Pages

Saturday, July 27, 2013

Mak Roni Sup

Masa saya remaja....Berbuka puasa bagi saya adalah Sunyi. 
Sunyi?

Ya, sunyi ...kerana saya akan berbuka puasa sorang-sorang...
Sorang-sorang? 

Ya, sendirian...tiada kakak, tiada adik, tiada mak, tiada abah...
Mengapa? 

Long di Sabah, adik di rumah pengasuh...
Mak abah? 
Mak abah masih di restoran...
berjualan juadah berbuka puasa

Mak akan masak sebelum berjualan...
Mak akan masak apa-apa sahaja lauk dan makanan kegemaran saya...

Sebut sahaja makanan yang saya nak, mak akan sediakan...
Beritahu sahaja, apa sahaja air yang saya mahukan, mak akan buat.
Itulah "umpan" mak kepada saya...
Saya kira...
kerana mak mungkin kasihan dengan saya yang akan berbuka sendirian...

Penuh hidangan di meja...namun tiada sesiapa
hanya saya...
dan 
suara azan
Itulah berbuka puasa remaja saya ...
Sepanjang beberapa tahun....

Alhamdulillah...
ketika itu...
tiada rasa sekelumit pun marah pada mak dan abah...
kerana saya tahu, mak abah mencari rezeki.
Ya Allah, Kasihilah dan rahmatilah ibu bapaku. 
.....
Mak Roni sup...
antara hidangan yang selalu saya minta mak buatkan
Kesian mak....Sayang mak
;
;

Resepi?
Kepada sesiapa yang berani

1. Mak Roni 
(rebus dulu la kann...letak garemm, dan minyak sikit masa merebus - empuk kalu, toskan)
2. bawang putih dan merah 
(kak gerau bagi penumbuk kasar-kasar jer)
3. bawah merah dan putih dimayang 
(kak gerau tumis ni dulu, lepas tu baru masukkan yang diberi penumbuk tadi tu)
4. hirisan halia
5. Ayam 
(potong kecil-kecil)
6. kentang
7. lada hitam
8. rempah sup
(Yang punjut atau yang serbuk..ikut keberadaannya di dapur)
9. Air ikut suka 
(yang ni kak gerau letak air segayung sedang tu)
10. Daun bawang dan sup 

Cara
Masuk bahan ikut siapa yang beratur dulu yer...

1. minyak   2. bawang yang dimayang,  3. bawang penumbuk n halia
4. air nenek segayung tadi.   5.  rempah sup n lada hitam
6. ayam   7. kentang   8. Mak Roni
Setelah sup masak, seperti biasa, yang beratur last sekali , MakRoni...kak gerau suka masukkan Si Mak Roni ni sekali dalam periuk...baru sebati dan rasanya 
WOW!

Thursday, July 25, 2013

Mee Goreng Killer


Kami sekeluarga makan nasi apabila berbuka...cukup dengan 2 lauk...tetapi biasanya anak-anak minta tambah buat mee goreng atau bihun goreng, atau kue teow goreng....

Mee goreng "Killer" (Yer ker?)
(simple dan bergantung kepada keadaan di dalam esbok)

1. Mee kasar 
(Orang Johor panggil mee kasar, walaupun posa...dah kasar-kasar nanti raya, minta maaf, jadi mee kemaafan yang terindah giteww)
2. udang 
(dalam esbok saya tak ada)
3. ayam/daging 
(dalam esbok ada ayam jer)
4. cili kering kisar yang telah dicampur dengan bawang merah dan putih
5. taugeh
6. daun kucai 
(kalau saya mesti ada...kalau tak,apabila makan tak ada rasa nak menendang)
5. sos tiram
6. sos cili
7. kicap pekat
8. garam sikit 
(kalau tak letak pun tak per sebab mee, kicap, sos tiram, dah masin)
9. telur 
(kadang-kadang saya tak letak...still rasanya membunuh...)

Caranya... Cara? nak ke? ada ke yang nak resepi nii pun....manalah tau ada yang nak...korang hentam ajer la....yang penting, taugeh dengan daun kucai beratur paling belakang sebelum masuk ke dalam kuali...

Cubalah....Mesti tak menyesal punya...
Kata bang badang...
Ini mee goreng, mee goreng "Killer"....Wah! 
Ini mengikut kata suami saya laaa...kalau untuk suami orang lain...errr berserah dan berdoa sahajalah banyak-banyak...
Agar tiada yang terbunuh

Saturday, July 20, 2013

The best in the World

Alhamdulillah...Kerana Allah masih memberikan kekuatan kepada kita semua untuk berpuasa dan mengerjakan ibadat-ibadat lain...Insyaallah.

...lapar, dahaga, letih....Fitrah bagi orang yang berpuasa....Orang tua letih, apatah lagi anak-anak....

Dulu ...Masa kecik-kecik ......Menunggu waktu berbuka adalah suatu yang menyiksakan...(sekarang pun terasa jugak kannn...cuma dah tua...dah faham...boleh bersabar, beristigfar)...

Pulak tu, dulu, manalah ada rancangan best-best...macam kartun upin ipin, sementara menunggu waktu berbuka.  Yang ada hanya dua rancangan ajer...
  1. Rancangan  "Mari Belajar Muqaddam" bersama bapa Jalaluddin Hassan... Ustad Azhari yang tulisan jawinya cantik...tahap "nenek" punya cantik....kannn...
  2. Cerita Arab....bahasa arab lagi...tanpa sari kata yer...eerrr atau ada sari kata tapi tak sempat baca laju-laju sebab masih "bengkak" mengeja.....
Itulah rancangan THE BEST in THE WORLD yang kak gerau tengok sambil bergolek-golek di atas simen untuk menyejukkan badan, di hadapan tv sambil menghidu aroma masakan mak...
Dengan "zikir" lapar, haus, lapar, haus....nak buka...nak buka....
.....


Rindu sungguh masa itu....Kalau anak kita, tentu jerit-jerit menunggu berbuka puasa kalau itulah bentuk rancangan yang dihidangkan....
Sungguh,,,masa merubah segalanya...

Hidangan cadangan yang kena "gu" nya untuk berbuka...
Nasi putih, 
asam pedas ikan pari, 
peria goreng
telur dadar...
Alhamdulillah...

Saturday, July 6, 2013

Rumah Kita Bukan Begini...Marilah kita Pulang

Kami bukan orang senang...rumah kami tak cantik...tilam pun tidak empuk...
Kami tidak pernah berasa hidup seperti orang senang-senang...
Pada suatu hari, kami diajak ke rumah yang di dalamnya ada kolam renang...
Hanya orang senang sahaja yang di dalam rumahnya ada kolam renang...
Maka pergilah kami ke rumah orang senang-senang...
Menikmati kecantikan bilik orang senang...
Berangan-angan di tandas orang senang
Berkuak lentang, di kolam renang rumah orang senang-senang

Menikmati kelazatan makanan orang senang
3 hari 2 malam berasa duduk di rumah orang senang...
Kami kira...
Beginilah agaknya hidup orang senang...
Semuanya nampak menyenangkan...

Tapi ini bukan rumah kita anak-anak, rumah kita bukan yang ini. Rumah kita bukan begini. 
Marilah kita pulang...
Rumah kita nampak tak menyenangkan...
Tetapi sangat menyenangkan...

Alhamdulillah...
Ya Allah, jadikanlah kami senantiasa berasa senang dengan apa-apa sahaja milik kami kini.