Pages

Monday, June 25, 2012

Jangan Goyang-goyang

Hari ke-3 di Bandung. 
Motif? Tiba-tiba bercerita peristiwa setaraf sukatan pelajaran tawarikh? 
Iyalaaa....Takkan hari-hari nak gebang pasal asam pedas kan.
Sekali-sekala tukorlah mood...tapi bukan Mahmood security la!!
Ok.
 Hari ketiga di Bandung, tekak dah tak larat dah nak makan pagi kat Hotel Bintang Malap tempat kita orang menginap. 
2 hari dah makan ni.

Presentation hari pertama dengan hari kedua sama jer ...
Nasi goreng cut and paste. 
atau ini.
Roti berhurung semut hitam. 
Sekali pandang macam  semut kan.
Roti bakar bercheese laaaa..
Bukanlah tak sedap...tapi nak rasa makanan lain pulak.

Jadi, pagi itu, kami suruh Pak Dudi, supir kita orang cari makan kat luar. Rupa-rupanya, kat Bandung ni, pagi-pagi tak ada restoran untuk makan pagi. Yang ada adalah jualan kereta sorong di tepi-tepi jalan. 
Errr...belum berani cuba. 
Dah la perut kak gerau ni ala-ala gonggok...tak boleh tercuit sikit...cepat ajer merekot karang, tak pasal-pasal bang badang kena beli pampers orang kurang upaya untuk kita. 
Akhirnya kami ke sini ajer...

 Padahal, akak tak pernah bersarapan pagi kat sini kalau kat Malayzia...

Masa bang badang tengah order. (eh, bang badang? keciknyeeer...) tak der maknanya bang badang kecik tu. Apa? Korang ingat akak David koper in the field? Boleh suka-suka kecik, besorkan orang? 
Kalau boleh, dah lama, akak kecikkan akak dulu...Auwww....


Tapi kalau bang badang kecik gitew, dah lama akak timang-timang , lambung-lambung bang badang.

Budak cina tu fasih sangat bahasa Indonesia...he he he...yer laaa. kat Indonesia kan.

Sambung, sambung.
Masa bang badang tengah order, kitaorang dengor bising-bising kat luar. Siap ada punya muzik pelik lagi.
Kitaorang jengah. 
Kitaorang nampak ni. 
Kita cakap ngan bang badang, "Eh, nak keluorlah, kita nak ambik gambor." 
Bang Badang cakap " Amik gambor pebendanya...itukan perarakan cina mati".
Kita cakap, "Oh, yer ke? tapi kenapa pakai baju cantik kaler-kaler.
" Kat sini kena pakai baju macam tu laaa ," kata bang badang. Yakin. Tanpa Was-was.
Kita pun diam. Tapi tak puas hati ni....
Kita cakap," tak perlah...kita nak amik gambor gak.
Bang badang cakap, "Hisss, tak payahlah. Tak takut ke?
Masa ni, perarakan dah sampai ke hujung. 
Kita cakap, "tak perlah, kita nak keluar jap."
Kita pun keluar MC D.
Kita tengok betul-betul....
Perarakan kematian? 
Ada sepanduk pendidikan?
Kita tanya orang kat luar tu. 
(bukan dengan mas joko yang seluar dia terselit tu tau - sori yer mas joko)
Ceh!!!
Bukan Perarakan cina matilah....Perarakan dari Trans Studio Bandung...
Masa ni, kak gerau nampak badang kecik jer...lebih kecik macam budak cina tadi. 
Errrggghhh!!!
Kita dapat tangkap sikit jer gambor.
Tengok. Yang cantik semua dah lepas...

" Tak per la Yang, meh kita makan dulu.Karang kita pi Trans Studio," kata bang badang memujuk sambil mengusap-usap kepala kak gerau. Itu, berdasarkan imaginasi  tahap High Defination kak gerau laaaa. 

Pujuk?
Nak kena hypo (sindrom kurang gula) ke gerau?
Dia cakap, " Cepatlah makan.Kepoh betul." 

Cisss!!!
******
Kat Bandung, MC D pagi-pagi ada nasi. 
Kat sini tak ader kan? Agaknya laaa, sebab iklan depan mc donald dekat rumah kita tak ada la pulak tunjuk gambor nasi untuk sarap. 

Nasi masa beraurat.
Yang dah terdedah auratnya.
Awas!!
Baca Jangan goyang-goyang heh, karang tumpah lak air  panas tu.

