Pages

Saturday, January 30, 2010

Cakaran Rimau

 
Mi Siam 
Hari ini saya tak ada cerita. Saya hanya ada Mi Siam. Mi Siam yang tak payah susah-susah  lalu kastam pi Siam. Pergi Johor jeer.  Tapi kali ni kuah tauchunya dah habis. Kat sini saya tak tahu mana nak dapat Mi Siam.

Kalau nak lagi sedap, simpul bahagian atas plastik. Lepas tu gigit sikit kat bucu bawah plastik. Lepas tu sedut dari situ. Best. Dulu, masa gerau pi sekolah Ugama mesti makan Mi Siam cara cam tu. Sambil Gohet basikal, sambil makan. Tak pegang handle pun. Steady ajeerr. Naik basikal sengseng kain. Dalam ada seluar panjanglah. Lepas tu rempitttt. Tudung tah kemana. Balik umah kena marah mak. Tengok anak menyetan. 
Ini cerita lama. Tahun Sebelum Masihi. 

Angkat Bendera Johor! Surrender!

Saya tak der mood nak bercerita sebab sangat teruja. Ada orang berjanji nak belikan Oven. Tak kiralah macam mana rupanya. Janji... Janji Oven. Gerau pi dulu. Nak buat Urutan Cakaran Rimau. Kat orang yang berjanji. Supaya Dia Tak Lupa Janji. 
Kah Kah Kah!!!!
Tak De Maknanya!!! Cakar Ayam pun aku tak gheti. Lagi lak Cakaran Rimau...

Monday, January 25, 2010

Haruskah Aku Dengar???

Hari tu, gerau ke klinik. Sebab nak check darah gemuruh tinggi. Lepas check, darah level komtar aje ,tak le setinggi KLCC. Bila check BP, terhingatlah gerau pada suatu hari, 2 tahun yang lalu.
Kak gerau ke klinik berdekatan rumah. Saje nak check dara darah.

Di Klinik

Maka, Dr pun menge check lah tekanan darah gerau. 130/80. Normal lah kan. Tetapi, tetiba...tetiba... Dr tanya.
"Kenapa awak muda-muda ...(er muda ke?) dah ada darah tinggi?
"Entah lah Dr, start ter mengandung anak pertama, terus darah meninggi" kata kak gerau.
" Awak tak jaga makan ni," katanya tegas.
" Biasalah dr, niat nak jaga, tapi tinggal niat aje," kata kak gerau.

" Awak selalu makan piza? katanya.


" Tak lah selalu dr... bila mengidam makanlah," kata kak gerau.

"Pasta? tanyanya lagi.


"Aada lah tapi tak le selalu gak," kata kak gerau. Kalu amik Bacaan BP  harus 140/85 sekarang ni.
 
 " Makanan-makanan Western?" tanyanya  bertalu-talu. Serius ko. Takut aku.
" Tak le hari-hari dr," jawab gerau menahan diri.Syahdu, pilu, dituduh begitu.
 
" Semua-semua tu jangan makan. Nasi goreng, benda-benda goreng jangan amik. Bila badan dah naik, darah awak naik. Awak kena kuruskan badan. Selalu ekcercies. Jongang Joging selalu. Diet, " ceritanya persis juara pertandingan bercerita.

" Biasalah dr, selalu sangat saya nak diet, tapi selalu kantoi, " kata kak gerau selambak, selamber.
" Eh, tak boleh! Nak diet kena disiplin, tahan makan, mesti boleh kurus,"" katanya sungguh-sungguh.

Tengah Dr tu, memberi penjelasan lagi, kak gerau pandang  Dr tu dari hujung jari hingga ke lengan. Dalam hati cakap, Senangnya ko cakap. Aku tengok, jari ngan lengan ko sama besor sebalak ngan aku.
Tetiba dia bangun. Kutenung punggungnya. Ada banyak kelebihan pada punggungnya berbanding aku. Ramai anaknya ni, kataku di dalam hati.

Kupandang  mukanya yang kembang semangkuk. Aku lihat, ada persamaan di situ. Dengan Aku.

Tetiba... terngiang-ngiang di telingaku, katanya tadi.
" Eh, tak boleh, nak diet kena disiplin, tahan makan, mesti boleh kurus,"

Boleh kah aku percaya? Haruskah aku dengar katanya?

Tapi...akan kudengar katanya, Bukan kerana dia sesaiz ngan aku, Bukan kerana pinggangnya sepemeluk aku, tetapi kerana aku tahu, dia juga mungkin nak Kurus, macam aku. Tapi tak boleh. Macam Aku.

