Pages

Sunday, June 14, 2009

Pembakar Semangat

Sekarang gerau agak rajin menulis kat blog. Semuanya bermula apabila gerau mula melanggan blog Makanlah apa lagi. (Melanggan? kena bayar ke nak bukak blog KOG tu? ) Gerau kata melanggan sebab bila baca blog tu, gerau mula merayau cari makan. Bila sudah merayau mesti kena membeli. Bila sudah membeli mesti kena membayar. Semuanya berpunca daripada blog tu. Jadi, lepas baca, kena bayarlah. (Macam tak ade kena mengena aje ek?) Betul. Lepas baca blog tu ,terus gerau ke kedai ini.
Gulam Mee Kota Damansara.Nampak tak kedai Gulam Mee tu. Kenapa nampak sayup-sayup aje? Sebenarnya lepas dah separuh jalan menghala nak balik rumah, baru teringat nak ambil gambar. Jadi ambil gambar dari jauh aje. Tak de kerja nak berpusing semula. Banyak lagi kerja aku nak buat. Tapi kedai ni kat hujung simpang. Boleh nampak. Besor terpampang signboard nama kedai tu. Kedainya ala-ala macam makan kat benteng. Macam-macam gerai ada.

Gerai sup ada, gerai nasi ayam berempah ada,gerai nasi lemak ada, gerai masakan siam ada, gerai otak-otak ada, macam-macamlah ada. Tilam dengan bantal aje tak de. Tu kena pegi kedai perabut.Gerai dia ada lampu kelip-kelip lagi you. Pekerjanya 1000 orang. Agaknya la sebab ramai sangat. Semua pekerjanya memakai t-shirt bertemakan oren. aaha.

Ini gerai satenya. Tak de lampu lap lip pulak. Gerau order sate hati, perut, ayam, dan daging. Banyaknya. Itulah, semuanya lepas baca blog KOG.

Ini satenya. Hai, kata order macam-macam sate, tapi kenapa banyak ni aje. Eerr. Sebenarnya... ...banyak ni. He he he. Tapi tak habis pun. Itulah,,,, orang tamak selalu kenyang. Memang pun orang tamak memang rugi .Sate dia ok la. Tapi agak mahal . Sebab herge 60 sen tapi kecik berbanding sate Hj Sahmuri. (pandailah komplen, nak besar buat sate sendiri)

Kuahnya ok la. Kalau bab kuah kacang gerau tak berapa kisah sebab bukan senang nak buat kuah kacang. Banyak songehnya. Terutamanya bab nak buang kulit kacang.

Ni nak sambung cerita. Dulu, blog gerau lama terbangai. Sekarang ni tak lagi. Kira blog Makanlah apa lagi empunyanya KOG tu macam pembakar semangat pada gerau. (Lain macam aje kipassnya. Tu baik ada makna tu). Jaga-jaga cik Salmah.
Lagi gerau beli ...

Sup ekor lembu. Iyalah tak kanlah sup ekor kuda. Lawak ke? Tak lawak? Memang tak lawak pun. Sup ekor dia pun tak berapa ummph. Tak tahulah salah tukang masaknya ke , salah tekak gerau ke, atau salah lembu tu. Mungkin ekor ni diambil tanpa izin tuan badannya, si lembu . Jadi dia sumpah ekornya tak sedap.

Mee rebus pun gerau beli. Semuannya lepas baca blog KOG. Hemm, memang se..se...tak berapa sedap. Sedap lagi mee rebus Johor kat Johor dengan kat Klang .Entah apa-apa isinya. Yang sedap telur rebus dia aje.

Jadi kesudahannya, makanan kat sini, yang sedang-sedang saja.

Psst: Nampaknya hari ni tulisan gerau penuh dengan KOG. Tapi memang betul. Sekarang ni, kalau bukak komputer dan KOG tak tulis post baru, rasa nak marah aje. Memang KOG pembakar semangat untuk menulis blog. Betul, tak tipu. Sembahyang.

Saturday, June 13, 2009

Pasar Malam BB Bangi

Selepas melawat beras gerau di IJN, gerau terus ke Bandar Baru Bangi sebab dah lama tak ke sana. Sebenarnya gerau ke sana untuk ke pasar malam di situ untuk mencari bekalan makanan malam gerau. Makanan kat situ memang superbb.

Contohnya nasi beriani ni. Harga 4 hinggit setengah aje. Daging berianinya lembut ya amat. Ayam masak merah dan acar pun ada tapi ayamnya Si Kentang gerau dah ngap. Gred: 4 bintang. Memang sedap, hingga menjilat polesterin.

Kole kacang 5 keping harganya 2 hinggit. Yang ini 3 bintang setengah. Lihat tahik minyaknya saje sudah tahu rasanya.