Saturday, June 23, 2012

Rotilah Sangatttt!!!

6.50 pagi....Sabtu 


Golek-golek atas katil....fikir...fikir...susah hati sangat...Akhir-akhir ni selalu ada masalah yang sama. 
Bangun pagi aje, masalah ni mesti datang...
Mungkin usia dah bertambah kot...(kot kebendanya...memang dah bertambah
Masalah ni  datang sampai mengganggu kehidupan seharian kak gerau tau...

Memang Besar jugaklah masalah ni

Masalah tak tahu nak makan apa setiap pagi...
Haaaa Masalahkan...!! (sambil tepuk meja dan bangun)

Takkan hari-hari nak taler nasi lemak roti kan? Rotilah Sangatt!!
Takkan hari-hari nak telan kuih (hari-hari kuih? yeer keee?kan? 
Kalau nak makan lain sikit, kena masak pulak...

Cuti bolehlah...
Tapikan hari ni cuti???
Tapi...
inilah masanya nak
rehat-rehat baca kertaskabor sambil sarap kat kedai kannn....

Tak per laaa, hari ni mari kita sarap kat restoran...

Waktu ni  baru pukul 7.40. Kita pelanggan yang pertama. (tak dapat hadiah ker?)
Masuk-masuk restoran rasa macam mesra semacam jer...Macam pi makan pagi kat umah atuk kita kat Muor jer...
Cerrrr tengokkk cerrr
Pinggan sebiji macam pinggan atuk kita guna...dululah, masa kita kecik-kecik inilah rupa pinggannya. Tapi rumah atuk kita tak adalah rambu rambai jurai-jurai tu...

Ada basikal posmen lagi...Dulu, arwah atuk kita kerja posmen....Jangan-jangan, basikal tulah yang antor surat abah kita pada mak kita...
Tanya punya tanya, tuan kedai kata...Dia orang Parit Raja Muor. 
Bukan Parit Raja Batu Pahat tau.
Patutlah...orang kampung atuk kita....
Harap-harap dapatlah diskaun ekk!!

 Teh O panas...wangi.....sebiji rasa teh o Muor...Percayalah.
 Mi Siam.
Eh, gelak pulak. Betul...Kat Johor, kita ada Mi Siam, walaupun, Johor jauh dari Siam.
Dulu, kawan kita orang Kedah. Dia gelak kalau kita order Mi Siam kat restoran...
Tak baik tau.
Mi Siam ni ada letak tauchu.
Perah limau sambal....
Adooyaaaiii Meletup!

Kita kasi 4 Bintang....
(ikhlaslah...bukan sebab dia orang Muor tau)
RM 7.90

 Nasi lemak...
Perrrgggg sekali suap terus rasa Zassssss!!!
Kejang!!! Terbeliak Mata.
Punyalah Sedap... Lama Kejang...Macam Kancing Gigi .
Cukup semua rasa. Sedap, wangi, lemak...
Nasi lemak tahap Hypermarket punya.
Rendang ayam ,Sambal sotong, telur dadar....
Adoooyaaaaiiii

Cuma nasi dia seciput laaa...tapi sebab tahap hypermarket punya lauk....Alhamdulillah kenyang.
Rm 8.90
5 Bintang.
 Lihatlah...tak tipu kan...
 Tengok...tinggal ekor udang dengan golekan limau sambal jer...
Tapi agak kura-kura laaaa servisnya...Restoran ni baru dibuka. 
Belakang Segi College Kota Damansara. Belakang Sekolah Swasta KDU....
tak per...kita kasi Chan ...Bukan Chan Ah Poi...Chance peluang. 

Setakat ni tak banyak menu lagi...
Tengahari ada Asam Pedas Sepesel...
Yang dah makan cakap, Asam Pedas dia Terangkat...
Tapi kita tak cuba lagi...
Kalau asam pedas ni....kita ada prejudis sikit laaa...
sebab...errr
Wellll...my mother's asam pedas is the best in the World...
Walllaaaa...
Ceh ceh ceh....!
Kembang kalau Mak Jah tau ni...
;
;
EEmmmm
Masalah pagi ni dah selesai.

Saturday, June 16, 2012

Pertemuan Ketentuan Allah

 Teringat...
tiba-tiba sahaja... 
25 Oktober 2010. 

