Pages

Friday, May 22, 2015

Kecil itu membahagiakan...Besar itu....

Sungguh...
Kecil itu membahagiakan...

Ini anak kucing belaan emak dan abah. Sejarahnya, emak dia menumpang teduh dan simpati untuk sesuap friskie di belakang rumah. 
Setelah selesa berteduh, akhirnya mengandung dan melahirkan 2 ekor anak. 
Risau anaknya diangkut ke sana, ke mari, abah letak dalam kandang. 
Yang seekor ini macam tak cukup bulan, mengikut kata abah. 
Kecik dan jalannya mengengsot-engsot.
Tapi aksi tidurnya sangat menghiburkan. 




Besar itu ....

Menyempitkan,
Menyenakkan,
Memengahkan,

dan  Yang pasti...
besar itu mengenyangkan...
Apa teringin bedal..
Macam hari ini, kak gerau teringin lontong bersambal tumis dan sambal goreng...
Tak fikir 2 kali. 
Jalan terus...

Selepas itu, baru termenung, fikir, tak baik untuk kesihatan. 
Yang penting, 
sudah sental. 
Bak kata orang tua...
Barang yang lepas jangan dikenang.
Boleh?

Monday, April 13, 2015

Batu Belah Batu Tak Muat Tangkup

Assalammualaikum.

Sudah hampir 2 minggu kak gerau teringin asam pedas telur ikan. Di Selangor dan Lembah Kelang ini tidak tahu pula di mana ada dijual asam pedas telur ikan. Puas mencari telur ikan, hendak dimasak asam pedas. Sebiji telur ikan pun tak nampak bayang. 

"Ikan tak bertelur kak," kata penjual ikan pada kak gerau. 

Oiit, ikan pun sudah pandai merancang keluarga?Ini tentu gara-gara GST dan semua barang naik harga.

Maka kempunanlah akak. Dengan itu, berlari-larilah kak gerau mencari Batu Belah Batu Bertangkup. Merayu meminta batu Menangkup. Malangnya batu cakap, akak tak Muat untuk ditangkup...

Huwaaaaaaa...

Malu siut...



Tuesday, March 3, 2015

Suamiku Cap Ayam

Assalammualaikum.


Saya sedang mencari pelakon
kerana saya sedang merangka skrip Drama:

"Suamiku Cap Ayam"

Cerita "best" yang saya pasti meletup. 
Cerita ini bukan menyindir bang badang kerana berdosa sindir-sindir suami. 
Kalau tak puas hati, biar berdepan...
Muka ke Muka... 
Baru isteriku Gangster...
ha ha ha...
Lagi pun bang badang makan muntah, bukan sardin.

Cerita ini
idea kreatif (kreatif lah sanggatt) spontan saya 
sebab harga Sardin 
naik melambung-lambung. 

Terasa mahal sangat...
Melambung-lambung 
macam kalau kita naik bas, duduk "seat" kerusi panjang paling belakang, lalu jalan berlubang-lubang.
Melambung-lambung kan?
Haa... 
Apatah lagi, keluarga kami tak cukup hanya makan satu tin sardin.
Lagi melambung-lambung mahalnya. 

Sesiapa yang sukarela nak berlakon PM kak gerau...
Serius...

Serius Melawak 
Ha ha ha ha...


Errr...tak lawak heh?


Eh...
Mana cerita tentang Suamiku Cap Ayam?

Mana ada...
Baru nak merangka cerita kan.
Kalau ada idea, PM akaq...
he he he
Sekarang kan orang PM PM saja.
.......
Dah, dah, 
Nak buat lempeng ni.

Sunday, February 8, 2015

Saya tenung ikan goreng tadi

Assalammualaikum.


Semalam saya ke Shah Alam untuk membeli makanan haiwan peliharaan saya. 
Saya ke Restoran Melayu yang agak popular di Shah Alam. Saya mengagak restoran itu popular kerana pelanggannya ramai. 

Sudah beberapa kali saya makan di situ. Makanannya biasa-biasa sahaja. 
Tetapi disebabkan tidak kuasa untuk berpusing-pusing mencari restoran lain saya membuat keputusan untuk "tapau"nasi campur di situ.
Lagipun bang badang tiba-tiba mengidam cendol mamak di hadapan restorannya. 

Setelah dua kali saya "bertawaf" memilih lauk pauk, akhirnya pilihan saya adalah nasi campur berlauk ikan kembung goreng (size m) , daging dendeng 4 ketul (setiap satu sebesar 2 jari manis) dan sesenduk lemak nangka. 

Saya ke kaunter bayaran. 
Cik Puan kashier mengira dengan pantas dan cekap. 
Tap! Tap! Tap!.
Bunyi kekunci mesin kira-kira ditekan.
Tentu dulunya dia terror matematik. 