Talam dua mukanya boleh tahan.Putihnya agak masin dan lembik sangat. Tapi kelemakkannya tetap terasa. Harga sama dengan kole kacang. Tapi lagi dua ketul Bang Badang dah telan. Yang ni bintangnya agak malap. Ini kasi 3 bintang aje lah.

Kuih tako ni sebenarnya gerau beli untuk adik gerau yang tengah jaga anaknya di hospital. Tetapi bila sampai depan hospital. Gerau dimaklumkan dia dah keluar hospital. (padanlah muka sebab tak telefon awal-awal.) Kuihnya gerau beri 5 bintang. kalau ku tahu ya omak, ku beli banyak-banyak. Dah la sedap, murah pula. 6 ketul dua hinggit. Murah bebenor. Tukang buat kuih ni dapat biasiswa gamaknya. Yang jualnya dua orang anak dara manis, semanis kuih takonya.Strategi pemasaran tentunya.

Last sekali cucur udang. Masyaallah. Hummm, sedapnya, semua cukup. Tengok udangnya. Melengkor-lengkor Garingg pulak tu. Harganya? entah ? sebab gerau yang mintak 4 hinggit. Ini gerau beri 5 bintang jugak.

E eh, tertinggal pulak. Ini baru betul-betul last. Kebab. Aduhai. Sedapnya. 4 bintang. Mewah tapi murah - 2 hinggit setengah.

Psst: Tak rugi beli makanan kat sini. Harganya murah mungkin bagi orang yang tinggal sekitar Bangi dan yang sama waktu dengannya. Bagi gerau mahal sebabnya balik dari Bangi gerau sesat barat. Nak masuk ke Petaling Jaya, tersasor ke Kinrara, Bukit Jalil, dan entah mana-mana merabannya. Tol kena bayar 2 kali + minyak untuk round-round = sudah tentu harga dinner gerau hari ini memang mahal. Nasib la labu. Labu, labu.

Friday, June 12, 2009

Buat Satu Dapat Dua

Petang itu, gerau menjenguk-jengukkan kepala dalam peti sejuk. Ada daging, udang ( sejemput-sejemput) , lobak, sawi ala-ala hampir kekuningan di hujung-hujung daun ( boleh jugak tu) , bunga kobis seconit, kobis panjang dua helai, bebola ikan 4 ketul, mee kuning setengah bungkus. Apa ni, semua secoreng-secoreng. Sabar, sabar.
Menjenguk ke tempat bahan-bahan kering pulak.
Tepung jagung? - Ada.
Lada hitam? - Ada. Sos tiram? - Ada.
Kicap? - Ada, ada, ada.
Tanpa berlengah-lengah, gerau terus membuat pengumuman. Dengar sini semua.Wahai suku sakat gerau. Hari ini chief gerau nak masak Mee Hailam. Semuanya diam memandang gerau.Ada bantahan? Suasana sepi seketika (ewah!). Maknanya. Tiada bantahan, sama ada daripada Si kentang, si Fucuk, mahupun daripada si Soo Hoon.Super Hero gerau,Bang Badang Semalu belum balik lagi. Tapi gerau geranti dia pun tak ada bantahan. Maka, bermulalah perperangan di dapur. Berkentang, berkentung, berdempang berdempung macam genderang mahu perang bunyinya dari arah dapur. ee ee ee.

Mee Hailam siap! Justeru itu, senyuman Si kentang melebar hingga ke telinga. Si Fucuk, dan Si Soo Hoon, buat muka selamba. Sudah begitu keturunannya.

Buat Mee Hailam, free Mee Hoon Hailam satu. Pilih mana-mana suka. Maka makanlah ketiga-tiga anak itu dengan berseleranya.Sedaplah tu. Sedap atau lapor? Kalau sudah lapor, jawapannya hanya satu. Sedap jugak. Mengapa ada jugak ye? Nampak sangat kenyataan terpaksa.

Thursday, June 11, 2009

Berderau

Panas betul semenjak dua menjak ni. Badan berlengas sesaja. Penghawa dingin kat tempat kerja gerau pulak macam tak berfungsi. Kalaulah dapat berlengeng macam apek tongsan asal usul keturunan gerau mesti best.Paling tidak pun dapat pakai singlet pagoda pun ok. Tapi...tak kan le ek. Biar peluh menjojos banyak manapun, penampilan mesti maintainnnn dik.
Alih-alih ada orang kasi gerau benda ni. Tupperware panjang tutup oren lagi. Jangan jeles Kucingorengemok!
Berderau darah tinggi gerau. Apa benda le pulak dalamnya.

Bendanya panjang-panjang, berbalut kertas kabor. Bila Close up. E eh, Akim n Aril - transformasi lagi. Gerau ada juga tengok diaorang ni kat TV. Tapi bukan le suka sangat. Masa konsert ada juga gerau tengok diaorang menyanyi. Tapi gerau tengok gitu-gitu aje. ( Ye ke? kalau tengok beriya-iya sapa tau pun).

