Pages

Friday, February 24, 2012

Sakit Hati

Pada suatu hari, lepas habis memasak, saya pun jalan-jalan ler amik angin. 
Senang hati benorlah hari tu...iyalah, masak dah siap, dapat pulak menyembang, nyembang-nyembang gelak, gebang-gebang gelak...gelak-gelak tepuk dahi..punyalah gembira....

Nak jadikan cerita, sembang punya sembang, gebang punya gebang, sampai ler ke rumah si kucingorenyanggemuktu. 
Tetiba...masuk ajer rumah dia, Hati Terus Sakit....
Ade ke dia....Dia....
Susah nak cakap...
Suka sakitkan hati orang.
Cakap banyak pun berdosakan...

Sabar ajerlah.
...Kalau hati dah sakit , apa nak tunggu lagi kan?
Balik jer lah ke rumah, tapi tak hilang-hilang sakit hatinya.
Tidur pun terbeliak mata ke atas memikirkan. Sakit hati punya pasal.
Dekat seminggulah jugak sakit hati...
Baru hari ni Ok.

Ingat tak sakit hati ke? 
Datang umah KOG...dia elok ejer menghidang soto, saya dapat tengokkkk jer...Sakit hati kan...
Seminggu memendam rasa nak buat. 
Lepas buat...hilang sakit hati...
Tak kiralah selebet sana sini...
Yang penting...nasi impit akak  boleh Berdiri...nampak?


Larung buat, sekarung akak masak berdegil....
Puas hati 
Kalau selalu sakit hati macam ni...macam-macam saya dapat makan...
Silalah  sakitkan hati saya....
Sila sila.

Wednesday, February 22, 2012

Mee ilmu

 Beli satu dapat ilmu...

Apa pasal gambor ni terbalik?
Tak kuasa nak mem"begger"lah.
Mana nak dapat makanan macam ni?
Lepas tarik getah keluar boleh baca...
Macam-macam cerita ada.
Tengah makan Selak plastik putih sikit.
Boleh baca lagi....

Bayangkan... 
Itu kalau beli satu. 
Kalau beli dua, tiga kali ?
Tak ke berilmu?

Sesiapa yang tak berapa nak ada minat membaca, Belilah Mee Goreng atau Bihun goreng Mamak Gulam Mee...Kota Damansara.
Pastikan dibeli bungkus...  

Cara termudah  memupuk minat membaca....
Sambil baca boleh Nangis juga....
sebab mi nya...
Pedas!
tapi
Sedap!

Waktu operasi, petang sampai tengah malam. 
Semua ada....
Stail benteng.

Sesiapa yang duduk jauh dari Kota Damansara, contohnya AU Keramat atau Bandar Baru Bangi, atau kawasan-kawasan yang sama waktu syuruk dengannya,

Sila cari sesiapa yang kerja dekat Kota Damansara, pesan dengan orang tu, suruh beli bungkus.
Nyesal kalau tak bungkus...
Tak nak berilmu ke?

Sunday, February 19, 2012

Gaduh betul-betul

Mula-mula, kasi chance ayam gaduh...
Selepas hampir 1 jam .

Kak gerau: "Dik, mana order kami? Kami datang dulu daripada 2 pelanggan tu. Kenapa order kami tak dapat lagi yer? Diaorang dah hampir habis makan?"
Pelayan: "Errr...nanti saya check."

Selepas 5 minit.

Pelayan: "Maafkan kami, kami tersilap...encik punya order sudah kami siapkan tapi kami tersilap. Semua ordernya kami bungkus. Nanti kami keluarkan daripada bungkusannya. Itu bungkusannya." Pelayan menunjukkan bungkusan di atas kaunter bayaran.

Kak gerau: "Macam mana boleh bungkus? Kalau betul dah bungkus pun, cakaplah makanan dah siap? Ini, kamu biar kami tunggu lama-lama kat sini.Kamu ingat kami sekeluarga datang suka-suka, duduk-duduk lepak tunggu kat sini?" 

Pelayan: Kami hidangkan sekarang.

Kak gerau: Geram betul sayalah. Kami semua dah laparrrrrrrr.Saya tak puas hati. Dah alang-alang penat tunggu, meh gaduh betul-betul.


Ha...Bestkan kalau dapat cakap macam tu kalau pelayan buat silap. Puas hati. He he he
Tapi, biasanya kita tahan jer dalam hati ...
dan kita akan bercakap
Err...Tak Apa
Sambil buat senyuman tak ikhlas. 
Walhal dalam hati rasa nak wrestling cam kat bawah ni kan? 
Tengok yang tengah tu...nampak sangat batu apinya.

Ayam penyet....
 Ekstra sambal...

 
Blue Snow Shake
Air Biru yang sangat sedap 


Sebelum balik, ketua pelayan minta maaf sekali lagi pada kami. Dan kami ....macam biasa...sambil tersenyum dan berkata...Tak apa

Restoran AP ayam penyet dekat sg buloh.

Friday, February 10, 2012

Cerita Serius

Hafalan Shalat Delisa. 
Tetiba sahaja teringin bercerita tentangnya apabila ada kucing yang telah mematahkan kerusi bertanya tentang Novel ini...dan kucing, awak tidak berimaginasi tentang novel ini....


