Takut habis duit. Yeeleh.
Fuh, dah sampai pun Kelumpang Resort. Alhamdulillah. Pintu gerbang. Sekali masuk 5 hinggit sorang. Tapi gerau free. Kenapa? Ade lah.
Taman burung?
Burung tiong dengan burung kakak yang for sure belum tua ni katanya pandai bercakap. Katanya lah. Tapi bila kita orang cakap. Sebiji haram pun tak cakap. Buat malu aje. Yang lain pulak yang tegur kami.
"Kak, kak, ada jam tak? sekarang pukul berapa?"
Ini chalet tempat kitaorang tidur. Harga semalam RM 200. Tapi gerau tak bayar. Ade la.
Dalam kawasan resort.
Tempat bersiram dan berendam, untuk orang yang kayu berenang.
Air terjun cantik. Sebab ni kali kedua gerau sampai sini, taklah terpegun sangat. Tapi memang cantik.
Makan kat situ susah sikit. Jadi, inilah makan malam untuk orang yang sedar diri. Benjo RM 1.20.
Burger ayam merendah diri kerana meletakkan harganya semurah RM 1.70. Sungguh kacak adik yang menjual burger ni. Lupa pulak nak ambil nombor telefon dia, boleh kenenkan dengan member Yang Solo, bukan Wong Solo. Tau tak pe.
Psst: Bermalam di situ agak kelakor sebab lampunya sekejap terang, sekejap malap, kipas dan air-cond nya pulak sekejap laju sekejap slow. Macam berhantu pulak. Tapi sebenarnya sebab letrik kat kawasan tu dicatu. Macam manapun, malam itu kami tidak tidur lena kerana haiwan-haiwan mini zoo bersembang sakan sampai ke pagi. Kalau gerau tau apa yang mereka sembangkan dah lama gerau join sekali.
Tamat
Cerita ini adalah rekaan semata-mata ttiada berkaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Ceh