Pages

Thursday, February 17, 2011

Tangan Senduk

 Nasi lemak daun pisang Kota Damansara Sek 7. Dekat Surau As Sahabah.
Sedap sesangat-sangat.
Akak yang jual ni gemuk montel sikit cam kak gerau, tapi sweat sweet ajer. Senyum memanjang. Suami dia pun sama. 
Baik sangat...Layanan bagus.
Kekadang, kita pi beli  bukan pasal sedap sangat pun tapi sebab layanan bagus.Kan? 
  Tak macam sesetengah akak nasi lemak. 
Muncung panjang cam Tenggiling korek anai-anai.

Nasi lemaknya Sambal banyak, timun fresh, telur dadar besar...
Bau nasinya...Hmmmmmmm.

Lepas tu, kalau kita nak telur ekstra pun dia kasi...pemurah gila...
Tapi yang uniknya, 
Akak tu hanya ceduk nasi, sambal ngan lain-lain tu dalam daun pisang. 
Yang bungkus nasi tu suami dia...
Mesti akak tu "tangan senduk". 
Ha ha ha ha...
Sweet ajer boleh harap, tapi bungkus nasi tak pandai....(Amboi-amboi mulut paya)

Tapi akak ni tak jual hari-hari... tu yang nyampahnya.
 Sebulan sekali jer jual..Hari-hari lain, dia beli nasi lemak orang lain...

Lagi pun dia selalu sibuk Gebang . Yekkk elllehhhh. Memang Macam kak gerau.  

Sunday, February 6, 2011

Awak rasa, banyak tak ...

Hari ini, kita ada eksersais. Dah hilang penat, terasa perut lapar pulak. Kita ajak semua pi makan. Adik kita pun kita ajak makan.
Hari ini kita ke Restoran Jom Cari Makan lagi. Kat sini semua sedap. 
Kalau sedap mesti makan banyak.
 Tak per, sebelum pergi kita dah eksersais.

Kita order kailan ikan masin. Sedappppppp.
Kita makan banyak sangat.
Makan Sayur banyak tak per ...Lagi pun sebelum pergi tadi kita dah eksersais

Ikan siakap sambal pedas pun kita order...
Sedappppp Gilerrr. Meletup-letup macam mercun Raya Cina sedapnya. 
Punyalah sedap, dah sampai ke usus pun masih terasa kesedapannya. 
Licin bersihlah  pinggan kitaorang kerjakan. Senang, Tak payah susah-susah cuci. Ikan tu, kita order 2 ekor ...
2 ekor?????
Tak per...sebelum pergi tadi kita dah eksersais. 
Sotong goreng rangup mesti tak tinggal...Ini memang gerenti sedap...Dia punya sedap, menggigil bila makan. 
Kali ni kita mintak saiz besar. Kita cakap, paling besar. Besar dulang. Dia cakap tak ader...Paling besar saiz pinggan hidang. Apalerrr...
Kita cakap, Oklah...
Tapi...sotong tinggi kolesterol... 
Tak aperr. Yang penting, sebelum pergi tadi kita dah eksersais. 
Last sekali, kita order Sambal Udang.
Sambal Udang yang tersedap di Malaysia dan Mesir...
Mesir? Kenapa Mesir?
Sebab semua orang sebut Mesir, Mesir Mesir sekarang ni. 
Tak kisah, ada kaitan ke tidak. Yang penting, 
AArgggggghhhhh Sedapppppp...
Udang Besar Badak.
Sambalnya...Cukup semua rasa, Manis cukup, Masin cukup, Masam cukup.
Berekor-ekor udang kita makan...
Tak berminyak ke? Tak per...Kan tadi kita dah eksersais...
Awak rasa banyak tak kita makan? 
Alaaaaa tak per kan. 
 Sebelum makan tadi kan Kita dah eksersais?
Tapi...macam banyak sangatlah kita makan.
Habis macam mana?
UWwwwwwwaaaaaaaaaa 
Takkan kita nak korek semua keluar....????

Friday, February 4, 2011

Benci Tau

Pada suatu hari, di Istana Klang.
Betullah...istana. 
Gelak pulak.
Ini tempat duduk YM Sultan Selangor ketika bersantap pada majlis tersebut. Betul. Tak percaya? Kita pun tak percaya. 

Ini tempat duduk Gerau ketika hendak melantak. Ada. Kan, kita tengah amik gambor.
Pegawai Diraja: Dengar sini semua. Setelah menerima cenderamata daripada Tuanku, hendaklah kalian semua mengucapkan " Menjunjung kasih Tuanku".


Semuanya mengangguk. Dalam hati cakap. "Senang jer"


Pegawai Diraja: Sekarang, kita praktis. Puan, sila ke hadapan. Apabila saya memberi hadiah ini, Puan cakap seperti yang saya cakapkan tadi. 


Maka, berjalanlah Puan tersebut ke hadapan untuk menerima hadiah. Maka Pegawai Diraja itupun menghulurkan hadiah tersebut kepada Puan tersebut. 


Puan: Menjunjung Tuanku.


Pegawai Diraja:Laa...apa pasal awak nak menjunjung Tuanku pulak? Cuba sekali lagi. 


Ha... ha... ha...ha...ha...
gelak sambil menutup mulut sebab takut tergelak kuat
Kelakor la akak tu...
Muka nampak kondifen jer.
Praktis, praktis...lagi. 
Akak amik gambor.




Semua sedap...

Tapi...Tapi... kita makan sikit...
Kenapa?
Sebab... sebab... semeja ngan kita semua pompuan dan...dan...pompuan-pompuan tu semua makan sikit.

Benci Tau!!!!
Dia orang semua tu tak lapor ke?
Kita tak suka semeja ngan orang tak lapor.
Ingat senang ke nak pi istana.
Bila-bila suka nak pi istana, ketuk-ketuk pintu diaorang bukak kasi makan?
Benci Tau!!!!

Tuesday, February 1, 2011

Sambal Lonteh

Ada Hijau  
Ada Bau  
Ada Berani?

Colek Sambal, 
Sambal Lonteh

Bahan:
1. Cili burung semua jenis burung pun tak kisah
2. Cili merah
3. ikan iblis bilis 
4. bawang kecil
5. belacan

Goreng semua dalam satu kuali. 
Tumbuk
Bubuh garam, gula, perah limau

...
Nasi..Nasi...!!!!

Dah!
makan.