendang, kambing masala, kambing golek, sate, tosei, murtabak, ais campur, dan macam-macam lagi la. Malam tu kak gerau makan sikit-sikit benda tu semua. Diorang yang kurus-kurus ni yang makan banyak.

Tapi...Malam tu memang malam tuk mentengkedarah.




Semua makanan, diorang letak dalam topi benggali bhai.

Sate kak gerau makan 4 cucuk je. Ikut hati semua tu kak gerau nak makan tapi hari tu tersangatlah sibuknya. Pi tang sana, lari tang sini. Panggil orang cari orang laaa. Masa nak amik dah habis semua. Uwwaa uwaaaa uwaaa.



Nota: Gambar ini adalah saiz yang sebenar.Jangan besar atau kecilkan gambar

Ini geng kak gerau. Nak dara ada, Mak dara ada.Yang paling kecik molek gedabak dalam gambar ni adalah ahkak. Anda jangan tertipu dengan ahkak.Kedudukan kak gerau yang paling terkebelakang dan berbackgroundkan kepekatan malam, menyebabkan objek pink itu kelihatan lebih kecil daripada saiz sebenar.Kak gerau makan sepinggan yang kak gerau pegang je. Yang lain-lain tu, diaorang-diorang ni lah yang makan. Ahakss.

 
Ini hadiah untuk tetamu yang berpakaian glamer raya. Budak ni menang sebab kain bajunya bertingkat. Kak gerau kalah sebab kak gerau, perut yang bertingkat. Juri kata, diaorang tengok lahiriah aje. Yang dalaman diorang tak check. So, ahkak kalah. Tak aci kan.


Hadiah untuk keluarga sedondon pun ada. Untuk kategori ni, kak gerau sedondon dengan air sirap bandung bukan dengan keluarga kak gerau. 


Fucuk ,soo honn ,kentang ngan bang badang.
Jadi kita orang sesuai untuk hadiah keluarga se longgok aje.So, keluarga kak gerau kalah lagi. Dua kekalahan dalam Semalam. Ahkak terima.



Biasalah orang Melayu, sebelum balik, diaorang bungkus la. Nasib baik kak gerau tak de dalam gambar membungkus ni. Sebabnya kak gerau Cina. Ahkak dah bungkus awal. ha ha ha.


Psst: Malam tu kak gerau balik kul 11.00. Bang badang balik awal. Merajuk gaknya sebab kak gerau tak sempat layan dia.Kak gerau pun teringat makdoyah, sebab dia selalu tertinggal bab makan-makan ni.

Tuesday, October 20, 2009

Bertingkat jadi setingkat?


Santan. Biasanya, kerana setan santan pulut binasa kan?



Belacan. Kerana Belacan? 



Haa, Kerana Belacan Mata Merana.



Lihat gambar yang tidak hingin anda tengok di bawah ini.



Kelopak mataku yang bertingkat-tingkat telah menjadi setingkat. Magik kan?

Kebengkakkan ini berlaku selepas 2 jam makan ikan bakar bercecahkan air asam berperisa belacan (yang dibeli).

Itu selepas 2 jam, selepas 4 jam, tiada apa yang dapat digambarkan sebab ahkak telah menjadi orang kurang upaya sepenuhnya. Punat kamera pun ahkak dah tak nampak.


Kerana belacan itu gak, kak gerau tak dapat pergi 2 open house. Geram punya pasal, petang tu pi giant. Yang syioknya, orang yang terpandang kak gerau, toleh 2 kali kat kak gerau. Adegan yang tak pernah sekalipun  jarang sekali  berlaku pada kak gerau. Mula-mula masa diorang pandang, gerau biase jeer. Ahkak redha jeer. 
Lama-lama, ahkak mula hanyut. Nak keluar Giannnnt, tanpa sedor Gerau jerit "Glamournya ahkak, glamournya ahkak"!!!, batinku jerit kuat-kuat. Dalam hati kata,sabor-sabor. Orang tengok mata kau okey. Mata ko yang menyonyong tu.



Dalam keta, akak sedar sapa akak. Lepas sedar diri, balik terus masak sambal goreng. Ambik semangkuk bawak depan tv. Sambil pejam suap, sambil suap pejam. 

