14 Ogos - Hari Jadi Anak Sulung kak Gerau...
GG: Hari ni nak berbuka apa? Cakap ajer ma masak. Western? Chinese Food? Middle East ? (ceh ceh...padahal akak geti masak sambal tumis telur jer pun...ki ki ki)
KLong: Middle East? Bestnya. Dah lama tak makan makanan arab kan ma? Nasi Kabsah sedap kan?
GG: (tetiba ajer akak parkinson...) Errr ...Kabsah? (Bihun goreng basah bolehlah.) ... Tapi remeh sikitlah...Lagipun ma kena cari beras basmathi yang bagus punya baru nasinya sedap. (tak moh kalah ko)
K Long: Ma tak yah susah-susah...Kesian ma. Kita pi restoran arab ajer...
GG: (Fuh!!!selamat) Jadi ma tak yah masaklah ek...Terima kasih kak long...
Sila baca arahan.
Bahan bacaan sesuai dibaca selepas maghrib hingga sebelum subuh. Ayat-ayat yang terpotong juga dilarang baca.
Sesiapa yang degil, sebarang kemudaratan ditanggung oleh anda sendiri.
Sila tutup muka anda dengan kesepuluh jari tangan anda rapat-rapat. Kemudian renggangkan jari hantu tangan kanan anda dalam anggaran 1 inci....sehingga habis bacaan anda. (eleh, mcm grand sangat makanan tu pun)
Teruskan pembacaan anda...
Nasi Kabsah dengan Roasted Chicken
Yang Sedap melampau hingga senantiasa menggeleng-gelengkan kepala ketika makan disebabkan kesedapannya.
Biasa ajer.
Teh O ais berpudina, berlimau, + bercengkih +berbunga lawang...
Sangat, sangat Menyegarkan, oklah.
Cengkih n bunga lawang tu janganlah telan...kumpul, letak dalam tisu, bawak balik...esok boleh tumis buat kari ok.
Sos dan acar .Pun Best, Rangup dan sosnya yang sangat mesra tekak... Boleh tahan.
Autar Aukdah yang dimakan dengan roti pita yang Enak dan Lazat ...tak payah diorder sebab sebenarnya dah cukup kalau order nasi ajer...
tapi tak aper...bawak balik...makan sahur.
Lamb Kabsah.
Rupa buruk tapi meletupppp nikmatnya.
Jus buah. Pekat dan ori .Tak habis bawak balik...
Puas hati
D' Arab Cafe, at Bestari De'Kota, Seksyen 3, Kota Damansara,
atau
D'Arab Cafe
Lot 3, Kompleks Anjung 7
Jalan Zikron B 7/B
Section 7
Shah Alam
@
di Cafe Masjid Negeri Sultan Salahuddin Shah Alam.