Pages

Friday, March 15, 2013

Taksub Parti

Dalam rumah kami  ada 7 ahli...
5 orang + 2 tikus...

Kami lain-lain parti
Lain-lain parti, selalu gaduh la kannn.

Kami, Kak gerau, soo hoon, fuu chuk, dan kentang...Memang taksub kat parti kami.
Parti AP.
Kalau pilihan raya,
Parti AP mesti menang lahhh...
Dua tiga kali pilihan raya
Parti AP menang jugak...
Rasuah pun tak jalan...

Lama-lama bang badang hangin laaaa...
"OOiii, asyik kalah ajer...teruklah" katanya.
Kami cakap, meh tukar parti...
Dia cakap, Oklahhh, lagi pun Parti KI banyak mudarat...

Pujuk-pujuk...dia mengalah

Bang badang parti apa?
Parti KI (kari ikan)!
Kolestrol tinggiii...


Lagi pun Parti KI boleh menang kalau balik Johor..
Sebab mak mertua dia mesti masakkan dia kari ikan...

Kamiii...ha ha haaa...
Parti AP (Asam Pedas)
Menang pilihan raya...

Lambang Parti Kami...

Kempen parti:

Ukuran periuk 26 cm cop buaya tembaga...dengan ukuran kuahnya lagi setengah jengkal menghampiri permukaan periuk.....

Cara ahli taksub sayang parti...

Makan nasi bercampur kuah asam pedas yang berladung 
berserta gaya hirupan sup.

dan kalau ada lebihan kuah, kami cicah ngan roti, biskut mayat, biskut krakers, dan sekubur dengannya ...dengan karipap pun boleh...
Taksub kannn...

Hidup Parti AP!!!!!!

Thursday, March 14, 2013

Antara Jemput-jemput,Seluar katok dan Sentap

Dulu,
Masa itu saya masih pakai seluar katok.
Bercorak kotak-kotak jahitan mak saya daripada kain perca...
Ketika itu saya masih bengong.
Saya selalu bermain teka haiwan dengan kakak saya apabila mak saya masak jemput-jemput ikan bilis...
Saya akan ambil satu jemput-jemput dan tunjukkan kepada kakak saya. 

Macam ini.
lalu bertanya ...
Ini haiwan apa?

Dan apa-apa sahaja jawapan kakak saya , saya akan cakap bahawa jawapan itu salah...
Padahal saya pun tak tahu, jemput-jemput itu serupa haiwan apa...

Dan kenangan itu masih hijau segar di ingatan saya sebelum nyanyuk menyapa...
Dan
hari ini dengan hati berbunga-bunga saya bercerita kepada anak-anak saya dan bertanya soalan yang sama kepada mereka.

Dan jawapan mereka...

"EEEee, kesian mama kan main macam tu...tak payahlah main teka-teka, orang lapor ni...
-
-
-
Rasa hina tau!..

Wednesday, March 6, 2013

Nasib baik akak penyayang

Dalam  perjalanan pulang  
Tersinggah  ke kedai runcit,
Dalam deretan tong polisterin,
Terpandang akan Udang....

Langsung kukepit kainku yang panjang
Sambil menyinsing lengan
Memilih udang penuh keriangan

Tiba-tiba...
Datang seorang perempuan,
Sama pula tujuan
Diambilnya satu dua ekor udang
Lalu direnjis-renjis air udang di tangan

Amboi....amboi...amboiii
Merenjissss-renjis pula si perempuan
Terpercik-percik di tangan ...
Di tanganku yang sedang memilih udang..
Diambilnya lagi udang...

Merenjis-renjiss lagi si perempuan
Wah! Diulang-ulang
Oit, oit, oit! Ini sudah melampau!
Dia ingat atas pelamin?
Merenjis-renjis pengantin perempuan?
Memercik-mercikkan air udang?

Tak ke rasa macam nak lempang?
Nasib baik akak cute dan penyayang...
Kannnn....
Kah kah kahhhh...

Nasi ambang Banting...RM4