Pages

Sunday, September 30, 2012

Jemaah Turki dan Pokok Berjalan

Ketika di sana, saya sering melihat gelagat jemaah Turki...
Yang perempuan, selalu menyelitkan daun-daun pokok di tudung mereka sebagai pengenalan. Dari jauh cam pokok berjalan...he he he...betulll.

Jemaah dari Turki ini kebanyakkannya berbadan besar dan tegap...
kak gerau besor gak, tapi besor bengkak...kalau dilanggar, harus akak berpusing 360 darjah. 
Mereka ini, kalau terlanggar kita, kita yang terhoyong-hayang, tetapi mereka steady ajer...
Mereka juga agak kasar, tak macam orang Malaysia yang agak penakut, lembik, lemah lembut...

Dan kebanyakan mereka (perempuan) takut untuk menaiki escalator.
Berhati-hati kalau mereka berada  di hadapan, mereka tidak tahu untuk menapak apabila sudah tiba di atas atau di bawah...banyak kali insiden, mereka jatuh di depan kita...dan kita juga hampir tersungkur kerana mereka...

Dalam hati selalu berasa cuak dengan mereka...
Kalau nampak gerombolan mereka, kak gerau cepat-cepat berjalan menjauhi mereka.

Suatu hari, sedang kak gerau berjalan antara safa dan marwah. 
Masa tu, kak gerau berjalan di hadapan bang badang...
bang badang jalan lambat sikit...
kita kan selalu jalan shopping kan...
jadi cepat sikit...he he he...

Ketika dalam pusingan ke 4...
Sedang kak gerau berjalan sambil membaca doa melalui buku doa, tetiba ada orang memeluk bahu kak gerau dari belakang dan berjalan beriringan dengan kak gerau...
dalam hati cakap, "Sapa pulak laa ni" 
Kak gerau pun toleh ke kanan, 
yang kak gerau nampak adalah daun-daun pokok yang banyak...

Allah,!!!
dan perempuan yang berdaun pokok itu memeluk bahu kiri kak gerau dengan kuat sambil tersenyum...sambil tu dia menepuk-nepuk bahu kak gerau...
Punyalah kuat dia peluk, sampai susah nak jalan....lama pulak tu...sepanjang jalan ke marawah laaa rasanya....lepas tu, 2 orang lagi datang jalan beriring dengan kak gerau sambil mengucup-ngucup  jari mereka seraya berkata " masyaallah, masyalllah."
Macam gembira sangat laaaa dapat jumpa kak gerau....
he he he...

Lepas 10 minit gitew...dia melambaikan tangan dan meninggalkan kak gerau...
Bang badang usik kak gerau...
"Jumpa sedara ke" 
he he he....
tu laaa...berburuk sangka dengan orang....
Allah tunjukkan...
kau buruk sangka dengan orang, orang tu peluk kooooo...
lepas tu...terus insaf...he he he
Saie di tingkat bawah...lebih padat.

Jemaah dari pelbagai negara akan memakai pelbagai benda di baju mereka atau untuk dipegang, sebagai pengenalan kumpulan mereka...geli hati pun ada...
Tapi senyum ajer laa...tak berani nak cakap apa-apa...
Ada tu, yang ketuanya pegang  feather duster tinggi-tinggi macam kat bawah ni dan jemaah kumpulan mereka akan ikut mana arah feather duster tu...he he he

Kalau jemaah Indonesia, suka letak bunga matahari besar-besar kat telekung....
Bersaie di tingkat 1
Berhenti sekejap di tepi antara safa marwah...meneguk zam-zam, cuci muka, meletakkan air pada kaki jika kaki lenguh sambil memohon pada Allah, agar dapat menyempurnakan ibadat tanpa sakit...

Tuesday, September 25, 2012

Malaysia, Dalca free, Makkah, dalca beli...

Di Mekah, kami daripada Maktab 78, menginap di Hotel Burj Ghandura... Hotel kami terletak kira-kira 700 meter dari Masjidil Haram...
Pada mulanya terasa agak jauh...apatah lagi, ketika buat umrah dahulu, jarak hotel dengan Masjidil Haram hanya 200 meter. 
Tetapi alhamdulillah, setelah beberapa hari di sana, tidak terasa kejauhan itu...Apatah lagi apabila memikirkan ada jemaah dari Indonesia terpaksa tinggal di hotel sejauh 2 hingga 8 km dari Masjidil Haram...
Bersyukurlah....
 Di hotel ini kak gerau tinggal 4 orang sebilik...alhamdulillah...selesa....bilik air pun di dalam bilik...Ber"bath tub" lagi...he he he...tapi, bath tub tu kami gunakan untuk duduk sambil membasuh kain... bukan untuk berendam-rendam...
Kak gerau tinggal di tingkat 2. 
Bilik kak gerau berhadapan sahaja dengan bilik bang badang...
Kalau nak ke masjid...main ketuk-ketuk pintu jer...he he he

