Semalam saya ke Shah Alam untuk membeli makanan haiwan peliharaan saya.
Saya ke Restoran Melayu yang agak popular di Shah Alam. Saya mengagak restoran itu popular kerana pelanggannya ramai.
Sudah beberapa kali saya makan di situ. Makanannya biasa-biasa sahaja.
Tetapi disebabkan tidak kuasa untuk berpusing-pusing mencari restoran lain saya membuat keputusan untuk "tapau"nasi campur di situ.
Lagipun bang badang tiba-tiba mengidam cendol mamak di hadapan restorannya.
Setelah dua kali saya "bertawaf" memilih lauk pauk, akhirnya pilihan saya adalah nasi campur berlauk ikan kembung goreng (size m) , daging dendeng 4 ketul (setiap satu sebesar 2 jari manis) dan sesenduk lemak nangka.
Saya ke kaunter bayaran.
Cik Puan kashier mengira dengan pantas dan cekap.
Tap! Tap! Tap!.
Bunyi kekunci mesin kira-kira ditekan.
Tentu dulunya dia terror matematik.
"RM 14", katanya.
Yakin Sangatt.
Yakin Sangatt.
"14 Ringgit?"
Mata saya terbeliak. Hampir terjojol keluar ke atas kaunter.
Saya berusaha mengawal emosi.
Saya berusaha mengawal emosi.
Saya tenung ikan goreng tadi.
Dalam-dalam.
Saya yakin, itu bukan spesis Arowana
dan
Daging itu daging lembu tua bukan lembu dara.
Dan hari ini,
habis sebesen kacang kuda ni saya makan
dan saya masih tak percaya.