Adik: "Ma, nama spagetti ni apa?
Mama: "Spagetti AyoooyooooOlio...!!!
Adik: "Lawaknyaaa!!!!
Mama: Makan ajer laaa...banyak songeh pulak.
Saturday, July 14, 2012
Thursday, July 12, 2012
Doaku,,,,Muatkanlah....
Dah beberapa minggu, setiap kali hujung minggu, tak dapat memasak...
Rasa bersalah, tak masakkan suami...
Ceh, Ceh, Ceh. Suci benor bunyinya!
Kenapa tak masak?
OOOO, 2 minggu lepas, balik kampung, seminggu lepas tu, shopping baju raya...
Wah...Kelassss akak! Ha ha ha...
Tak der maknanya...Tahun nilah yang paling lambat belikan anak-anak baju raya.
Bulan puasa tak larat kena lebihkan ibadat kan.
Tak gitew.
Baju raya kak gerau pun baru beli...dulu awal-awal dah beli...tahun ni lambat beli sebab tak sempat....
Yer ker ?
Ahaaaa sebenarnya bukan tak sempat, kita tipu jer...
Sebenarnya, kita tunggu badan kita kurus sikit...malangnya macam tak nampak langsung bayang nak kurus sikit...tambah bayang-bayang gemuk ada.
Jadi, sebelum semua baju di pasaran tak muat...baik beli cepat.
Sib baik ada saiz lagi.
Motif ???bagi tau ada saiz?
Tak kisahlah... walaupun
Masa try pakai nampak...Errghhh!!!
Lantak.
Janji baju raya dah ada.
Ini lauk berbuka puasa Isnin lepas.
Sebesen kutelan...
Gulllp !!
sebesen?
Doaku,
sebesen?
Doaku,
Ya allah, ya Tuhanku, muatkanlah baju raya ku...
Amien.
Wednesday, July 11, 2012
Bertabur duit keluar
Abah tak pernah masuk hospital.
Kalau sakit, abah pergi klinik ajer.
Tapi, jumaat lepas mak telefon, cakap, abah masuk hospital Pontian. Abah bawa kereta sendiri, menyerah diri ke hospital.
Kalau tak betul-betul sakit, abah takkan pergi hospital...
Hidung abah dimasukkan tiub. Dah 2 botol air disalurkan ke badan abah juga.
Kesian abah.
Perut abah kembung. Keras. Tak boleh buang semua. Tak boleh buang air besar, tak boleh buang angin...dari mana-mana saluran pun.
Selama seminggu.
Kalau dah tak boleh buang kekotoran dalam badan, pasti sakitkan...
3 hari di hospital daerah, tiada apa-apa perubahan. Tak tahu punca abah tak buang air.
Dr kata, lagi 2 hari kalau tak ada perubahan, dia akan rujuk ke hospital Johor Bahru...
Lagi 2 hari???
Emmm...
(hospital pakar damansara tingkat 5 - sebelum membuat endoscopy - sebelum ke hospital sempat tanya: Ok tak abah pakai baju ni?tetap nak bergaya walaupun sakit..itulah abah...)
Akhirnya kami bersetuju membawa abah ke Hospital Pakar Damansara.
Abah tak nak.
Abah kata mahal.
Mak kata mahal.
Kami cakap, janganlah risau...Kami akan usahakan
Insyaallah.
Lagipun adik kak gerau, nurse montel ni kerja kat sini. Dia boleh tolong uruskan...Kesian juga kat dia... semalam dia kerja malam, tapi pagi esoknya dengan tak tidur, dia uruskan abah ditambah dengan keadaan mengandung...
Alhamdulillah, urusan menjadi lebih cepat.
Sementara tunggu abah buat endoscopy, kami round-round tingkat 5 - ward baru kanak-kanak.
Cantik gilerrr.
Nasib baik dah tua dewasa...kalau tak, sure kak gerau buat-buat sakit perut mintak masuk wad ni...
Tapi hergerrrnya???
Emmmm,
Untunglah kalau orang banyak duit...
Kalau orang banyak gebang macam kak gerau, banyak duitnya kan best!
Gebang jer,,,bertabur duit keluar...
Gebang jer,,,menyembur duit keluar
Syiok Kannn?
Gerau kaya! Gerau Kaya!
Yer leeeerr
Kayalah Sanggatttt!!!
Anak saudara sulung kak gerau, bercuti semata-mata nak teman atuk n mak wa.
Bilik wad
Dr kata, perut abah dah kena infection. Kalau tunggu lagi lama, infection makin teruk. Nasib baik cepat bawa abah ke sini.
Alhamdulillah,
...selepas pemeriksaan , antibiotik dan ubat, selepas 4 hari, abah dah sihat.
Tak sabar-sabar nak balik kampung,
Rindu kucing katanya...
Emmm
Janji abah bahagia.
We love U abah.
Friday, July 6, 2012
Siapa Malu?
Dah sebulan setengah kak long (fu cuk) kak gerau kat sini.
Dah dua kali balik rumah...Dekat ajer pun dari rumah.
Lalu highway baru 1 jam 10 minit dah sampai. Kalau ikut hati dia, setiap minggu nak balik. Tapi bang badang ngan kak gerau tak layan sangat...
Belajar-belajarlah berdikari.
Takkan nak duduk bawah ketiak mak ajer kan?
Karang heboh cerita:
Anak pitam, lemas bawah ketiak mak ...
Siapa malu?
Mak jugak...
Tapi, telefon hari-hari laaa...
Disebabkan maknya kuat bersenam makan ...soalan pertama ,
"Kak long makan apa hari ni? Sedap? Banyak tak makan? he he he
(asrama Vega - asrama kak long)
Lepas tu baru tanya..."Studi macam mana? Ingat semua pesan mama? Solat dhuha tak? Ingat, mengaji lepas solat, sehari sehelai pun tak per!
...Jangan contohi mama...selalu lompong ngaji - yang ini dalam hati la..hi hi hi.
Yang penting, emak mesti pandai nasihat, beri peringatan kan.
Walaupunnn...
Yerr...walaupun mak nyer konyok OK...
cafe lyra
Kak long batch ketiga...
Jadi, matrikulasi ini baru 3 tahun beroperasi...
Bangunan masih baru
library
Masjid yang besar...
lab
Cuma satu sahaja pesanan mama yang tak pernah mama lupa ingatkan kak long,
Kak long,
jika kak long taat perintah Allah, Insyaallah, walaupun kak long jauh dari pandangan dan kawalan mama, Allah berkati dan lindungi kak long. Berdoalah senantiasa agar Allah permudahkan segala urusan kak long dalam menuntut ilmu. Insyaallah, Allah permudahkan urusan menuntut ilmu dan ilmu yang kak long raih diberkati Allah bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk kebaikan orang lain.
Mama dan ayah senantiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kak long di dunia dan di akhirat.
Mama tahu, kak long akan menjadi hambanya yang solehah dan berilmu.
Insyaallah.
Amien.
Sehari sebelum hantar kak long,,,mesti makan -makan dulu kan...
Nasi arab kambing + Ayam Kabsah di D Arab Shah Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)