Pages

Thursday, February 28, 2013

Belum Tentu Selamat..Mencuba

Sambal Geledek...

Ada 2  20 orang minta resepi sambal ini. Jadi untuk tidak menghampakan...(hampa laa sangattt kannn). Inilah bahannya....
Seperti biasalah , kak gerau tak reti nak ukur-ukur, sukat-sukat. 
Akak bantai ajer...
Apa? Kenapa tak ada sukat?
Tak payah lah korang nak heran ...heran ke?..
Kalau kak gerau pandai sukat betul-betul, dah lama akak terbitkan buku resepi...
Jadi, pandai-pandailah Korang mengagaknya yer...

Kalau tak sedap salahkan diri, Kalau sedap, sebab akak punya resepi...



Bahan-bahan:

1. Beberapa tangkai cili padi dan cili hijau (kalau nak pedas, lebihkan cili padi)
2. Bawang merah kecil 3 ketul (kalau cili lebih lebihkan seketul..he he he)
3. Ikan bilis sedikit (agak-agak sejemput...- sejemput kak gerau ok...Sila agak-agak ukuran tangan kak gerau)
4. Belacan (cium dulu belacan tu...Please laa  gunakan yang lemak-lemak wangi jer ok.)

Semua bahan tu goreng dengan minyak sikit...

Lepas tu tumbuk. Tumbuk lagi sedap...
Letaklah garam, gula sikittttt.
Lepas tu colek ke mulut sikit...Cakap, Emmm Sedappp (Ni petua...kena ikut, kalau tak ikut tak sedap...kita tak tau)
Baru masukkan ke dalam mangkuk ...

Selamat (belum tentu selamat) mencuba...


1. Versi Tumbuk...
yang ni letak  cili padi merah

2. Versi kisar...

3. Versi blurrr...

Monday, February 25, 2013

Apaaa? Mencekuh dan Mengorek?

Minggu lepas kak gerau telah ke restoran...untuk membeli  menengok-nengok makanan...
Ehh, bukan hari tu dah insaf?
...Yaaa, Memanglah dah insaf, sebab tu kita menengok-nengok sahaja...

Haaa...
Nak jadikan cerita,
Sedang  kak gerau  memilih menengok-nengok lauk, adalah seorang wanita ini, berspek mata hitam lagi (Nampak ke?) hendak membeli menengok lauk macam kak gerau juga .
Wah, pakaiannya sangat urban.
Kasutnya sangat tinggi...kalau terpijak  jari kaki akak? Cagu UUU...

Dia  dengan anak perempuannya yang berumur 6 tahun  memegang pinggan nasi sambil  memilih lauk-pauk di hadapan kak gerau.
Menghirup kuah singgang ikan siakap di hujung minggu

"Cantiknya pompuan ni...curlazzz bergaya lagi," detik hati kak gerau.
Akak tengok diri akak.
Atas bawah, Bawah Atas. 
Baju? heemmm...
Kasut? hemmm...
Tak sanggup nak menilai sendiri...
Takut dikata iri hati
...
Perbezaannya...
Bagai maggi dengan beryani...
hu hu hu..
Tapi tang spek mata ... tak kalah laaa..
hampir sama 
akak punya spek hitam juga... 
Hitam  Berlumut...
ha ha ha

Yang tak bestnya...
Tetiba,  tanpa semena-mena, itu perempuan telah  mencekuh, dan mengorek beberapa ekor isi lala  yang dijual dengan tekun dan gigihnya (kerana lala itu agak kenyal)  lalu terus menyuap isi lala itu ke dalam mulut anaknya...
Waaaa Lalaaaaaa
sambal geledek...

Apaaaaa?
Mencekuh dan mengorek isi lala dari lauk pauk yang dijual?
Yaaaa...
Korang mampu?

Akak yang sedang menyenduk memerhatikan gulai daging menggigil-gigil menahan rasa  nak mengetuk kepala perempuan tu dengan senduk...
Suka hati ajer ekkkk....

Mencekuh satu hal, bukankah itu mencuri namanya...
Dah lah mencuri, beri pulak makanan yang dicuri itu pada anak ...
EEmmmm
Gaya cantik...sayangnya akhlak tidak cantik...

Sunday, February 17, 2013

Hati yang semakin Tua

Hari ini saya Memasak.
Memasak?
Yaaa...
Sekarang ini saya jarang-jarang memasak. 
(dulu pun jarang-jarangkan?)
Sekarang ni yang jarang-jarang...
Dulu Kadang-Kadang...
(bukan sama ke hinanya antara jarang-jarang dengan kadang-kadang?)


Tetapi pagi-pagi selalunya saya memasak untuk budak kentang dengan budak soo hoon.
Biasanya satu lauk ajer punn.
Tetapi kuantitinya seperiuk sebab mereka akan meratah lauk.
Nasi biasanya mereka makan sesenduk seorang. 
Malam biasanya kami sekeluarga makan luar...
Hujung minggu, selalunya kami akan keluar...dan tentunya makan di luar juga.
Dan hari Ahad sahaja, saya akan memasak.
(itupun sarapan beli luar...)
Dan hari ini...mereka (bang badang serta anak-anak)  makan masakan saya dengan seleranya...
"Sedapnya mama," kata Soo hoon.
Powerlah mama," kata Kentang...
"Ayah tambah banyak kali ni," kata bang badang.

Tiba-tiba...
ada suatu rasa dalam hati saya....
Rasa itu datang serta merta...
Rasa sangat-sangat bersalah...
Rasa teruknya saya sebagai ibu...
Sebagai isteri juga.

Ya, Allah,
terima kasih ya Allah...
Aku sangat-sangat bersyukur kerana Engkau telah mengurniakan mereka kepada saya...
Tiba-tiba saya sangat beremosi...
emosi dari hati yang semakin tua...