
Friday, June 5, 2009
Keli Yang Geli
Pada masa dulu, (ceh, mesti orang cakap asyik-asyik dulu gerau ni).Eh, jangan main-main tau, kalau tak ada dulu mana ada sekarang, kalau tak de lampu mana ada terang, Ma.
Eh betul, dulu-dulu memang gerau tak makan ikan keli. Macam geli-geli gitu, Tawarikhnya, abah gerau kata, ikan keli ni banyak kat parit. Kata abah gerau lagi, orang dulu-dulu kalau nge ngek memang kat parit.Jadi, ikan keli ni suka lah makan hasil orang nge ngek.Hiss loyar lah pulak tembolok gerau. Jadi, itulah sebabnya emak abah gerau tak beli dan masak ikan keli ni. Dulu, ini cerita dulu.
Nak jadikan kisah, sebaik sahaja gerau sampai di KL, gerau bertemulah dengan kawan gerau yang gila meroyan kalau sehari tak makan ikan keli. Jadi setiap hari dipujuknyalah gerau supaya makan ikan keli. Pujuk punya pujuk, akhirnya termakanlah gerau akan pujuk rayunya itu. Maka itu, santaplah gerau ikan keli ini dengan rasa tak syak lagi. Dulu geli sekarang masak lomak cili api. Sodap!Hambik kau.
Yang ni, bukan gerau masak, gerau amik kat saji online.
Tup-tup:
" Gerau, gerau, lepas ni, kita jangan makan ikan keli lagi, haram, haram, ada ke keli ni makan babi geli aku." kata teman gerau. Pulak. Semuanya kerana berita akhir-akhir ini.
Ikan keli makan sisa babi
Ini sudah lebih. Ini bukan geli-geli aje, tapi geli tahap najis mugallazah.
Wahai keli gerau dah geli,
Sebab makan benda haram ni;
La ni keli tak suci lagi,
Tak hingin gerau makan keli.
Jadi hari ni, gerau gantikan keli dengan sembilang. Sembilang ni sedara mara keli jugak tapi sembilang ni, baik, Islam, beriman,sembahyang.
Inilah Asam pedas sembilang beriman yang gerau masak.
Psst: Makanlah makanan yang halal.Supaya boleh jadi bilal.
Tak semua keli makan celeng. Belilah keli daripada pekedai yang tahu dimana keli dibeli. Lebih selamat dan halal.

Tuesday, June 2, 2009
Ta ra wau nga
Hari ni, sapa-sapa yang tak ada apa-apa idea dalam otak mahu masak apa, ha! ini gerau bagi idea la. Masakan faberet gerau.Ini masakan banyak senang masak.Tutup mata pun boleh masak.
Bahan asasnya - Ta ra wau nga- bunyinya Turung.Bukan Burung, tapi tu ru ng.
1. Turung fanjang - Gaul dengan garam, kunyit dan goreng.
2. Cabai burung - cabai binatang lain tak boleh la
3. Ikan bilis - bukan ikan iblis (iblis bapak setan - jahat)
4. bawang merah - merah silu
5. bawang putih - putih itu bersih.
6. Minyak - bukan orang minyak
2- 5 ditumbuk dan ditumis.
Hidangan hari ini.
Psst: Cuba la, sedap. Mulakan dengan Bismillah.
Monday, June 1, 2009
Kerana Air Pokok Kelapa Binasa
Kadang kala tindakan manusia tidak dapat dijangka.Keinginan dan kehendak mengatasi segala.
Inilah yang dikatakan, Kerana kelapa pokok kelapa binasa. Kerana Nak yang muda, seluruh tandan menjadi mangsa. Kejam kah manusia? Kekejaman tidak mengira usia. Lihatlah parangnya yang tajam itu.he he he.
Ini aksi Tunggu Tok Mudim ke?. OOh tidak-tidak. Cuba lihat batang pokok yang digunakan betul-betul ya. Bukan batang pokok pisang tetapi batang pokok kelapa. Fuhh selamat.
Sebenarnya, ini semuanya adalah adegan untuk .......
iklan.
"Minumlah "Air kelapa Cap Atuk Saya", sejuk, nyaman, menyegar bugarkan seperti saya, eemmmm.
"Mai Sebiji"
Kelebihan Air Kelapa:
1. Buat hilangkan haus (memang le ek)
2. Buat sejukkan badan
3. Buat duit kepada orang yang meniaga air kelapa
Psst: Setahu gerau, sewaktu zaman kesultanan Melayu Melaka, ada sejenis penyakit yang dinamakan demam ayam + babi (Chicken Pork) Apa? Chicken Pox. Ooo, gitu ngejanya.Maafkanlah gerau, gerau ni orang lama.Yang gerau tahu, penyakit ni sepupu dengan penyakit cacar (tapi bukan bubur caca - ini gerau tau).Sebaik sahaja terkena penyakit ini, telanlah Air kelapa, supaya seluruh hama dalam badan dikeluarkan.Tapi,sekarang ni, pegi sepital je la .Telan pil.
Krew production yang terlibat dalam pembikinan Iklan Air Kelapa Cap Atuk Saya.
Saturday, May 30, 2009
Derhaka
Friday, May 29, 2009
Mee Goreng VS Asid Boring
Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan .
Ini kenyataan CAP, bukan mana-mana CAT, sama ada yang kurus atau yang gemok, juga bukan CAP penutup kicap kipas udang atau sos cili life tapi CAP di Pulauu yang sinonim dengan aci-aci yang suka makan sirih.
Hah?, asid borik, buah pinggang, Hah? hilang selera makan? Menyeramkan . Gila betul diorang ni.Memang nak suruh orang mati!, (Waktu tengah demam)
(Demam dah kebah)
Kesudahan cerita seram, kemarahan dan kekesalan di atas .
Sehari kemudian...
Mee goreng dah siap, meh la makan.
E eeh, dalam mee bukan ada asid borik ? EErrr mee goreng ? ada-ada, = Asid boring.
Psst : Jangan bagi tau orang tau ,Gerau memang mudah lupa.
Wednesday, May 27, 2009
Lauk "Macam Nak Demam je"
Monday, May 25, 2009
Epok-epok ek
Subscribe to:
Posts (Atom)