Setelah dibuka.

Ais krim Malaysia. Kenapa Ais krim Malaysia? Sebab buat kat Malaysia? Atau sebab negara lain tak de ais krim ni? Tak payah pening-pening kepala fikir la.

Masa 25 , err 35 err tahun lepas (25? 35? maths fail ke?), benda nilah yang selalu gerau nyonyot bila balik sekolah. Bestnya. Sesuai dengan ramalan cuaca. Nyaman. Sejuk. Memang best.

Ada perasa Asam boi, jagung, sirap limau, dan milo. Milo? Ho ho ho. Yang milo, gerau dah belasah dulu. Sebabnya kat tempat kerja gerau, tak boleh langsung sebut milo.Terus kena histeria. Mula-mula sorang.Sekarang ni ramai dah berjangkit.Menjerit terlolong-lolong macam kena sampuk dengan polong. Entah apa halnya. Seram.Meremang bulu hidung gerau.

Psst:Terima kasih Ina PI kerana berhati mulia beri gerau aiskrim percuma ni.

Tuesday, June 9, 2009

Shopping Kompleks Tok Saya

Pernah pergi Tesco Setia Alam Klang? Shopping kat sini rasa macam shopping complex tu tok saya punya.Lengang je. Jeng, Jeng Jeng,....medan selera yang menyelerakan. Macam-macam makanan ada.Dah namanya medan selera. Apa la.Lainlah kalau medan perang. Tapi gerau kalau nak makan pun macam nak pergi medan perang gak. Nak Makan apa? Heemmm Nasi campur ada. Nasi tolak tak de. Pencuci mulut ada. Mawi pun ada makan kat sini. Glamour , tempat ni. Mawi? Mana? Abang sebelah kiri sekali tu bukan Mawi ke? Eh, bukan ye. Tak pe la.Malu je. Akhirnya: Pilihan hatiku Alahai,tepi sikitlah bang. Pilihan hati gerau, bukan abang model ni. Gerai belakang dia. Gerai nasi ayam. Tapi abang tu, macam sesuwei jadi model gerai tu ek. Order 1 Ayam bersos lemon. Ini untuk gerau.Ini aje ke? Mana mungkin.Menu ni hanya untuk ruang corner lot kanan perut gerau je. Nasi ayam bahagian peha. Ini untuk ruang kiri perut gerau. Popia. Yang ni penutup. Untuk ruang baki perut sebelah kiri. Baru seimbang.Tak le lepas makan jalan menyenget. Sebab ruang perut gerau dah penuh, nasi ayam crispy ni gerau pass kat suku sakat gerau. Belum sempat amik gambor, diaorang dah tuang sup kat nasi.Budak-budak sekarang, tak sabar.Tak macam gerau. Cool je...he he he.Cool ke bulur? Eh, tak baik mengata diri sendiri. Psst: Makanannya boleh tahan, harga dan rasa sama berat.Tapi ayam crispy dan ayam bersos lemonnya memang sedap.Cubalah. Tak nak tak pe.

Sunday, June 7, 2009

Simple food for Simple Person

Rebus sosej. Lepas tu sumbat sosej,daun salad,mayonis dan sos cili dalam roti hot dog. Simple kan? (sosej tu kena rebus? kenapa tak goreng? Jaga badan. Konon! Boleh jaga ke? Tak pe le niat yang penting) Ini pun simple jugak? Yang ni Simple food for Sawan Person. Sawan makan.Macam gerr.. macam orang lain. Psst: Niat di hati - Sahaja aku nak makan makanan yang simple - Zahirnya ? Sahaja aku melantak semuanya. Simple + Heavy. Niat sahaja tak penting yang penting niat dan tindakannya. Cakap memang senang, buat? Sendiri mahu ingat.

Jemputan Kahwin

Hari ini gerau cuti masak. Yahooo! Gerau nak pergi jemputan kahwin. Yeh, Yeh, orang kahwin. Ini tempat makan berdamai. Sesiapa yang bergaduh, boleh datang makan kat sini. (Tema biji kundang lagi, akakk suka dik). Pengantinnya mana? Tengah gaduh kot sebab masa ni pengantin belum makan berdamai lagi. Jemputlah makan. Macam tak cukup je. Kalau tak malu tambah le.Lepas makan ni gerau nak jumpa mak pengantin. Lepas salam kokot,mak pengantin kasi gerau ni. He he. bunga telur pun ada tapi telurnya dah kena telan.Terima kasih mak pengantin. Kalau kahwinkan anak lagi jemputlah gerau. Boleh gerau cuti masak. Psst: Kalau makan kat rumah kerja kahwin, malu tak nak tambah? Kalau tak nak malu, amik nasi tambah guna pinggan lain. Lepas tu duduk tempat lain. Mesti orang lain tak perasan. Cubalah. He he he, macam pernah buat je. Mana ada. Tak de lah.