Pages

Sunday, August 18, 2013

Kukus Vs Tikus

Hari Raya kedua

Uda, Mak Jah (mak kak gerau) , dan Busu bersembang di dapur....Sekali dengar macam bergaduh...

Mak Usu: Botok-botok tu dah kukus?

Mak Uda: Dah....Aku ni sekarang susah betul nak buat benda yang kukus-kukus. Kukus aku dah bocor...Jah, ko ada tak kukus kecik...Aku nak. 

Mak JahTikus kecik? Laaa..kebetulan pulak, semalam dapat 2 ekor...Ko nak buat apa tikus kecik? 

Mak Uda: Tikus kecik kebendanya....Kukussss Kecikkk laaa.

Mak Jah:  Haa...heran gak ko nak tikus kecik.

Ki ki ki...Penangan banyak makan kambing.


Saturday, August 10, 2013

Menggigil-gigil menahan

Selamat hari raya untuk semua...
Untuk kak gerau....Cukup-cukuplah beraya...
Maka,kembalilah kak gerau semula ke rumah bak kata pepatah, tibalah masanya untuk  badak pulang ke kubang (sesuai sangatttt) .
 Bang Badang dengan anak-anak perempuan...
hok jate,tokseh gambor...
kak gerau? mula-mula tu adalah keinginan nak bergambor...ku cuba miringkan badan ke kanan, tak menjadi, ku miringkan ke tepi ke sisi, tak jugak pipih, ku tarik nafas dalam-dalam  menggigil-gigil abdomen kumenahan ....tak seinci pun mengecil, mengempis...
Ah...
"Tak naklah gambor!" 
Sakit hati...
Nantilah tahun depan...
Dalam hati, kutanam Azam...
"Tahun depan akan kubeli kamera yang boleh buat akak nampak kecik" 
Ni Serius punya cakap...
Bukan main-main.
Tengoklah, tahun depan...

 Budak kentang dengan buah hati kami semua...
Sepupu ssss
Atok ngan cucu-cucu
Jangan gossip nyonya, makan-makan....

Hidangan Raya yang hampir sama setiap tahun, 
Nasi Beryani
Kambing beryani
Ayam merah, 
Kambing black pepper
Ketupat
sambal kacang, 
serunding, 
lodeh...

Tapi biasalah...akak makan sikit jerrr....

Percayalah
Percayalahhhhh
Percayalaahhhhhhhhhhh!!!

Friday, August 2, 2013

Akak cun Habis

Akak Tuan Kedai:     "Nak order apa kak?"

Akak yang cun habis:   " Nasi goreng kerabu 4, daging merah 2, telur dadar 3, nasi goreng pataya 1, sup ekor 2" 

(Akak tuan kedai mencatat dengan cekapnya)

Akak Tuan Kedai mengulang order dengan cekap dan betul...

Akak Tuan Kedai: Betul ya?

Akak yang cun habis: "Ya...betul-betul.

Akak Tuan Kedai: " Air apa yer?"

Akak yang cun habis:  " Sirap limau 3, teh o ais 1, teh o ais limau 1"

(Akak tuan kedai mencatat dengan cekapnya)

Akak Tuan Kedai:  " Saya ulang yer... Sirap limau 3, teh o ais 1, teh o ais limau 1".

Akak yang cun habis pun angguk-angguk sambil memberikan senyuman yang paling menyeramkan menawan...



20 minit kemudian...

Terkesima akak...

Nasi goreng kerabu 3   
nasi goreng daging merah 2
telur dadar 3
nasi goreng pataya 1
sup ekor 2

Air sirap 3
teh o ais 1
teh o ais limau 1...

Sila tanda / pada jawapan yang betul dan X pada jawapan yang salah....

Adakah ...adakah kerana akak,  Cun habis? atau Cun akak dah habis?
Akak cunn habis terus beristigfar...ampunilah akak tuan kedai...