"RM 14", katanya.
Yakin Sangatt. 

"14 Ringgit?" 
Mata saya terbeliak. Hampir terjojol keluar ke atas kaunter.

Saya berusaha mengawal emosi.
Saya tenung ikan goreng tadi. 
Dalam-dalam. 
Saya yakin, itu bukan spesis Arowana
dan 
Daging itu daging lembu tua bukan lembu dara. 
Dan hari ini, 
habis sebesen kacang kuda ni saya makan 
dan saya masih tak percaya. 

Tuesday, February 3, 2015

Positif Ok! Positif

Assalammualaikum. 

Apabila sesuatu yang sukar difikirkan mudah, maka mudahlah. 
Sentiasalah berfikiran positif agar hasilnya positif juga.


Hari ini saya berjaya membuat kuih Kole Kacang.

Hampir Sawan di dapur menunggu
Tahi Minyak Timbul.

Baru saya tahu ru
pa-rupanya
hendak membuat Tahi Minyak lebih senang 
daripada membuat  Tahi Mata.

Hah!

Positif  sangat.

Thursday, January 29, 2015

Gesel-gesel dan Dot Dot Dot

Assalammualaikum...


Al Kisah, adalahlah seorang ini selalu bertandang ke rumah melepak-lepak. 
Umpama rumah kita rumah dia. Sudahlah melepak, bising pula. Penat melepak tidur tak ingat dunia. Kalau tidak di bilik atas, di ruang tamu dan bilik bawah pun jadilah. 
Lama pula tidurnya. 

Baiknya, makan dan berak di rumah sebelah. Kalau datang tak pernah perut kosong. Disebabkan masanya lebih banyak dihabiskan di rumah saya, saya isytiharkan 
dia milik saya.

Setelah dibelek-belek, saya agak dia betina. 
Maka kami memanggilnya Tinne (Betina).
Curlst nama.
Urban sangatt.

3 bulan kemudian.

Nampak Tinne gesel-gesel almari 
dan 
tiba-tiba dengan payahnya dia pun

dot dot dot.

Tidakkkkkkkkk....


Rupa-rupanya  Kucingku En Sotong. 

Ha ha ha...
Ah Tong, Ah Tong!!!
Ah Tong, 
usah bersedih Ah Tong, 
kami terima Ah Tong seadanya...

Saturday, January 24, 2015

Tertinggal Beg- Mojo Sangat

Assalammualaikum.


"Ini bawa balik asrama. Makan dengan kawan-kawan," kata abang badang sambil memasukkan sebalang sambal cili api ikan bilis,1 bungkus besar kerepek ubi dan 
2 bungkus maruku mamak kacang putih
ke dalam beg sandang Farisah.

"Ha," balas Farisah ringkas. Pendek.
"Nasi dengan rendang, dalam beg bimbit kecil ini. Bawa atas bas, "pesan abang badang lagi. 

"Syampu, mandian, sabun basuh ayah masukkan dalam beg sandang yang berisi baju ini. Ingat. Kamu ada dua beg sandang. Satu dalam bonet bas satu lagi kamu bawa naik atas bas. Satu beg jinjing. Ingat ya." Beriya-iya bang badang mengingatkan anaknya. 


Farisah mengangguk-angguk. Memadang ayahnya. Kosong. 
Kak gerau memandang Farisah. Sayu. 

Begitulah setiap kali hendak balik ke Kulim. Bang Badanglah yang mengemaskan barang yang hendak dibawa pulang. 

Kak gerau pula memasak bekalan. 

6 jam kemudian. 

"Helo mama. Isya dah sampai," beritahu Farisah  sebaik sahaja tiba di Kulim. 
"Tapi kan ma, satu beg dah tertinggal dalam bas." 
"Apa? Tertinggal?" 
"Beg mana? Beg baju ke beg makanan? Rendang? Tinggal tak?" tanya kak gerau bertalu-talu umpama das-das bunga api tahun baru. 

"Beg baju," jawab Farisah.

Fuhh...
Nasib baik bukan beg makanan.
Nasib baik bukan beg rendang.
Kalau tidak...
Sesal separuh nyawa.

Muka beg tertinggal. 
Mojo sangattt...
(Mojo adalah positif kepada Poyo. Sekian)
-------------------------------------------------------------------------------------

NotaKakikeDahi: Ketahuilah anak-anak, begitulah rasa semua ibu bapa setiap kali anak-anak pulang ke asrama atau ketika anak-anak berjauhan.
 Risau, bimbang, sayu, merindu. 
Kirimkan doa kepada mereka ketika ada dan ketika tiadanya mereka juga.