Pages

Monday, November 30, 2009

Ubat Meracau Malam

Terhingin sangat makan nasi Arab. Kat Kota Damansara ni, satu makanan arab pun tak de. Yang ada roti Arab yang sebesor pelempang pak arab tu ajeer. Lawannya kuah dalca cair mair. Ape kebendanya tu?
"Nak nasi Arab! Nak nasi Arab!

Selagi tak dapat, malam-malam jeer meracau-racau. Lat 2 hari, bang badang bawak balik 2 plastik putih besooor. Masuk je pintu umah , baunya emmmmmm.

"Nah, beryani arab. Masa lalu kat seksyen 7 shah alam, alih-alih je nampak restoran arab.Restoran pesen bersila macam masa nak pegi Madinah tu. Mana datangnya pun tak tau. Tetiba je ada."

Beryani Arab?
Ada beryani kambing ngan ayam. Tapi yang kambing entah mana gambornya.



Cilinya pedas berdesing. Tapi...macam biasa la. Kalau dah nama arab, mesti banyak nasinya. Kambingnya pun banyak.


Makanan arab pesennya memang kering-kering. Bukan macam beryani johor yang banyak kuah. Orang Melayu, biasa la, the very the suka kuah. Kalau yang meladung lagi sedap makan ek.

 
Tapi... kenapa nasinya ketot-ketot. Kat Rawsha punya panjang-panjang, besor-besor.

"Makan je laa. Rawsha kat Arab, Ampang. Jauh"

 
 Boleh laaa. Buat ubat berhenti meracau malam.

 
Jeruk sayurnya.

 

 
 Jumpa macam-macam bijik dalam nasik ni. Soo hoon tanya. Ini mata kambing ke mama? Aduhai, kesian anak ambo.

 

Psst: Nak pi restoran arab kat putrajaya tempat KOG tayang-tayang kat kita, jauh lak. Kat Shah Alam pun jadik laaa. Akak pasrah.

Saturday, November 21, 2009

Ayoo Yoo Tambi

Pergi pasar malam. Waktu robeh (kata orang nogori). Dalam samar-samar bulan. Dalam gerai satu Thambi hensom. Nampak ada sorang aci aci bukak pintu tengah pilih satu benda. Hitam, panjang-panjang. Kurus ada gemok ada. Pandang muka aci. Aci sudah senyum. Va vaa vaa. Kak gerau pun senyum. Mesra gitew.

Aci timbang. Aci bayar RM 4.50. Kak gerau panggil Bang Badang suruh pilih. BB pilih yang panjang-panjang. Lebih banyak daripada yang pendek. Siap pilih.
Kak gerau timbang.
Tambi:  RM10
Kak gerau: Ayooo yooo Tambi. Apa pasal mahal? Kenapa itu aci punya murah? (tetiba je, rasa macam tambi tu pilih kasih)
Tambi: Akak punya banyak. 5 kilo.
Kak gerau: Satu kilo berapa? (dah timbang baru tanya.memang bengong)
Tambi: Sekilo 2 ringgit.
Kak gerau: Ooooooo. Ok.


Yang panjang tu macam Piala Anugerah Sri Angkasa  ek?
 
 Rebus, makan ngan sambal tumis ngan ikan kering sepat. Perggghhhh. Sedap, endak-endaknya waktu musim salji hujan ni.

Psst: Dannn sampai hari ni, ubi kayu tu ada lagi. Banyak benor belinya. Ingat esok nak buat talam ubi. Ingat  jeer laa. Tapi rasanya mesti tak buat  ingat  lah. he he he

Wednesday, November 18, 2009

Senang sangat ke?

Gerau: Tengah hari ni nak makan apa? Soto ke, Mee Rebus?
Kentang: Mee goreng ke, nasi goreng ke, tak de?
Gerau: Tadi pagi kan dah makan nasi goreng. Lagipun masak tu senang sangat.
Kentang : Senang sangat ke ma?
Gerau: Eleeh setakat mee goreng, nasi goreng , sambil pejam mata, tangan kiri pegang ketiak, kaki sebelah angkat separuh pun  ma boleh buat tau.
Kentang :  Berlagak giler mama ni!!

He he he. berlagak ngan kentang boleh laa.