Psst:  2 hari mata cemey. Masa menunggu bengkak  surut, nafsu makan gerau  tak pulak surut.Heran kan? Hey, kawan. Heran? Heran apa kebendanya, yang bengkak mata, bukan mulut ek. he he he, iya laa...


Thursday, October 15, 2009

Nasib baik tak report polis

Apa ke entah semannya alih-alih je, makdoyah dengan mee kepalnya hilang dari rumah kak gerau. Hilang dengan  anak-anak sedara kak gerau sekali. Sambal tumis hilang, rendang hilang, lodeh hilang. Itu yang tak balik-balik. 4 hari Sibuk mencari. Hari ni, sampai je umah, bukak pintu tengok semua ada balik. Hisss, buat penat aje cari. Nasib baik tak buat report polis.
Apa ada orang kisah dengan cerita kak gerau ni? Gerau pun tak berapa kisah. Yang penting, semua-semua dah balik. Sebab letih, kak gerau tak masak. Main masak-masak jeer leer. 


 Mula-mula bakar arang


Lepas tu bakar binatang.
Kepala mayong, kita masak asam pedas.
Dah, sesapa nak makan, makan, tak nak sudah. Kak gerau nak go to sleep.

Antara dosa dan bangga

Tahun ni, dah nak habis raya pun. Banyak betul orang datang umah kak gerau. 33 keluarga. Ahaaks, ahkak adalah tipu. 3 keluarga je datang umah gerau. Macam diaorang dah tau je, sesemua biskut kat umah dah habis gerau anak-beranak sendiri bantai.



Pengunjung pertama :

Keluarga: Mak Doyah
Dari: Sabah
Hidangan istimewa: Mee kepal goreng.
Unsur: Dosa

Fokus  mee kepal goreng di atas meja.  Mee kepal goreng kalau dalam bahasa Iban ya, kalau dalam bahasa asing , Nugget. 

Haaaa???? Nugget? Pada hari raya yang mulia?Inilah kerja aniaya yang pertama kali ahkak buat seumur hidup ahkak.Ahkak rasa hina sangat. Serasa diri bergelumang dosa. Kalau makdoyah sumpah ahkak jadi tenuk ke, jadi mangkuk mee pun ahkak rela. Tetaaapi, Ahkak sangatlah kecik hati masa penat ahkak gossip makdoyah lolap.Penat ahkak gossip. Kechik hati  tau.

Psss, psst,,kalau nak tau, jari yang kembang-kembang runcing-runcing yang sebesor buluh lemang yang bersarungkan  cincin kokak chopard yang bersaiz bulu selai, batang pinang tu, adalah jari ahkak. Ahkak sajee je letak kat situ supaya Makdoyah nampak. Dia hingat dia aje ada gelang barlian bertingkat-tingkat? Beso lagi .


Ini doyah yang kerek tu. Nak cium pun tak kasik. Mahal benor pipinya.




Psst: Itulah rupanya kalau dah pi giant. Gian sampai hilang ingatan.Niat nak masak mee hailam tapi tak sempat sebab makdoyah sampai lima minit lepas kak gerau sampai dari giant.Sori ya makdoyah.Bukan pilih kasih atau diskriminasi, bukan juga tak sayang makdoyah sekeluarga tapi kalau kak gerau masak mee tu, memang makdoyah berkhemah kat rumah gerau malam tu. Ampunnnnn



Pengunjung kedua:
Keluarga: Adik gerau sekeluarga yang tak sempat beraya kat kampung
Dari: Subang Bestari
Hidangan: Nasi impit, rendang ayam, lodeh, sambal tumis ikan bilis. 
Unsur: Bangga


Cantik ko posing dik. Terharu mak ngah sebab ko pilih tuala buruk mak ngah sebagai backdrop.







Yang ni pun amik kat depan umah gerau.Ko memang anak sedara mak ngah yang high taste. Pilihan backdrop pam tayar basikal yang blur-blur kat belakang tu memang klasik. Mak ngah bangga kat ko nak.



Pengunjung ketiga: 
Keluarga: Jasni
Dari: Damansara Damai.
Hidangan: Mee goreng, keropok kentang, kek lapis, rendang n lomang beli. he he he.
Unsur: -


Psst: Dah ngantuk, sambung esok. 