"Baik Dr, saya dengor kata Dr," kata ku sambil memandang mukanya. Ada keikhlasan di situ. Dan aku pun berlalu. Sayu pula nak tinggalkan Dr yang sama gumuk dengan aku itu.

Psst: Cakap senang, nak buat memang susah. Seminggu senam, seminggu tidak. Payah Tau. 2 hari Diet, 3 hari Tidak. Susah Tau. 

Thursday, January 21, 2010

Sesiapa ada tiger balm???

Bulan ini, poketku agak parah. Tengah-tengah bulan gerhana, mesin rumput basuh ku rosak pula . Kalau di on kan, dia ok la. Lepas air dah penuh. Dia dok Vogue pula. Ku tekan spin...Hapah. Ku tekan drain...Hapah. Sapa nak menimba air tu keluar??Aku jugak. Takkan nak dibiarkan terendam terperam. Kalau diperam bertukar telur masin best lah jugak.

Zasss $$$$ . Demammm ...

Ini petanda kalau masak tak yah guna minyak. Ikan bilis tak yah letak banyak. Save n Safe.

Lat seminggu, tengah lap-lap mesin basuh yang masih ada bau kedai,..

" Ma tau?" katanya mesra.Tetiba jeeer. Hidungku sudah berbau, bakal ada yang tak kena.
" Mana tau?" tanya kak gerau cuba bergurau .Menakutkan.
" Tadi kemas kabinet, saja-saje tengok .Check road tax keta kebal ma . Dah mati laa. sebulan dah," terangnya. Telus dan tawaduk.
" Haaaa???? " tetiba suaraku bertukar garau.

Zassss $$$ . Demamm.


Ini petanda telur dadar jeer kan ku belasah.

2 hari kemudian. Dua hari jeer. Tak lama.

" Tadi, masa amik road tax, bawak keta ma..." oh, dia sudah memulakan bicara.
" Ok!" kata kak gerau ayu... (Poooorah)
" Panaslah. Aircon rosak. Bahaya kalau hujan , aircon rosak," ceramahnya bagai Ustad Akhil Hayy, Wahsini, Wah sana penuh istiqamah.

"Air con Coon coonnn  pulak lak lak lak lak!!!!!jeritan kak gerau bergema seluruh alam.
$$$$  Demammmmmmm...

Jeritan kak gerau dia tak endah. Baginya kalau bini dah disampuk jin tanah, nak dibuat apa pun payah. Baik dia blahh.

2 minggu kemudian. Baru hendak kukumpulkan tin kosong kubuat jual,,,,

...Demam pun hampir kebah. Dah berani mentekedarah ikan . Bajet dah up laaa.
 
Ikan selar kuning kecitttt.Sampai ke tulangnya ku kunyah.

Pssst: Mood nak amik gambor pun dah membuah. Setelah ku snap, snap...kulihat imej di kamera berbalam-balam.  Adakah.... Adakah????? Tetiba jer aku rasa nak demam.
Sesiapa ada tiger balm?

Thursday, January 14, 2010

Kisah Suami Isteri

Suatu pagi, sedang seorang isteri dan suaminya yang gagah perkasa umpama Badang round-round, tak tentu hala. Tetiba si isteri ternampak akan sebuah restoran.

"Wah, tak pernah lagi kita makan di sini ek?" kata si isterinya yang  'ek' sentiasa.

"Pagi lagi...," kata Si Suami. Ringkas dan padat jawapannya. Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi.

Eh, baru intro sudah tahu maksudnya? Hebat betul suamiku suaminya.

"Tapi... pagi tadi, kita tak sempat makan apa-apa pun." kata isteri dengan manjanya. Auww (Geli gelemanlah pulee)


Anak-anak dan suaminya dah makan keledek goreng pepagi buta. Isterinya tak selera. Kalau nasi goreng dia talerrr. Keledek goreng Tak De Maknanya.

Suaminya diam sahaja. Baik sungguh suaminya. Tak banyak kata.

Senyap  seketika.

"Tak paham-paham ke? Nak suruh buat karangan agaknya?"  berkata-kata isterinya di dalam hati.

"Last sekali, makan kat Indon....Dah hampir setahun rasanya." isteri durjana menyambung kata , cuba mencucuk jarumnya.

"Ma teringin sangat ke?" kata suami sudah tergoda.. Wah, dah melawan nampaknya. Ada can lah kita. he he he he.