Dengan berbekalkan 2 buah beg seorang beserta tawakal kepada Allah, tanpa dihantar atau ditemani oleh anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, saudara terdekat, atau orang kampung satu bas. 

Sayu melambai kepada anak-anak, sayu andai itu adalah lambaian terakhir saya kepada mereka...
Namun, dengan berbekalkan iktikad bahawa saya ke sana kerana  ke rumah-Mu ya Allah, apa yang perlu saya risaukan... Sebagai tetamu-Nya, saya pasti! yakin! Anak-anak yang saya tinggalkan akan dijaga oleh-Nya. 
Dan...
Jika itu adalah lambaian terakhir saya kepada mereka saya bukan ke mana pun, saya hanya kembali kepada Pencipta Saya. 

 Saya meninggalkan anak-anak di rumah di bawah penjagaan bapa dan ibu mertua (untuk 10 hari - disebabkan anak-anak dalam minggu peperiksaan) sebelum dihantar ke Johor , oleh adik saya sebaik sahaja peperiksaan tamat. 



Kami tiba di Tabung Haji Kelana Jaya pada pukul 7 pagi dengan hanya dihantar oleh rakan pejabat Bang Badang...yang masih bujang (kini sudah berkeluarga - Ya Allah, rahmatilah rakan kami yang berhati mulia ini. Amin). 

 Saudara mara jemaah haji yang lain...mereka hanya saudara seagama saya. 

Tetapi ada hikmahnya kami ke sini tanpa ditemani anak-anak atau saudara mara. Perjuangan kami sudah bermula dari  sini lagi. 
Tiada rasa risau tentang anak-anak, rumah dan segala apa-apa yang ada di sini.
Jika anak-anak melambai saya di sini, tentu hati saya lebih pilu.

Dari Kelana Jaya, Kami menaiki bas no 7  ( daripada 10 bas) ke KLIA. 
Alhamdulillah, dari awal lagi, perjalanan kami dipermudahkan-Nya...Kami bertolak, pada waktu yang sama seperti yang telah dijadualkan. 
Tidak perlu menunggu lampu isyarat berwarna hijau, tiada lagi ungkapan...
Urggghhh Jammmm....
Semuanya  teratur, lancar, dan cepat dengan diiringi polis trafik. 

Tetamu Allah
Ya. Kerana menjadi tetamu-Nya, kami diberi layanan sebegini. Tidak mungkin saya akan dapat menikmati layanan seperti ini jika tidak menjadi Tetamu-Nya. 
Dan lebih menyeronokkan, sepanjang perjalanan kami, kenderaan yang berhenti untuk memberi laluan kepada kami melambai-lambaikan tangan kepada kami  ...  suatu suasana seakan-akan mendoakan perjalanan kami. 
Alhamdulillah. 

 Terus menuju ke balai berlepas
Pertemuan ketentuan Allah.
 Teman-teman lama  sepejabat kami ketika di Karangkraf.
Setelah berbelas tahun tidak bersua muka... 
Rupa-rupanya bertemu kita di sini.  

Wednesday, June 13, 2012

Boss saya kedekut

Pada suatu hari, emak abah saya dengan adik saya datang ke rumah saya. Mereka memberitahu saya bahawa mereka akan ke Kelantan... Saya diam ajer...sebab saya tahu saya tak boleh pergi sebab saya tak ader cuti...
Boss saya sangat kedekut cuti...Saya agaklah...sebab cuti saya tinggal sikit dan dia tak tambah pun kan...
Kedekutlah tuuu...
Walaupun saya banyak ambil cuti, sepatutnya dia kasihan dekat saya sebab saya tak dapat ikut mak abah saya ke Kelantan. 

Sebagai ketua sebenarnya dia tidak boleh kedekut ...

Saya tidak akan menjadi kedekut seperti boss saya...jadi saya pun mengajak bang badang saya ke Pedas Linggi untuk mencari makanan salai...

Ha? Tiada kaitan langsung ? Kan!!  Saya pun rasa macam tu...
Karangan saya melompat-lompat kan? 
Itulah sebabnya saya Lammmmmmaaaaa tak berbelog....
   

puyuh n daging salai
keli salai




Hati saya sangat gembira sebab dapat makan dan beli semua yang di atas...Nasib baik boss saya  kedekut cuti. Kalau tidak mesti saya tak dapat beli semua tu...
Padanlah muko, poieee ajelah nogori . Dokek yor...tak yah cuti...