Peperiksaan SRP Bahasa Malaysia - Kertas 2
Tajuk- Hobi Emak Saya Memasak Lauk Kegemaran Saya
Adakah kamu tahu hobi emak saya? Kalau kamu hendak tahu, emak saya sangat suka memasak. Kalau saya balik ke kampung, pagi-pagi lagi emak saya sudah memasak.
Kebiasaannya, emak saya akan memasak lauk-lauk kegemaran saya. Lauk kegemaran saya ada beberapa jenis.
Tetapi sebenarnya saya sangat suka semua lauk.
Tetapi sebenarnya saya sangat suka semua lauk.
Antara lauk kegemaran saya, termasuklah....
Botok-botok...
Saya sangat suka botok-botok tetapi jarang memasaknya kerana susah. Emak saya akan berkata, tak mengapalah, biar dia sahaja yang masak. Lagipun hobinya memasak. Saya sangat terharu.
Rakyat negeri Johor memang tahu makanan ini. Namun, ada juga rakyat Johor yang tidak tahu. Nasihat saya, sila jerit kuat-kuat...
Saya sangat Bengkak!
Ini bukan lauk kegemaran saya.
Tetapi emak saya masak juga. Sekarang saya sudah suka lauk ini juga. Ini ialah ikan pekasam goreng.
Ikan ini emak saya beli dari Kedah. Cerita sebenarnya bukanlah emak saya yang membelinya ada orang yang memberinya.
Asam pedas ialah lauk kegemaran saya nombor satu.
Botok-botok tadi sebenarnya lauk kegemaran nombor 2 sahaja.
Sejak dari kecil emak saya sudah beri saya makan asam pedas. Hari ahad emak saya akan masak asam pedas, hari isnin pula emak saya akan masak asam pedas tetapi pada hari selasa emak saya akan masak asam pedas juga.
Sebenarnya hari-hari emak saya masak asam pedas.
Menurut emak saya, orang Johor hari-hari mesti makan asam pedas.
Pada waktu itu saya hantukkan anggukkan kepala saya sahaja. Saya memang anak yang setia.
Saya memang hantu asam pedas. Kalau tak dapat makan hidup saya seperti ada yang kurang.
Seperti gosok gigi hanya menggunakan jari.
dan
lauk di bawah ini ialah kari.
Ini lauk kegemaran saya yang nombor 5 yang emak saya masak untuk saya.
Saya minta maaf.
Saya tipu di sini. Ini bukan untuk saya.
Lauk ini untuk bang badang suami saya. Bang badang kata, hari-hari kari, hari-hari kari pun tidak mengapa.
Saya tipu di sini. Ini bukan untuk saya.
Lauk ini untuk bang badang suami saya. Bang badang kata, hari-hari kari, hari-hari kari pun tidak mengapa.
Nasib baik lauk ini adalah lauk kegemaran saya nombor 5 saja.
Memasak memang hobi yang baik.
Sebab itulah hobi emak saya ialah memasak.
Bak kata pepatah, kalau dah masak Tentulah Penat.
Karangan ini adalah hasil nur terkilan saya sendiri yang tidak saya ciplak daripada mana-mana blog orang atau kucing.
Harapan saya, cikgu yang memeriksa karangan saya ini memberi markah yang tinggi kepada saya berdasarkan kepada lauk-pauk enak masakan emak saya dan bukan daripada tatabahasanya.
Kasihanilah saya cikgu.