Masa saya remaja....Berbuka puasa bagi saya adalah Sunyi.
Sunyi?
Ya, sunyi ...kerana saya akan berbuka puasa sorang-sorang...
Sorang-sorang?
Ya, sendirian...tiada kakak, tiada adik, tiada mak, tiada abah...
Mengapa?
Long di Sabah, adik di rumah pengasuh...
Mak abah?
Mak abah masih di restoran...
berjualan juadah berbuka puasa
Mak akan masak sebelum berjualan...
Mak akan masak apa-apa sahaja lauk dan makanan kegemaran saya...
Sebut sahaja makanan yang saya nak, mak akan sediakan...
Beritahu sahaja, apa sahaja air yang saya mahukan, mak akan buat.
Itulah "umpan" mak kepada saya...
Saya kira...
kerana mak mungkin kasihan dengan saya yang akan berbuka sendirian...
Penuh hidangan di meja...namun tiada sesiapa
hanya saya...
dan
suara azan
Itulah berbuka puasa remaja saya ...
Sepanjang beberapa tahun....
Alhamdulillah...
ketika itu...
tiada rasa sekelumit pun marah pada mak dan abah...
kerana saya tahu, mak abah mencari rezeki.
Ya Allah, Kasihilah dan rahmatilah ibu bapaku.
.....
Mak Roni sup...
antara hidangan yang selalu saya minta mak buatkan
Kesian mak....Sayang mak
;
;
Resepi?
Kepada sesiapa yang berani
1. Mak Roni
(rebus dulu la kann...letak garemm, dan minyak sikit masa merebus - empuk kalu, toskan)
2. bawang putih dan merah
(kak gerau bagi penumbuk kasar-kasar jer)
3. bawah merah dan putih dimayang
(kak gerau tumis ni dulu, lepas tu baru masukkan yang diberi penumbuk tadi tu)
4. hirisan halia
5. Ayam
(potong kecil-kecil)
6. kentang
7. lada hitam
8. rempah sup
(Yang punjut atau yang serbuk..ikut keberadaannya di dapur)
9. Air ikut suka
(yang ni kak gerau letak air segayung sedang tu)
10. Daun bawang dan sup
Cara:
Masuk bahan ikut siapa yang beratur dulu yer...
1. minyak 2. bawang yang dimayang, 3. bawang penumbuk n halia
4. air nenek segayung tadi. 5. rempah sup n lada hitam
6. ayam 7. kentang 8. Mak Roni
Setelah sup masak, seperti biasa, yang beratur last sekali , MakRoni...kak gerau suka masukkan Si Mak Roni ni sekali dalam periuk...baru sebati dan rasanya
WOW!