Hotel kami ini berdekatan dengan terowong laluan bas. Untuk lebih dekat ke Masjidil haram, kami akan melalui terowong ni...Cuma apabila melalui terowong ini, kami terpaksa menghidu asap bas...oleh itu, biasanya, kami akan menggunakan penutup hidung dan mulut ketika melaluinya...
Jika melalui laluan ini, kami akan keluar di tepi tangga berdekatan hotel Grand Zam-Zam Hotel (kalau tak silap)
Di laluan terowong ini juga ada tandas yang besar dan sangat bersih...
Biasanya memang kami melalui laluan ini kerana kurang sesak jika dibandingkan dengan laluan utama yang akan melalui tepi hilton hotel Makkah.
Kalau ikut laluan utama, atau jalan biasa, kami akan melalui laluan ini. Laluan ini amat-amat, amat sesak kalau selepas waktu solat...Jika kami duduk di masjid dan menunggu setengah jam atau 45 , barulah laluan ini reda daripada jemaah.
Apabila di dalam keadaan sesak, kak gerau hanya memegang bang badang dari belakang, dan mengikut arus manusia...tak payah berjalan....orang belakang akan menyorong kita untuk ke hadapan....
Gambar di bawah ini diambil ketika sudah mengerjakan haji...banyak jemaah dari Pakistan ,India, dan Turki mula pulang ke kampung halaman...jadi laluan kurang sesak.
Laluan tepi hotel Jam besar tu...Tepi Grand Zam-zam hotel...(kalau tak silap laaa)..ini semua hotel orang-orang kaya...kak gerau mampu lalu ajer...
 Ini van yang hantar makanan kepada jemaah hotel kami. Makanannya pun alhamdulillah. Disebabkan kami rombongan muassasah, makanan kami di pek-pek kan...
Makanan sejuk? Tak ada lah...makanan senantiasa panas, kerana di kafeteria tu ada tempat menyimpan makanan supaya senantiasa panas...Macam oven, besar sangat...kalau nak ambil makanan, baru pekerja menjaga makanan tu keluarkan daripada oven tu....

Setiap hari, kami akan melalui farmasi ini...
 Pek yang kami terima daripada LTH...Alhamdulillah...mungkin kak gerau ni spesis tak cerewet...apa yang diberi semua kak gerau tibai dengan berselera....Yang paling best adalah buah-buahnya. Sangat segar...
 Hari ini makan nasi beryani...lauk kurma...dengan sayur campur....Alhamdulillah. Kebiasaannya, kalau di makkah, jemaah haji muassasah, tidak disediakan dengan sarapan ...Tetapi di kafeteria, ada dijual pelbagai jenis makanan. Contohnya kuih-muih seperti talam, seri muka, kuih lopis, cokodok, bihun goreng, mee goreng,  nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, sandwich dan macam-macam...
beli ajer...air panas disediakan...
 Kalau teringin makanan luar, kak gerau akan beli kebab atau roti canai...
Tetapi di sana, rotinya free atau dijual murah...
Kuahnya pula mesti dibeli asing...
Dan jangan marah, kalau beli roti canai tak dapat dalcanya seperti kat sini yer.
Dan harga kuahnya lebih mahal...tak silap, kuah dalcanya saja harganya 6 Riyal. Kalau yang berdaging cincang, harganya 8 riyal...jika tidak silap...