Makanan yang mendapat undian majoriti. 3 undian daripada 5 pengundi berdaftar. Satu undi rosak. Bang badang nak dua-dua.Kirim salam. Kentang merajuk.Dia nak nasi  pejam mata, tangan kiri pegang ketiak, kaki sebelah angkat separuh jugak.


 Mee rebus tanpa taugeh ngan bawang goreng. Bila dah siap masak, yang merajuk lagi banyak makan. 

 
Psst: budak-budak. Nasi goreng memang sedap. Kak gerau pun nak hari-hari. Tapi takkan nak makan pagi petang, siang malam ek.

Sunday, November 15, 2009

Membuak-buak

Tetiba je keinginan membuak-buak dan memuncak. Kena marah pun sanggup. Nak jugak.

Bang Badang (BB): Kenapa ngada-ngada sangat ni? 
G: Hai terhingin pun ngada-ngada.
BB: Kalau mengidam, mengandung tak pe jugak.
G: Amboi, nak tunggu mengandung baru dapat? kadang-kadang kalau orang buang tabiat pun terhingin gak.
BB: Ngada-ngada.Tengok, bila nak sampai ni?

Cakap banyak pun sakit hati. Baik diam. Tapi dalam diam tu, mulut mengonyet-nyonget gak. Hidung kak gerau, kak gerau kembang-kembangkan. Sib baik jalan tak berapa jam. Cepat sikit sampai.

BB: Cepat. Kat sini bukan boleh lama-lama parking.
G: Iya laa, iya laaa.


Inilah target utama kak gerau. Karipap Ikea. 1/2 dozen 5.50. Kak gerau beli sedozen. Boleh simpan dalam esbok. Bahagian kita, kita gigit sikit-sikit supaya lambat habis.
 
Beli kuih serban singh ni sebab ada promosi. Kak gerau je suka makan. Fucuk siap kuarkan balik. Cinnamon roll ni rm 1.50 seketul.

 
Dalam perjalanan balik umah  nampak orang tengah punggah durian dari lori. BB berhenti sebab terhingin nak makan durian ngan pulut santan. Eeehhh, dia terhingin boleh lak. Tak yah tunggu mengandung ke?

 
Petang tu makan pulut + durian + santan. Lepas tu dia siap tanya.

BB: Orang Johor tak makan ni heh? Tak pernah tengok mak buat bila dapat banyak durian?
G: Eeh, sori. Makanlah. (Wave volume kak gerau tetiba je menaik) Kita siap makan nasi + santan + durian + gula lagi tau. Tapi keluarga kita tak suka makan pulut sangat. Pulut Hangin.

Bila sebut Orang Johor , tetiba je ahkak hangin seluruh badan, walhal secubit durian ngan pulut pun ahkak belum colek ke mulut dan kak gerau bukanlah kenegerian sangat.Ahkak tak kenegerian???? Tengok? hangin lagi.

Psst: Memang mak kak gerau jarang masak pulut. Mak kita masak pulut kuning jeer. Itu pun bila kita menang apa-apa pertandingan atau dapat  nombor 10 1 dalam kelas. Atau pun bila kita nak kawin sebab nak cucuk bunga pahar. Kan mak kan?

Friday, November 13, 2009

Bila lampu isyarat warna merah

Dah 3 malam tidur pukul 2 pagi. Semata-mata nak habiskan cerita korea ni.
Padahal dah 3 kali tengok kat Internet. Mula-mula tengok, masa tak de subtittle. Lepas tu tengok lagi 2 kali. Itu tak campur ngan ulang balik episod yang kak gerau suka. Episod tidur lambat sebab benda ni, dah biasa dah. Tak tidur sehari semalam tengok DVD Korea pun pernah.


Dalam box ni ada 3 DVD.Setiap satu DVD ada 9 episod. Setiap satu episod 40 minit giteww. Bayangkan. Kesannya anak tangga pun ahkak dah tak nampak. 3 pagi berturut-turut kak gerau menggelonsor je turun tangga ke dapur . I slide jeer U. Zuupppp. Dah kat bawah.
Tadi, masa nak pi opis tetiba je muka hero ni muncul kat lampu isyarat warna merah. Tah apa-apa jeer. He he he.
Bayangkan Choi Ji Woo tu adalah ahkak. Wowww. Gerau Ji Woo.

Sebab kak gerau slide ke dapur, sempatlah kak gerau masak


Lempeng. eemmm. Sendiri buat sendiri syiok.