" Kalau nak..." tak sempat habis bicara.

"Nak!!!!!!!!Jom" kata isterinya sukaa macam nak gila.

Maka pergi lah mereka memakir kereta.



Di hadapan restoran. Ada mbak manis memakai kebaya batik ketat ya amat (yang ayu, seakan ratu) sedang mengemop lantai penuh bergaya.

Si isteri: Errr, dah bukak belum restorannya.

Mbak Batik ketat: Belum buk, jam 11 baru dibuka. Selesai mop kedainya buke.

Si isteri: Belum bukak lagi??  Hangin meroyan tetiba melanda.

Selesai mop baru bukak?  Haa, Sambunglah mop.Mop lah, Mop!!. Mop lah sampai Senja. Orang dah lapor, 20 minit lamaaaaaaaaa. lamaaaaaaa tau.

" Jom lah kita pi cari nasi beryani." Hangin seluruh badan isteri. Dan herannya, suddenly terhingin nasi beryani pula . Tak ke gila???

Kesian si Suaminya. Dapat isteri meroyan tak tentu masa.

Monday, January 11, 2010

Kenapa kamu Gumuk?

Pada suatu petang, petang ahad.

Seorang ayah bertanya kepada anaknya

Ayah: Kamu ni kurus ke gumuk?

Anak: Entah

Ayah:  Kalau orang tanya kenapa kamu gumuk, kamu nak cakap apa?

Anak: Sebab mak bapa dia gemuk.

Ayah:  (Sambil tersenyum memandang ke arah ibu anaknya yang juga gumuk)

Ibu: Padanlah muka. Sapa suruh cari pasal.


Ibu: Ha, malam ni makan ni ngan roti jeer. Sebab semua gumuk.Kalau lapor lagi, makan telur  Raptor ni.

Anak: Ala mama ni. Kalau macam tu, kitaorang makan telur ayam, mama makan telur raptor ni.

Ibu: Apa pasal pulak?

Anak: Sebab mama paling gumuk.

Psst: Tengok, bapak yang menyakat, ahkak juga yang kena. Kalau nak selamat, jangan tanya bukan-bukan kat budak kentang ni.

Saturday, January 9, 2010

Apa beza Hyper Market ngan Kedai Runcit?


Spaghetti Goreng Hyper Market
Sindrom : Rajin Tahap Gaout


Bihun Hyper Market.
 
 Mee goreng Kedai Runcit
Sindrom:  Malas Tahap Nazak.

Tahu bezakan? itulah bezanya. Gambar saja dah cukup untuk menerangkan segala-galanya. Tak payah banyak kata, tak usah banyak cerita. Ngap aje. Senang hati, perut berisi, tidur lena. Cerita pun tak berapa nak ada. Bawak balik kerja berlambak-lambak pula. Apo nak dikato. Kalau kerja siap semua gaji naik baik punya????? Aku Kaya, Aku Kaya.
Hilang akal ke? Cehh!!! Tak de Maknanya. Kalau cepat habiskan kerja, kau dapat kerja berganda.Padanlah muka.

Moral of The Story: Rajin-rajinlah buat kek jual kat hyper market atau kedai runcit.

Wednesday, January 6, 2010

... Cam dah Tak Konyok

Ha ha ha ha

Ha ha ha ha

Wa ka ka ak aaa

Akhirnyaa....akhirnya...

Rasa cam pitam sedar semula. Rasa cam balik jadi  anak dara. He he he.
Rasa cam papa dah jadi kaya. Rasa syiok cam sendut ais waktu dahaga. Rasa cam badan dah slim gila.

Lagi...eemm,

Rasa cam dapat banyak hamper..Sekaligus 3.


Hamper ni kita buat bukan kita dapat.

Baru nak telefon Bill Gate, masalah dah settle. Puas menggodeh malam tadi akhirnya berjaya.


 Terima kasih lah pada geng gebang yang bersusah payah memberi idea.  Nah, ambillah puding bertakhtakan buah kesemak sebagai menjamu mata.

Adikblog, somuffins, Kak Intan, DrSinga, Tie,KOG, Iman, K Nor, Cik Liz, Dila Noor, Catz, Jun, Hazila, Ain, Ima, Watierman, Love, Khairul, hantumakan, ashley, Ayu, Zai, NJ,

Beriya-iya menyuruh gerau menggodeh sendiri. Menyokong gerau menggodeh sendiri. Sendiri lagi dan memang leer aku yang kena godeh sendiri sebab blog aku sendiri. Sampai aku sendiri pun tak tahu bahagian mana yang aku klik hingga boleh. 