Sunday, September 23, 2012

Jenama Rimau

Setelah 10 hari di Madinah...Pada hari yang ke-11, pagi- pagi, kami sudah bersedia berpakaian ihram bertolak ke Mekah bagi menyempurnakan umrah...
Selamat tinggal Madinah, selamat tinggal ya Rasulullah s.a.w. 
Moga ziarahiku ini bukan yang terakhir..
Petugas Tabung Haji...sibuk mengurus jemaah haji...terutamanya yang sudah berumur..melayan mereka tentunya memerlukan kesabaran yang tinggi...
Pelbagai gelagat manusia dapat dilihat ketika mengerjakan haji. 
Memang kena banyak beristighar...
Berebut-rebut naik bas, mementingkan diri sendiri, menengking-nengking orang, semua dapat kita lihat di sini...
 Bas mula bergerak ke Mekah...
Perjalanan dari Madinah ke Mekah...memakan masa 8 jam pada musim haji disebabkan kenderaan yang banyak...Namun,kadang kala mencecah sehingga 10 jam dan lebih... 
Ada yang ditahan polis ketika dalam perjalanan...Ada yang bas rosak  dan sebagainya...
 Banyak-banyaklah berdoa moga perjalanan kita dipermudahkan...
 Bentuk muka bumi yang dapat kita lihat sepanjang perjalanan ke Mekah.
 Tentunya banyak yang sudah maklum..dari Madinah, jemaah haji akan bermiqad di Bir Ali...
 Masjid Bir Ali
 Jualan di luar masjid....
Sebelum bertolak,bawalah air mineral lebih sedikit untuk urusan bersuci...bimbang-bimbang jika di perhentian, air tiada...Kak gerau kurang makan dan minum ketika dalam perjalanan,bimbang nanti asyik nak ke tandas.
...Musim haji yang mengunjungi tandas lebih ramai berbanding ketika kita mengerjakan umrah.
 Sebelum sampai ke Mekah, kita juga akan berhenti di beberapa perhentian...dan setiap kali perhentian, kita akan diberi pelbagai bungkusan makanan...Ini semua adalah sumbangan daripada badan-badan tertentu yang  senantiasa bermurah hati untuk menyumbang kepada jemaah haji.
 Insyaallah bekalan makanan seperti ini sangat banyak...dan melimpah ruah...tak payah bawa Biskut  Hwa Tai , Hup Seng, atau jenama Rimau dari sini. Buat sendat beg jer...he he he...
Lagi pun biskutnya sangatlah sedap...
 Kotak hadiah makanan..
 
Menghampiri Mekah...Dah nampak jam besar
Masa ni jam besar baru sahaja siap...Jerebu dan berdebu disebabkan di luar sekeliling Masjidil haram dalam proses pembinaan... Banyak hotel lama diruntuhkan. 

Friday, September 21, 2012

Roti setinggi 1 kaki

Sempena bulan haji ni...nampaknya post haji memanjang...
Kalau boleh, nak habiskan semua gambor...ha ha ha...sesiapa yang terbukak blog kak gerau ni banyak-banyaklah beristighfar ...
bersabar yer...
Kak gerau tidaklah bercerita tentang ibadat-ibadat yer sebab tentunya banyak yang sudah tahu daripada ceramah, ilmu yang sedia ada , ustad dan pakar rujuk agama, dan buku-buku....
Yang ini semua hanyalah pengalaman dan kenangan terindah kak gerau. 
 Batu-batu permata perhiasan di hotel penginapan kak gerau di Madinah...

Laluan ketika berjalan kaki ke Pasar Tamar...
Kalau dapat pinjam basikal bangla tu...dapat I berbonceng-boncengan ngan bang badang.
Jauh jugak pasar ni dari hotel sebab hotel kak gerau di hujung kiri, pasar tamar di hujung kanan...
Depan tu perkuburan baqi' 
(yang ada kubah tu...jika tidak silap)
 Dalam perjalanan, terjumpa gerai-gerai ni...
Masa pergi umrah dulu, tak sempat ke pasar tamar...jadi, ingatkan ini pasar tamar...rupa-rupanya bukan...
Bila tanya pak arab, dia cakap, "lagi defan, lagi defan...lah" he he he...macam gitew laaa bunyinya setelah di "translatekan"

Ini baru pasar tamar
Releks ajer arab-arab tu...duduk-duduk cungkil gigi, kutil kuku.
 Berbincang untuk berniaga tamar di Malaysia dengan pak arab. 
 Setiap dua hari sekali, mesti makan kebab.
Sebelum bergerak ke Mekah, kami sempat bertemu dengan sahabat Bang Badang 
.... Kami bertemu di hotel Anwar Movenpick Madinah...
Waktu ini beliau bertugas menjaga jemaah haji yang menggunakan pakej 65 ribu ke atas...kebanyakannya VIP...
Walaupun hotel 5 bintang, menurut katanya...ada juga yang komplen macam-macam...biasalah...orang senang...
Bersabar ajer laaa...

 Dan..ketika di sini...kami nampak, jemaah dari Arab membawa roti yang banyak hingga setinggi 1 kaki penuh pinggan ...
Fuhhh...mereka memang hebat tentang makan...

Wednesday, September 19, 2012

Cuit-cuit silap orang

Masih di Madinah...Subhanallah...
Kalau yang sudah pergi tentu sangat merinduinya...Sesiapa yang belum sampai tentu sangat berharap dan senantiasa berdoa agar diizinkan Allah untuk ke sini.
Untuk masuk ke Masjid Nabawi pada musim haji, kawalannya agak ketat...tidak seperti ketika umrah. Itu pengalaman kak gerau laaa.Mungkin orang lain, lain pengalamannya. Handphone dilarang sama sekali...jika bersolat di dataran tak apa...untuk dibawa masuk yang tak boleh...
Selalu juga berfikir, bagaimana nak telefon bang badang...
Berjanji dulu sebelum masuk? he he he...dah janji dah...
Bang badang ni selalu lupa...
Berjanji di tiang no 10...tunggunya di tiang no 20...
Berjanji di pintu no 12, tunggunya di pintu 22...
Jadi...baik telefon...
lagipun kat sana rasa macam banyak bang badang...sama jer...karang, cuit-cuit, silap orang lak...
Di dataran Masjid Nabawi...