Cecah sambal udang beli (ulang tayang). Kalau tak pun,



makan ngan kuah kari semalam. Yang dah dipanaskan banyak kali.  Kalau nak lagi sedap tunggu sampai ikan tu basi hancur.


Psst:  Anirun, DVD ni kita pulangkan lambat sikit boleh? Pinjam DVD lain ada. Sewaa???? Errrr...

Wednesday, November 11, 2009

Tak Cukup


Tak cukup.
Banyak benda selalu Tak Cukup. Apabila sudah tak cukup mesti rasa tak puas hati.



Banyak ni, kamuorang ingat cukup? Memang Tak Cukup. Pejuang berani mati  HTN (Hari Tanpa Nasi) menangis kalau dapat makan banyak ni. Memang Tak Cukup. Tak Cukup Kenyang.


Heei gerau mangkuk, semangkuk Tak Cukup? Eeeh, banyak apa. Takkan tak cukup?
Memang Tak Cukup.
Soto kalu  toge tarak, begedel ngan bawang goreng yellek, Mana ada cukup? Memang tak cukup. Tak Cukup Syarat. Ini kira macam nak kawin tapi tak akil baligh. Mana boleh kawin ? Memang Tak Cukup .


Cukup banyak, cukup kaler, cukup bahan. Tapi masih Tak Cukup. Tu, laaa, dah kata dah, manusia selalu rasa tak cukup. Spaghetti Carbonara (konon..pezz time buat pun). Tak Cukup Pedas. Mana ada best kalau tak pedas. Kira macam bawak keta tak turunkan hand brake. Tersengguk-sengguk.Tak best kan?



Ini lagi tak cukup. Tak Cukup Tidur.
Oooo tak cukup tidur yeer. Ko tak cukup tidur, tapi aku Tak Cukup Sabar. Kamuorang ingat ahkak boleh sabar ke? Hari-hari  spesis Cencaluk ni anak-beranak tabur baja kat rumput depan rumah ahkak.Kamuorang ingat ahkak boleh bangga ke hari-hari cium haruman Pure Poison for Women by Christian Dior????
Nanti ko, tuan ko pegi haji. Aku suap ko ngan rempah kari sebungkus. Memang ahkak Tak Cukup Sabar . Marah ni, marah!!!


Psst:  Manusia selalu rasa tak cukup. Macam kak gerau laa, tak cukup kurus gemuk sebab tak cukup makan. Cehh..He he he . Kita selalu rasa tak cukup sebab kita lupa untuk bersyukur. Sekarang pun kak gerau masih ada sikit rasa tak cukup. Tak cukup makan. he he he. Tadi makan roti canai jee. Cukup ke? Dah kata dah. Tak cukup kan. Sekeping setengah je..... Jeeer?

Sunday, November 8, 2009

Bertambah perasa

Kekadang, tetiba aje kita rasa kita keseorangan walaupun banyak orang di sekeliling kita. Dan kekadang itu juga kita rasa sayu sangat-sangat entah kenapa. Dan ketika itu juga kita rasa Allah sahaja yang mengerti dan menyayangi kita. Sesaat itu juga kita akan mencurah rasa kepada Dia maha Pencipta.
Adakah perasaan ini disebabkan...
Usia semakin bertambah (berapa lamalah agaknya gerau dapat bertahan?) atau
Esok
Hari
Isnin?
He he he he heh
Esok Isnin
9/11/09
Semoga Allah senantiasa menyayangi gerau. Insyaallah.Amin.


Nak buat kek tak gheti, cukuplah bubur pulut merah, pulut putih, untuk diri sendiri.

Psst: Semakin bertambah usia kita, semakin kita seorang yang sangat perasa kan kan kan.

Thursday, November 5, 2009

Cerita Tak Best

6.30 pagi.
"Ma, bangun aaa. Tak nak pergi kerja ke?
"Orang sakit perut aaaaa. Kaki krem lakkkk."
 (Tugas harian bang badang adalah kejut kak gerau, bukan kak gerau kejut bang badang)

Tidur balik.

