Pages

Thursday, April 28, 2011

Yang ini ke?

Tree Steak House
Dua hari lepas,kita orang telah pergi makan kat kedai ni.Kitaorang memang suka makan Chicken Chop dengan Sos Lada Hitam kat sini. 
Sos dia ...
Meletupppp


Yang INI ...


Bukan...yang ini bukan yang kita makan kat situ...
Ini yang Tahun lepas, masa kak gerau makan kat kedai lain...
Tapi yang kat kedai tu, lebih kurang macam ini juga.

Haa  Yang ni ...
Yang ni pun bukan yang kak gerau makan dua hari lepas
Yang ini masa kita orang pi makan 2 tahun lepas rasanya...
 Dulu, macam inilah rupanya Chicken Chop tu
...Sekarang dah lain...Lagi best...Fries dia selambak...tak macam ni...
Pinggan pun lain...Dulu pinggan kaca, sekarang pinggan plastik. 
Aalaaa macam yang kak gerau letak ikan goreng kak gerau tu. 
Tapi taklah mongkom sangat pinggannya.
Kelasss.

Yang ini , Yezzz, 
Yang ini betul-betul yang kitaorang makan dua hari lepas tu
...Sementara black pepper sos tu mendidih kat dapur, kita orang order ni.
Lepas kita makan ni, baru pesanan Chicken Chop tu sampai...
Semua terus makan, tak cakap apa dah...
Dan..
Kita tak sempat ambik gambor Chicken Chop yang kita makan dua hari lepas tu...

Wednesday, April 27, 2011

Makin cinta Gila

Gila betul.
Sebelum pesta buku bermula hari itu, memang kerja banyak gilaaa...
Gilaaa siapkan buku ...
Penat Gila.....

Hari-hari balik lambat....
Hantu kak limah pun dah sampai umah , kak gerau tak sampai lagi umah .
Sampai rumah...
bang badang sambut dengan senyuman menguntum bak tumit kaki merekah ...

"Lambat balik yang...kenapa yang? Tak jumpa jalan balik ke umahhhh ?"

Dengor tu...Dengor...
Mesra sangatkan ...
Terasa makin cinta gilaaa kat bang badang bila dia cakap macam tu...

Cuba korang bayangkan...bayangkan...
betapa tenatnya kepenatan ahkak gerau...
Boleh korang bayangkan?

Tapi sekarang kak gerau dah normal

Lauk sesudah normal




Monday, April 25, 2011

Ikan Goreng Pinggan Plastik

Hari minggu, biasanya kak gerau akan keluar menghabiskan duit yang tak berapa nak  ada banyak untuk ber shopping . 
Kalau tidak, kak gerau akan menjerit-jerit memaksa diri memanfaatkan diri ke dapur untuk memasak. 
Hebat!!
Kagum tak?  
Itupun selepas  memastikan rumah siap dikemas  ala kadar kerana memang  tak der harapan akan kemas sampai bila-bila.dengan sekemas-kemasnya.


Lemak kobis+tempe+tauhu

Ikan Goreng  pinggan plastik. 


Pinggan plastik yang selalu menjadi rebutan ahkak dengan anak-anak.
Heran ahkak.
Padahal ada banyak sekeping dua jer pinggan cantik yang lain.
...Hari ini tak payah rebut-rebut...
Ikan goreng dah chup pinggan ni dulu.
Sebenornya kalau pakai pinggan ni boleh takung kuah banyak-banyak...Best!

Asam pedas ikan sembilang.

Dan hari itu, ahkak gerau makan sampai kecut-kecut perut tangan sebab banyak letak kuah asam pedas campur kuah lemak...

Tuesday, April 19, 2011

Nasi Goreng Jagung



Ssedap....Senang...dan Jimat 
Saya mampu, anda lagi mampu.

Untuk masakan yang akan kak gerau kenalkan ni, anda tak payah susah-susah...

Mula-mula ambil nasi jagung /nasi beryani/nasi ayam/nasi mandy -  saki baki kenduri rumah saudara mara atau baki ofis buat jamuan... kalau nasi beryani, namanya jadilah Nasi goreng beryani...Kalau nasi lain, tukarlah namanya sesuka rasa.

Namun, pada kali ini,  kak gerau guna baki Nasi Jagung Ofis buat kursus...
Bawak balik rumah, buat nasi goreng dengan rencah mengikut ke'ada'an perencah di dalam peti sejuk...

Mudah, Senang, Jimat...

Taraaaa....Anak-anak, inilah Hidangan hari ini...
Anak-anak: Wah....hebatnya Mama...
Mama: TErima kasih...TErima kasih...

Masakan orang cerdik kelentong ...

Saturday, April 9, 2011

Mak Pengantin

Konsep Perkahwinan - Pilihan Mak pengantin


Konsep Pelamin...Pink Putih

 Meja Makan Pink Panther Hitam...
 Meja Makan utama mesti ada Pulut dengan gentelan telur puyuh...grrrrr
 Makanan, Nasi ambang...
 Pencuci lantai mulut...Ais krim..


Sebiji  macam ini.


Mama: Ini semua pilihan mama...
Kak Long: Sapa yang nak kawin ma?
Mama: Nanti kalau kak long kawin laa...
Kak Long: Kak Long? 
Mama: Jangan nak gatai....Bukan sekarang....besok-besok, kalau dah nak kawin,,,,Dah, jangan nak berangan pulak...Ko kecik lagi...pi baca buku...dah nak periksa...
Kak Long: Laaa, apa ma ni...dia yang berangan...marah orang lak.