Fikir punya fikir, kak gerau dapat idea simpan hp dalam beg kecik tapi atas tutup ngan quran, lapik dengan tuala kecik, lepas tu tisu n tasbih...he he hee
Dengan kondifennya, berjalan ke masjid...
Tiba di pintu masuk, pengawal geledah beg kecil...hp? hp? dia tanya...
Kak gerau diam ajer...
Tetibaa...
tanonetnonetttt....telefon akak bunyi daaa....
Adoyaaaiii
Kantoooiii
Lupa tutup telefon...
Yang Bang Badang , masa tengak chek mengecek...dia telefon lak.
 Pengawal suruh akak keluar laaa....
Tapi kak gerau tak putus asa...
Letak dalam Stoking laaak...he he he
Kali ni pastikan tutup...
 Selamat...Alhamdulillah...
 Quran dalam Masjid...selalunya quran ni sedekah dan hadiah daripada para jemaah
 Jemaah dari Kazakstan
 Jalan-jalan di Madinah...Cantik dan seronok...Kan Madinah bandar terancang...

Madinah Hilton....depan Masjid Nabawi
Beryani di Madinah 10 Riyal...tak silap.
 Air harus minum.

Monday, September 10, 2012

Satu bilik 5 orang

Disebabkan musim haji, mood cerita haji pun datang...
Banyak benda yang ingat-ingat lupa...
Tapi kak gerau cuba mengimbas kembali. ...mari kita sambung cerita semalam...

Setelah tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, kami melalui pemeriksaan imigresen. Alhamdulillah laluan kami di permudahkanNya, kami tidak perlu menunggu lama untuk diperiksa. Cuma orang lelaki saja pemeriksaannya agak ketat...

Di bahagian hadapan airport King Abdul Aziz.

Pak cik tu suruh  isterinya cepat agaknya...he hehe
Kami termasuk dalam senarai yang perlu menaiki bas no 6.
 Kami suruh pak arab tu posing...he he he dan dia amat suka 
Dari airport ke Madinah, kami berhenti di hentian sebentar untuk minum-minum air, menghilangkan lelah. Walaupun letih, kami perlu bersemangat untuk menempuh jihad yang lebih besar.
Hotel tempat kami menginap. 
Hotel yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi. 
Tidak silap kak gerau, tidak sampai 100 meter dari Masjid. 
Hotel ini tempat ibu pejabat jemaah haji muassasah di Madinah.
Semua urusan berkaitan jemaah haji berpusat di sini. 
Urusan keluar duit, klinik, ceramah dan sebagainya.

Alhamdulillah, walaupun kami mengikut rombongan haji muassasah yang selalu dipanggil rombongan yang bersusah-susah, perjalanan kami dipermudahkan Allah. 

 Di hadapan tangga tu ada tempat bakar kemenyan arab...dan baunya sangat kuat...sampai melekat di baju dan telekung.
 pak cik tu tengah tanya pada ustad petugas tabung haji
 Lelaki di kaunter itu adalah Saiful...yang selalu dikaitkan dengan Anwar Ibrahim...Dia datang dengan nenek dia. Kita tau sebab kita sama lif dengan dia masa nak turun makan dan ada orang tanya dia...kita dengor jer...he he he
 Lif dan pejabat untuk keluar duit di tabung haji
Laluan ke Masjid...pemandangan yang biasa dilihat..
Kepada yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah, tentu pernah melalui jalan ini. 
 Bilik hotel...satu bilik 5 orang...3 orang dari Kuala Lumpur , kak gerau 
Selangor, dan seorang lagi  Dr. Muda, dari Kedah. Seronok dengan mereka...baik-baik semuanya...termasuklah kak gerau...he  he 
Maaf yer...biliknya sepah...dan itu bantal busuk kak gerau...
Makanan yang disediakan oleh pihak tabung haji...
hari ini lauk ikan sweet sour dengan eggplant kari. Syukur alhamdulillah.Apa-apa sahaja yang dihidangkan kak gerau makan ajer...Kalau tak nak makan di dining hall, kak gerau akan bawa makanan ke dalam bilik hotel. Makan sambil tengok TV...sebelum bersiap untuk ke masjid.