Pages

Wednesday, December 24, 2014

Lelaki Sejati

Assalammualaikum...


Sepanjang hari langit menangis. Rajukan mentari lebih panjang panjang kali ini. 
Angin semilir yang dingin membawa rasa teringin menikmati soto. 
Menghirup sup panas-panas. 
Oh, nikmatnya!

Ada lebihan 6 kampit kecil nasi impit di dalam laci dapur. Jadilah. Ayam pun ada. Ada beberapa bahan yang tiada. 
Bergedil? Emm, tak payahlah, menggentel bergedil sahaja hanya menambah rembesan asid di kolon hingga ke rektum...(Mood biologi). 
Pedih dan lapar. 

"Adik, belikan mama barang-barang ini, " ujarku sambil menghulurkan secebis kertas pesanan kepada anak lelaki bongsuku.
1. daun sup sepokok
2. daun bawang sepokok
3. taugeh (2 genggam)
4. rempah sup sebungkus kecil...


Adik menyambut kertas tersebut tanpa sepatah kata. 
Aku menghulurkan RM10 kepada adik. 

Sepuluh minit kemudian...
Mana taugeh? Kenapa ada tauhu,"tanyaku kepada adik. 
"Mana ada mama suruh beli taugeh. Mama suruh beli tauhu segenggam kan,' jawab adik.Nadanya kali ini agak sedikit keras.

"Mama suruh beli taugeh segenggam. Tauhu mana boleh beli segenggam," jawabku.

"Itulah, hairan juga mama tulis beli tahu segenggam.. Tak apalah, lagi pun Nabil tak suka taugeh pun," jawab adik selamba. 

Ehhhh...Suka-suka hati saja. 
Banyak pula tauhu yang dibelinya. 
Ketika itu aku sedar, bahawa ciri-ciri lelaki sejati ada pada anakku...menganggap yang penting tidak sepenting mana...
Mak kagum nak.
 Ada hikmahnya. Tauhu akhirnya menjadi bergedil tauhu.

Saturday, November 22, 2014

Penunggu...

Assalammualaikum. 


Bulan ini cukup setahun kak gerau menjadi Penunggu.

Tunggu bang badang balik dari kerja, tunggu Dak Ahmad balik dari sekolah, dan tunggu Dak Zati dengan Dak Isya balik dari asrama.

Lebih 20 tahun bekerja.
 Ya. 

Lama benar.
Opis pun meluat tengok akak...

Akak?
Akak pun dah tak larat. Naik tangga ofis pun merangkak...
Sebelum mengesot baik blah.

Minggu-minggu awal bertaraf penunggu rumah, hari-hari berdansalah akak di rumah. 

Zumba? Salsa? Gelek?
Ha ha ha...
Boleh buat apa-apa sahaja yang akak suka.

Siapa ada kisah, akak seorang di rumah.
Ha ha ha...
Ha ha ha...

Tidur? Makan? Tengok Korea?
Bila-bila masa saja.

Siapa mahu marah?
Boss?
Ha ha ha...
Boleh jalan daaaa

Ha ha ha.....
Ha ha ha....

CCTV?
Pun dah tak ada...
Ha 
Ha
Ha...Ha
Ha
Ha.....
Banyak ketawa nampak?
Senang Hati Nampak?
Itu cerita minggu pertama Penunggu Rumah. 

Baru Minggu Pertama 
OK.

Letih.
Banyak sangat ketawa..


Kita tengok nanti apa cerita...
Ketawa laaa...
Suka sangat kan?
Ketawalah gerau...

Ketawa laaa...

Tuesday, November 18, 2014

Pindah rumah Banglo

Assalammualaikum...


Semalam, kak gerau makan berlaukkan Asam pedas ikan senangin bunting.
Sedap.
Bukan hendak riak ...
Ini pujian memotivasikan diri.
Sebagai usaha membangunkan cas-cas positif dalam badan supaya rajin memasak. 

Hmmm...
Sebelum ini tak rajin memasaklah ya?
Err...

Krik... Krik...

 Itu cerita semalam. 

Hari ini kita makan berlaukkan asam pedas senangin. 
Lagi?

Ya.
Tetapi asam pedas hari ini berbeza sedikit. Yang ini tiada terung kerana terungnya semua habis dimakan semalam.
Oh, lauk semalam?
Shhh...
Jangan beritahu sesiapa

Kita selalu juga buat macam ini sebab tahun depan kita mahu pindah rumah banglo.  
Jangan jeles.
He he he...

Jimat cermatkan amalan mulia.

Lagipun Ron 97 sudah naik 20 sen. 

Ehh?

Friday, November 14, 2014

Nasib baik kita "Cool"

Assalammualaikum...

Bulan Jun yang lalu. 
Kami menghantar Nur farisah anak kedua kak gerau ke Matrikulasi Kulim Kedah. 
Sudah lama sungguh tidak ke Kedah. 