Sebab sangatlah terharunya atas sokongan semua. Terimalah lagu hasil  kerja meng cut n paste ciptaan gerau ni khas untuk kalian. (Ni part Queen Jah paling takut)

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Boleh? Boleh kan nyanyi sendiri. Ki ki ki. Patriotik apa.

Psst: Alhamdulillah. Sukanya kita . Tetiba aje rasa macam dah tak konyok.

Monday, January 4, 2010

Boleh Mintak Tolong?

Boleh Mintak Tolong?  Tolonglah Saya!
Saya sangat terdesak.
Saya sangat Tak Tentu Arah
Saya sangatlah Sedih sekarang ni.


(Ikan yang bermandikan sos ni memang sedap. Kita makan kat Sg Buloh)

Payah gak nak cerita hal peribadi ni. Iyalah, cerita-cerita dalam kain ni kata orang tak boleh di hebah-hebahkan nanti aib diri sendiri. Tapi kalau dah tak lalu makan, mandi pun tak berapa basah, tidur pun 6 jam jeer. Kena cerita jugak gamaknya. Tak boleh simpan-simpan lagi dah masalah ni. Cukuplah. Dah tak tahan dah. Pada  member-member blog yang baik budi tolonglah ya. Kot-kot boleh selesaikan masalah.

Oklah !Ceritanya macam ni.

Kenapa bila orang lain link blok kak gerau kat umah dioarang, blok kak gerau tak boleh update latest entry. Dok keras kematu Bila Gerau Gebang  memanjang. Puaslah aku dok menaip macam-macam cerita meraban , cerita melantak, yang keluar Bila Gerau Gebang  gak kat umah orang yang tempek blog kak gerau tu kenapa? Apalah dosa yang kak gerau pernah buat kat  Uncle google gaknya ek. Bahagian mana yang terkehel yang pernah kak gerau buat masa setting? Banyak orang tanya kak gerau.

Masalahnya, Kak Gerau pun Tak Tahu.

Berserabai otak memikirkannya. Sebijik macam mee serabai Killiney ni.

Boleh sesapa tolong jawab. Kamuorang kan semua bijak-bijak kan?
Tulah masalah peribadi  kak gerau.

Psst: Tolonglah ya.
Saya mengaku.
Saya bengkak

Saya  konyok.

Saturday, January 2, 2010

Cerita Korek-korek

Bukan pasal korek-korek hidung, juga bukan pasal korek telinga. Itu semua kena pi Klinik DrSinga. Ini Cerita yang dikorek-korek dari laci draft.
Makan Tahun lepas Cerita Tahun ini.

 Dengor kata orang (Kalau dengor kata hantu kena makan beryani Cucu Betong), beryani Johore Pak Anjang ni sedap. Ini cawangan Shah Alam. Kalau sedap, Kena makan. Kak gerau kalau beryani memang tak tolak. Kat Shah Alam lak, memang tempat kak gerau pusing-pusing cari makan.Tapi tekak kak gerau cakap ,
Kat  KL - JM Beryani nombor 1.
Kat Johor, Beryani Mat Shah no 1.
Yang ni tak tau lak.




Berkhalwat Berduet nampak
Tu senarai harganyeer. Sebelah tu, tak tau la lambang ape. Tengok sekali macam mudigah, tentu tak de kaitan kan. Tengok betul-betul . Tu lambang kepala kambing jantan. Tanduk merekut-rekut lagi.
Apa pasal kambing?
Adakah??? ...
- Nak bodek peminat tegar kambing  sepertiii errrr Adikblog n KOG?  atau
- Untuk orang berbintang Capricon?
Apa motif????

Beryani lembu ngan ayam ada gak. Takke kecik hati lembu ngan ayam tu, kambing je jadi model?
Mee bandung pun ada. Tapi kita sangat la taksub kat mee bandung mak kita sendiri. Jadi mee bandung lain ahkak kurang berminat.


Ini beryani gam kambing  nyeeer. Eeerrr, boleh la. Ok laa. Kak gerau  kasi 3 perpuluhan 5 jeer. Jangan marah Pak Anjang sebab kak gerau tak kasik duit, kasi  perpuluhan jer.


Ini nasi yang tak ada gam.


Lauk beryani ayamnyeerr.
Psst: Tak de pssst sebab cerita dah expired.