7.00 pagi
"Pergi dulu ma,"
"Pegi mana?"
"Pegi sekolah la. Ayah pergi kerja. Ngada-ngada mama ni."
"Adik pegi ngan sapa?"
"Benci aaa mama ni, mestilah pegi ngan ayah. Benci"
"Kenapa pegi pagi, pegi lah petang karang sekolah"
"Meeemanggg le kena pegi pagi. Gila ke nak pegi petang,"

" Okay laa, bye kentang."
(Suka kacau kentang, kalau kita tanya soalan logik ke, tak logik ke, mesti dia jawab gak.Tapi dalam keadaan marah-marah. he he he)

9.00 pagi

" Ma, ma tak keja eh?"
"Eeemmm,"
"Sarap apa ma pagi ni,"
"Sat lagi laa,"
"Orang dah lapor ni,"

9.30 pagi

"Kita makan pagi merangkap tengahari je laa. Ma sakit perut. Tak selera nak makan,"

10.00 pagi


Makanan orang sakit perut. Kononnyerrr laaa.


Ayam kari berempah kurma. Heeit, lain macam aje bunyinya. Memang pun. Tengok rempah kari sebungkus kecik, tak cukup, campur ngan rempah kurma. Hentam aje laa, anak beranak nak makan.

 
Kobis goreng bertelur kicap.

 
Sambal ikan bilis tumis cili padi.

Psst: Sekian, untuk hari ini. Tak deer cerita best. Yang ada cerita sakit perut. Perut sakit, otak pun sakit. Pukul 2 sambung balik tidur. Sakit perutt.

Wednesday, November 4, 2009

Penyakit Pukul 3


Kak gerau kat Opis. 
Jam menunjukkan pukul 3 petang. 


Tetiba je kak gerau rasa macam kat alam bunian. Bunyi orang menaip tak de. Suara orang berbincang pun tak dengor. Yang kedengoran, bunyi air cond jeeerr.  Bila kak gerau jenguk –jenguk, semua duduk kat meja masing-masing. Kepala diaorang sat angguk sat geleng. Kusyuk betul diaorang ni buat kerja. Kak gerau lak rasa lain macam. Tulisan  kat komputer nampak kejap kecik kejap besor.
Tak boleh jadi. Kalo dibiorkan harus tengkuk ahkak membengkok 90 darjah ke meja. Biasalaaa, bila kena sindrom ni, kena cari ubatlah. Sembang. Cari geng, sembang. Mesti kuman penyakit ni mati.  
Pi singgah meja sebelah. Laaa Tak sanggup nak tengok. Beralih ke meja sebelah lagi. Laaa . Jugak?!!
Hoi, bangun OOOiii.!!!
Makan gaji buta ke?” (Macam ahkak gak) He he he makan gaji buta jugak la. Sebab masa tidur kan kita buta kejap. Ahkak selalu kena penyakit ni. he he he.


Meh, meh, bangun semua. Ahkak belanja minum kopi ni. 




Halal tau kopi ni. Walaupun ada tulisan cina. Ada makhluk bervirus kat opis kak gerau kata kopi ni haram sebab ada tulisan Cina. Ini bermakna kalau ada tulisan urdu, omputih, jepang, atau yang semangkuk dengannya bermakna makanan itu haram. Boleh terima ke???






  

Kopi O pun sedap gak. Halal gak.

 
Kalau ada cokodok ke, jemput-jemput kan bilis ke, coq udang kebelai ke,


 Pulut panggang  ke,

 Pisang goreng berpelekat plastik ke,


kan best kan, kan. 

Psst: Makanan-makanan ni semua tak de tulisan apa-apa sama ada tulisan jawi, rumi, urdu dan segalanya. Masalah Besarnya semua makanan tu tak de kat dalam opis. Itu semua kat luar opis. Lapoooorrrr.

Sunday, November 1, 2009

Takkan lah...


 Pagi sampai petang hujan. Apa nak buat ek? Kalau jadi jiran adikblog atau Wan boleh lah main salji. Tapi, takkan lah nak main hujan dah tua-tua ni. Ada karang jiran sebelah umah panggil polis suruh tangkap jiran sewel.
Kalau ada ubi rebus ngan kopi O best gak. Tapi ubi rebus kat umah KOG je. Jauh sangat nak pi umah dia.
Akhirnya....



Buat aje lah Nasi Goreng Hujan Pagi Petang.



Kalau rajin sikit, buatlah telur goreng berkelapa parut ala cikmanggis. Tabur aje la kat mana suka. Kalau nak lagi senang, tabur je dalam mulut. Habis cerita.


Psst: QJ mesti tak dapat jemur baju hari ni. Ha ha ha. Sangkut je la baju basah tu kat kipas.