Novel ini adalah versi bahasa Indonesia. Buku ini saya beli pada 2008 melalui rakan yang ke pesta buku di Indonesia.( PTS ada menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Melayu) . Disebabkan buku ini dalam bahasa Indonesia, banyak juga kata yang tidak difahami  dan saya perlu melayari laman PRPM DBP untuk mengetahui maksudnya. 


Sebuah cerita yang mesti baca yang meruntun jiwa. 
Apabila diadaptasi daripada novel kepada filem, timbul rasa bimbang untuk menontonnya kalau-kalau filem ini tidak sehebat novelnya.
Itulah padahnya kalau membaca novel dahulu, baru menonton filemnya.  
Tengok sahaja Ayat-ayat Cinta dan Laskar Pelangi.Bagi saya, filemnya tidak sehebat novelnya....Dan Saya sangat-sangat kecewa dengan Ayat-ayat Cinta kerana novelnya superb....tapi filemnya....Yaaanaaadeeyyyy Cit....
Begitu juga dengan Laskar Pelangi...Novelnya Hebat...Malah saya boleh membacanya berulang-ulang...tetapi tidak sehebat filemnya...
Adakah Hafalan Shalat Delisa  begitu juga?
Menurut rakan saya yang telah membaca novel ini,  filem ini  mungkin tidak sehebat novelnya tetapi filem ini telah digarap dengan baik dan tidak mengecewakan....
Emmmm masih ragu-ragu untuk melanggan Astro first....




Seriusnya cerita.... 
Sakit pingganglah kalau menulis cerita-cerita serius. 
Meh makan mi siput kenit .

Gambar tengah:  kuali  dari dapur mak saya. Dari kanan paling atas:  periuk kecik kemik-mengek (penggandaan songsang) berisi asam pedas ikan pari semalam yang berlatar belakangkan kopi 3 in one dari Bandung...nape mak letak situ ek...peliklah. Dari kiri,paling atas, mangkuk berisi tin susu pekat manis untuk buat kopi bang badang. Dari kiri tengah: suratkhabar pengalas yang terbakar sikit sebab letak dekat dengan dapur...
Merapu dah...hilang sakit pinggang.


Mi siput yang dimakan dengan kuah sambal istimewa....Bestttttt.

Sunday, February 5, 2012

Cucur Bawang dengan Nasi

Makan Malam terakhir kami di Bandung agak lewat. Keluar dari Hotel tidaklah lambat. Hujan pula renyai-renyai bagai menyapa mengapa kami tak  nak  pulang-pulang. Menyampah Sedih agaknya. Entah apa silapnya. Ke restoran yang pertama, semua lauknya sudah habis. Makanya Pak Dudi menelefon sebuah restoran lain untuk membuat tempahan awal. Dan kami dibawa ke sini....yang menghidangkan makanan kesukaan kami ketika di sini, makanan Sunda. 
Karamba Bistro...
Kalau di Sabah tentunya tempat ini sudah lama tenggelam...
Karam baaaa...
Kedudukannya di kawasan rumah-rumah banglo di sekitar Bandung. 
Setibanya kami di sana, kami datangi seorang pelayan wanita lalu bertanya kepada kami.
"Bapak mahu otak-otak Bandung?"
"Tak apa..." jawab Bang Badang mesra, amboi amboi amboii endah tak endah
"Dirasai dulu Pak, belum cuba belum tahu," balasnya manja bebiasa jer. 
Otak-otak Bandung beserta cicahnya. 
  Otak-otaknya berbeza daripada otak-otak kita. Rupanya seperti pulut panggang.
Dibuat daripada ikan tenggiri. 
Maka rasalah kami 1.......2....3....dan sehingga habis kami merasa....
barulah kami dapat membuat kesimpulan, rasanya samalah seperti keropok lekor. 
Seperti biasa, ayam penyet ..hiasannya menggunakan daun selasih layu....lain daripada yang lain. 
Rasa sambal....Kelasssssz 
 Ikan kaloi Masakan Tak Sempat Tanya Nama. Nampaknya seperti ikan digoreng  yang disimbah dengan acar timun . 
Rupa Tak semenggah, tapi sedap pula rasanya.
 Cucur bawang. 
Ala-ala bingai ajer, kalau di Malaysia, makan cucur bawang dengan nasi. 
Tetapi di sini, segalanya mungkin...
Sedap juga...
Kemestian di Bandung.
Motif?
Tetiba jer cerita makan kat Bandung...?
Nampak sangat cuti panjang....
ter marinate kat umahku yang bertongkang pecah indah permai
Tak ader tempat nak berjimba.
Banyak kerja  tak nak buat 
Tak ader kerja nak dibuat...
Bergebang ajer leeee...

Saturday, February 4, 2012

Mi rebus tulang

Mi rebus tulang, Jaya Jusco Tebrau, Johor.
Best, 
walaupun agak cair.
Dan kami....saya, abah, mak, n long 
hari itu umpama Satu keluarga The Flintstone yang menghonges tulang haiwan buruan . 
Tapi kami Flintstone yang dah  mengucap dua kalimah syahadah...
Tutup aurat.
Satu mangkuk RM 6.50. 
Puas.
ABC spesel....
dan kue tiew kerang ....
Alhamdulillah.