Sunday, October 4, 2009

1/4 daripada Ahkak

Petang Raya

Pada petang sebelum raya, yang bermakna esoknya raya, mak gerau cakap dia nak masak kuew tiaw goreng je untuk buka.  Haa? Makan tu aje? Cukup ke mak? ramai ni. Orang balik kampung nak makan sedap, mak masak kuew tiaw je. he he he. Berani dalam hati jeer. Bila mak cakap,gerau angguk-angguk je.Bos cakap mesti ikut haaar.
15 minit sebelum buka. Hasil pembiakan dan penetasan kuew tiaw.

Tetiba je jadi banyak. Sepatutnya dah habis orang ngunjung. Tup-tup ada 3 orang tertinggal. Lodeh aje ada macam-macam kaler. Ada putih melepak, ada putih kuning, ada kuning langsat.

Pagi Raya

Gerau: Mak, ni kek apa pulak mak? Ada orang ngunjung kasi mak kek ke?
Mak: Apa kejadahnya orang ngunjung kasi kek?
Gerau: Ni, dalam esebok ni sapa punya kek krim.
Mak: Long kau leer tu. Semalam dia cakap nak tumpang kek. Kek apa hentah. 




Bila tanya long, long cakap. Itu kek ibu meja la. Nanti kau letak kat hujung meja ya ngah. Heeem.  Inilah kek ibu kepada meja. Kek anak meja tak de lak yeer?











Lepas sembahyang raya, anak-anak keponakkan mak gerau, bermakna sepupu papat belah emak datang melantak. Sampai menyengseng lengan kau. Makan-makan.





Yang mendara lagi, gambor lebihlah daripada makan. Jaga badan.Dulu, ahkak pun cam ni gak. runcing je. La ni? semua bahagian dah terbenam.













 Dah kenyang kan? Bawak-bawaklah beransur. Aahaa, balik-balik gak, anak ahkak kauorang dah kasi duit raya ke? Jangan buat lupa lak ek. Dulu masa hang kecik ahkak kasi sekarang kauorang punya giliran kasi lak yeerr.  Eeerrr terungkit pulak. Terungkit tak pe, tak sengaja.
Selalunya sepupu papat kak gerau memang pakai baju melayu stail sultan Johor. Baju Melayu ngan seluar hitam. Tapi tahun ni, pak cik je masih kekalkan tradisi.


Dua hari raya

Pi beraya umah sepupu mak. Gerau amik gambor ni sebab rumah ni cantik. Ini sebenornya umah nenek sedara gerau. Sekarang anak dia duduk .Sepupu mak gerau lah. Masih kekalkan keasliannya. Dijaga cantik. Bercerita sampai melopong-lopong mulut. Yang dengor lak tercopong-copong . Gerau bukan amik pot pun diaorang cerita apa. Cerita mak gayah sebelah umah cikgu Baba pencen masuk hospital la, rumah kak senah dah runtuh la. Ramai lagi lah nama disebut-sebut.Gerau tak kenal pun.


Gerau dok plepak plepuk amik gambor.Umah ni kalau buat penggambaran filem sseram memang sesuai. Tengok cermin tu. Cantik. Tapi lama-lama tengok seram lak. 

Sisipan

Penternak kucing.

Inilah rupanya orang yang sayang kucing lebih daripada anak cucu. Inilah juga kucing kontroversi. Yang hilang hari tu, masa mak gerau kat KL. Dah jumpa dah.
 


















Menyampah ahkak nengok dogol-dogol ni.







Sebab takut hilang lagi, mak abah belikan si dogol ni rumah banglo 3 tingkat. Untung kau yeer.















Dalam menyampah dukung gak. Kesian lak nengoknya. Yang pegang dogol tu sapa? 
Ahkak laaa. 1/4 daripada diri sepenuh ahkak. Ha ha ha.Yang penting rantai ahkak nampak. Lihat tangan saja sudah tahu betapa besarnya ahkak. Rantai tu besar sebenarnya tapi sebab ahkak besar rantai tu nampak halus.  TAkk de Maknanya. Ahkak besar, memang betul. Rantai besar, ahkak tipu. kih, kih, kih,


Psst: Bila nak habis cerita raya ni? Bosan tak? Bosan memang.