Friday, July 18, 2008
Mekah Mukarramah
Saturday, July 12, 2008
Cerita Gerau di Mekah
Orang nak blog, gerau pun nak blog. Menulis memang hobi gerau tapi orang ala-ala umur gerau ni manalah tau nak create blog. Nasib baik ada kak long, anak sulung gerau. Kak long ni, suka mengodam sana mengodam sini. Wah, semenjak ada blog ni, bukan main lain. Gerau pun teringin gak nak ada blog sendiri.
Lepas dah ada blog nervous lak nak tulis apa. Biarlah yang bermula itu sesuatu yang baik dan berfaedah untuk diri kita dan orang lain. Cerita Mekah la nampaknya.Mekah, Mekah, Mekah. Seronoknya pi Mekah. Sebelum ke sana, kalau orang cerita gerau blurr je.Sekarang ni, setiap sudut, setiap laluan ke masjidil haram gerau ingat.Biasalah kalau di sana, hari-hari ulang-alik ke masjidil haram.Maha besar Allah, walaupun gerau ke sana musim panas, tapi dengan izin Allah, tak terasa panasnya. Dengan izin Allah juga, setiap kali solat kaki melangkah laju ke masjidil haram.Panas terik yang menggigit pipi mama yang berlopak lepas kena chicken pok tak pernah mengganggu gugat hati untuk solat ke masjid.
Sebelum tinggalkan tanah air, hati bukan main walang lagi nak tinggalkan anak-anak.Macam-mana perasaanlah gerau rasa.Terutamanya gerau kesiankan baby panda gerau yang allergy tu.Macam-macam pesanan gerau titipkan buat kak long dan Icha.Tetapi apabila di Mekah,kerisauan terhadap anak-anak gerau bukan lagi keutamaan. Allah jua keutamaannya.Ketika di Mekah rasa yakin sangat bahawa anak-anak memang senantiasa ada dalam lindungan Allah.
Kalau di rumah, tidur nak selesa, makan nak sedap, tapi di Mekah, semua itu jatuh nombor dua. Yang pertama, nak cepat ke masjid, yang kedua, nak lama-lama kat masjid.Setiap kali imam baca ayat-ayat quran, hati gerau bagai ditarik-tarik. Sayunya tidak terkata. Air mata tak daya dibendung.Itulah kebesaran Allah. Walhal gerau tak faham apa-apa pun yang dibacakan. Masa tulah gerau terfikir. Kalaulah gerau faham bahasa Arab, alangkah seronoknya.
Ini kali pertama gerau ke Mekah.Di tanah suci ini, jauh sekali bezanya dengan tanah air kita.Kalau waktu solat macam nak pi perang.Seronoknya. Di masjid pula, semua berlumba-lumba nak buat ibadat dan buat baik. Rasa bahagia je. Orang buat salah tak marah, orang tolak kita, kita senyum. Allah hu Akbar. Kalau kat tempat kita, kalau orang tersengol sikit pun rasa nak tendang.
Gerau ni resdung. Hidung rompong. Tak boleh sikit kena habuk. Kalau bukak robok baju pun boleh bersin sepuluh kali. Alhamdulillah di Mekah, ni, tengah dok construction seluruh kawasan hotel dan masjidil haram, debu bukan mainnya. Macam salji. Tapi Allah izin, sekali bersin pun gerau tak pernah. Alhamdulillah. gerau takut gak, sebab awal-awal lagi, ustad kata, standby ubat, bawak penutup hidung, macam-macamlah ustad pesan. Iyalah kita kena ikhtiar, supaya tidak sakit. Gerau pun bawak ubat banyak-banyak.Tapi itulah kuasa Allah. Di sana, ubat gerau tak sebiji pun ditelan, tapi, dapat juga gerau buat baik, beberapa biji ubat tadi gerau hulurkan kat teman yang demam dan selsema.
Tapi syukur sangat dapat beribadat di sana. Pi ngan orang lelaki gerau, rasa macam honeymoon je.Pi masjid sama, balik masjid sama, makan sama. Seronoknya . Tapi ada juga gerau merajuk kat sana dengan dia. Manakan tidak,kat masjidil haram gerau suruh tunggu tiang nombor dua, dia tunggu tiang nombor enam. Sorang tunggu kat timur sorang lagi tunggu kat tenggara. Mana nak jumpa. Iyalah, tiang beratus-ratus, kalau nak balik saing memang kena janji tunggu kat tiang mana.Tapi, akhirnya jumpa. Masa gerau nampak buah hati gerau, tunggu kat tiang yang salah,mula-mula nak marah gak, tapi kesian tengok dia taat tunggu kat situ. Masa gerau tegur, kenapa tunggu kat tiang salah, dia tanya balik kat gerau." Bukan tiang ni ke?" sambil tersenyum.Hai, baiknya buah hati gerau.Masa tu sayang gerau padanya, berganda-ganda. Gerau harap, kasih kami kekal hingga ke syurga.
Itu aje lah ceta gerau kali ni.
Posted by geraugebang at 7:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment