Pages

Sunday, February 8, 2015

Saya tenung ikan goreng tadi

Assalammualaikum.


Semalam saya ke Shah Alam untuk membeli makanan haiwan peliharaan saya. 
Saya ke Restoran Melayu yang agak popular di Shah Alam. Saya mengagak restoran itu popular kerana pelanggannya ramai. 

Sudah beberapa kali saya makan di situ. Makanannya biasa-biasa sahaja. 
Tetapi disebabkan tidak kuasa untuk berpusing-pusing mencari restoran lain saya membuat keputusan untuk "tapau"nasi campur di situ.
Lagipun bang badang tiba-tiba mengidam cendol mamak di hadapan restorannya. 

Setelah dua kali saya "bertawaf" memilih lauk pauk, akhirnya pilihan saya adalah nasi campur berlauk ikan kembung goreng (size m) , daging dendeng 4 ketul (setiap satu sebesar 2 jari manis) dan sesenduk lemak nangka. 

Saya ke kaunter bayaran. 
Cik Puan kashier mengira dengan pantas dan cekap. 
Tap! Tap! Tap!.
Bunyi kekunci mesin kira-kira ditekan.
Tentu dulunya dia terror matematik. 

"RM 14", katanya.
Yakin Sangatt. 

"14 Ringgit?" 
Mata saya terbeliak. Hampir terjojol keluar ke atas kaunter.

Saya berusaha mengawal emosi.
Saya tenung ikan goreng tadi. 
Dalam-dalam. 
Saya yakin, itu bukan spesis Arowana
dan 
Daging itu daging lembu tua bukan lembu dara. 
Dan hari ini, 
habis sebesen kacang kuda ni saya makan 
dan saya masih tak percaya. 

19 comments:

  1. Harga makanan skrg mmg sgt2 luar biasa peliknya..mmg buat sakit hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini setelah makan nasi berpinggan-pinggan akak masih tak percaya. he he he...Kan...sakit hati...

      Delete
  2. Anonymous8/2/15

    kaitan? kaitan? kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang sebesen dan rm 14...berkaitan sangattt ek...ha ha ha

      Delete
  3. hahah tenung ikan ya.. memang harga sekarang melampau2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mama ada, kita tenung mama jer sebab mama beauty...sebabkan tak ada kita tenung ikan. dalam dalam...he he...kan...melampau gila kan

      Delete
  4. itu menunjukkan kita semakin kaya.
    Eerrr.. selang 3 bulan timbul kayap pulak.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita rasa kayap tu macam dah timbul lah...hu hu hu

      Delete
  5. hhahaha kesian tapi nak gelak jugak la....14 hengget tu mmg menggeget la.....terlebih charge kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCK, dah 3 hari berlalu ni,...masih tak percaya. 14 ringgit? ha ha ha...geget sungguh

      Delete
  6. Semalam sy mkn nasi lauk sayur nangka jugak ngan ikan pekasam.. ank amek ayam gulai.. sirap bandung dan ais limau.. sy bayar sama hrga yg Kak Gerau byr tu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwahhhh....nangis...tak aci...saya punya tak ada sirap bandung...uwaahhh

      Delete
  7. Saya ada dengar gak cite citi dari saudara mara dan teman teman ... memang harga barang barang dah melampau harganya ....

    Tetapi itulah, daya / kuasa membeli rakyat malaysia masih tinggi ... sebab itulah mereka masih terus menaikkan harga ...

    Teringat saya suatu masa dahulu waktu CAP (PersatuanPengguna Pulau Pinang), amat besar pengaruhnya ... mereka mampu mengawal atau mengarah peniaga ... namun kini .... tiada lagi kedengaran suara lantang mereka ...

    (Hairan gak, kenapa CAP ajer yg popular???)

    Salam perkenalan ... hahahahhahahaa (Melerik lerik intro kannn)

    ReplyDelete
  8. Intro? Saya rasa sudah lengkap satu karangan ni. Ha ha ha. Selamat bergebang.

    ReplyDelete
  9. Assalam kak geraugebang.

    Saya tertarik nak reply sebab dah terkono hari ni. ni kedai makan kat denai alam, shah alam.
    Ni nak bagi anak makan lunch before ke sek keb tadi. Amik nasi separuh, sup cendawan ada fish ball 3 ketul, ikan kerisi goreng size S, sotong 3 ketul dan milo ais - RM12.00. rasa tak sedap langsung tapi anak makan slow2 jer.

    Murah ke mahal? saya nak tercekik time dia sebut tu. bayo jugaklah dalam hati sebu jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi separuh rm 1. fish ball n cendawan rm 2, ikan kerisi rm 3.50. Sotong rm 3. Milo ais RM 2.50
      Total RM 12. Memang mahal sekarang.

      Delete
    2. Sekarang nasi, separuh ke, suku, ke, dia kira seringgit...kalau penuh 1.30...mahal berdentum kan. beras jenama mas putih tu...

      Delete
  10. Sotong tu bukan yg besar tapi bahagian kepala sahaja. 3 ketul. huwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hani adikku manis...
      Sekarang, kepala sotong lagi mahal sebab sotong sekarang pandai fikir...dia kira harga apa yang ada dalam fikiran sotong...hi hi hi...

      Delete