3 hari tak de internet rasa macam kena cucuk paku kat tengkuk. Tiba-tiba je jadi Nang Nak. Jalan pun tak cecah bumi. Bila internet dah dipulangkan seronok bukan main dapat mengilai semula.
Bila dah bebas , apa lagi, terus bertenggek kat Tree Steak House Sg Buloh la. Tree Steak house ni diambil sempena nama pokok ketapang besor depan kedai tu. Agaknya la, sebab puas cari pokok lain kat situ. Tak de pulak. Yang ada, benda ni aje...
Takar air firaun.
Takar air cleopatra pun ada.
Bila dah sampai kat Tree steak house, Nang Nak pun jadi drakula, makan chicken chop dengan sos black pepper.
Kentang gerau makan fish n chip. Fish dia besar macam lembek kat rumah mak gerau. Sup mushroom. Sedap. Dulu garlic bread besar pelempang. Sekarang ni cenonet pulak.
Air klise, teh O ais limau ngan lycee + botol susu drakula.
Psst: Memang selalu gak makan kat sini. Sedap. Tapi kedai ni bahaya sebab lokasinya betul-betul tepi jalan besar Sg Buloh yang teramatlah sibuknya. Lori bersiur-siur. Sambil makan asyik beristigfar, takut kalau alih-alih aje dah makan kat atas lori. So bila makan kat sini, elok banyak-banyak mengucap.
Kak Gerau kalo dah ader pokok ketapang bukan nang nak lg... dah jadik kuntilanak!!!!... wakakakaka... camne ghupanya abg badang akak tuh bertepuk gumbira yer... hehehe... kak!!!.. kita kenan la ngan tok pekong firaun n cleopatra tuh!!!.. wakakakaka... rindu ngan celoteh akak taw!!!!
ReplyDeletepatutla lama bertapa..ingat kan pegi mana , kena kuarantin kat spital ke apa..tu la kan, saya pun tak leh bayang kan gaya abang badang tu bertepuk gumbira, dia kan kalau nak senyum pun ala2 malu2 kambing jek..ni kedai tepi jalan kat paya jaras yg ada steak sedap tu ye kak gerau...sedap kan black pepper steak dia...mmmmmmm.....bagus la makan kat sini, istigfar selalu..
ReplyDeleteNang nak sekarang dah modem eh moden.. siap bleh pegi lestolen, baham ciken chop lagik. Nang nak zaman dulu makan sambal belacan je. hehehe
ReplyDeletegerau..haha guling2 kita baca gebang gerau kali ni..kalau org perak panggil langsui bertenggek atas pokok kekabu heee naik pulak bulu roma...
ReplyDeletekat sg buloh area mane ni kak gerau?
ReplyDeleteAna: Kita pun rindu wak. Dia bertepuk tangan sambil berdiri selama 10 minit tanpa henti gitu.
ReplyDeletemak doyah: kat situlah, tapi saiznya semua dah reduce. Sesuai untuk orang nak diet.he he he
cikblog: Sambal belacan Kalu, Memang Ku Nak. Bukan Nang Nak je nak.
Datin El: Eloklah kan, lepas tenggekatas pokok kabu sebelum balik boleh amik sikit buat bantal golek. he he ha