Pages

Tuesday, October 5, 2010

...buat seketika

Assalammualaikum...
Lama benar nampaknya kak gerau tak bermuka-muka bersua muka di blog ini...Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini apa-apa sahaja yang dicoretkan semuanya tidak menjadi...
Mungkin ini petanda, kak gerau perlu berundur diri buat seketika...
Moga pengunduran sementara ini, membawa manfaat kepada kak gerau dan semua rakan-rakan blog.
Tentu sekali kak gerau akan merindui kalian semua.
InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.
Maaf kak gerau pinta dari hujung rambut hingga ke hujung tumit jika dalam bicara dan gurauan kak gerau di sesawang ini pernah mengguris hati kalian.
Semua yang buruk itu adalah daripada kak gerau insan yang lemah dan yang baik itu, semuanya daripada Allah. 
Kak gerau mohon rakan-rakan semua mendoakan yang terbaik untuk kak gerau...Moga apa yang kak gerau akan lakukan ini mendapat keberkatan, kerahmatan, dan kecintaan daripada Allah S.W.T .InsyaAllah...
 
Inilah Permata-permata hati kak gerau yang juga akan kak gerau tinggalkan buat seketika...

 Nur Izzati
 Nur Farisah
 Ahmad Nabil Amsyar (bantal peluk mama dan ayah)

Kalian adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat mama dan ayah.
Pesanan mama, 
Jadilah kalian anak-anak yang berakhlak mulia seperti Rasulullah. InsyaAllah anak-anak akan dicintai Allah.
Untuk kak long, mama amanahkan kak long untuk menjaga adik-adik buat seketika. Mama tahu, amanah ini berat untuk dipikul oleh kak long, tapi, percayalah apa yang kak long lakukan ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

Mama doakan moga anak-anak mama senantiasa berada di dalam perlindungan dan peliharaan Allah. Amin...