Lebih 10 tahun. Itupun hanya lalu sahaja kerana hendak ke Langkawi.

Matrikulasi Kulim Kedah ini adalah di bawah MARA. 

Makanan sepanjang di sini adalah free. 
Lima sekali sehari. 
Makanlah banyak-banyak anak oooi. 
Selain itu, RM 100 akan diberikan setiap bulan sebagai duit kocek. 
Alhamdulillah. 
Bangunan sebelah kiri yang berbumbung biru itu adalah surau dan...
dan...
 Bangunan sebelah kanan yang ada penghadang hijau tu pula adalah tempat kepala akak terhantuk...

Ya...
Terhantuk. 

Konfiden Ok.
Bangun daripada tempat duduk terus merempuh penghadang hijau  dikk non oooi...
Gempa bumi sekejap tau...
Berpinar-pinar.
Bayangkan objek muatan berat merempuh benda pegun...
Bergegar!!
Yang Bestnya siap jerit lagi...
Adooooiiii!
Kuat kooo...
Penghadang hijau tu laaa..
Cisss...
Nasib baik tak berapa banyak orang...
Nampak? Tak berapa banyak orang kan..
Dan
nasib baik juga  kak gerau  ini 
"cool" orangnya.
Tak toleh kiri kanan, Kita pun terus jalan ke kafe...
Order 3 bungkus air milo  ais sekali...
Satu bungkus setengah kita sedut sorang-sorang.
"Cool" sangat kan.

Dari jauh kita nampak kak long gelakkan kita. 
Diamlah kak long!

Hu hu hu...
Tak banyak orang kebendanya...
Cool apanya...
Malu sangat...
Sakit sangat...
Kita tahan ajer tau..

Benci...!!
 Bang Badang pujuk kita, dia bawa kita pergi Tanjung Dawai...
Beli ikan pekasam 
dengan 
jalan-jalan tengok anak kambing baru tanggal tali pusat.
(kambing ni baru saja beranak sebab nak berdiri pun tak boleh lagi)

dengan jalan-jalan tengok bapak kambing macho lagi hensem...

Lepas tu kita ok. 

Tuesday, November 11, 2014

Cemerlang ke?

Assalammualaikum.

Orang Johor jarang-jarang masak pulut. 
Saya kira. 
Begitulah mak saya. 
Kami merasa pulut apabila  khatam quran atau 
kalau lulus cemerlang dalam peperiksaan. 

Seingat kak gerau, 4 kali sahaja mak masak pulut. 
3 kali sebab kami ada tiga orang adik-beradik dan sudah khatam Quran. 
Dan sekali tu sebab kita dapat nombor bagus dalam kelas 
Rasanya.
Ingat-ingat sengaja lupa.

Nombor berapa ek? 
Nombor 1 ke? 
Nombor 3 kot?
Eh, bukan-bukan, nombor 7 kot?
Ooo, salah, salah baru ingat, nombor 10 laaa...
Betullah...No 10...
Ya.Ya...Nombor 10.
Masa tu kita darjah 3

Nombor 10?
Cemerlang ke?

Cemerlanglah tu. 
Berilah muka sikit.
He he he.


Cara menanak pulut. 

Rendam pulut semalaman.
Kosek pulut, cuci, dan tos airnya.
Masuk ke dalam rice cooker dengan ukuran air se"level" dengan pulut.
Letakkan setengah kotak kecil santan, (berdasarkan pulut 4 mug) garam, dan sesudu makan minyak masak.

Thursday, November 6, 2014

Selepas 20 tahun saya meninggal

Assalammualaikum...

1 hb Nov 2014... 
Pak cik  (yang mengahwini arwah adik bongsu kesayangan abah) kak gerau berkahwin lagi setelah beberapa tahun menduda...
Alhamdulillah. 
Jodoh dan pertemuan hanya ketentuanNya.


"Mana telur pindang tadi? Dah lama tak makan," tanya Bang Badang ketika kami dalam perjalanan pulang

"Sekejap," kata kak gerau.

"Emmm...awak, awak, Pak busu  berkahwin akhirnya setelah 7 tahun menduda. Lama juga tu," kata kak gerau sambil menyeluk dalam beg tangan jenama Bunian Bonia kesayanganku untuk mencari telur pindang yang banyak kusonglap tadi.

Bang Badang hanya menganggukkan kepalanya. 

"Nanti, kalau saya meninggal, selepas 15 tahun  atau 20 tahun saya meninggal baru awak kahwin semula tau. Tau tak???Dengar tak??" pinta kak gerau.

"Emm..maknanya kena berjanji kahwin lagi lah ya?" jawab bang badang.

 EErrkk? 

Seiring itu juga telur pindang yang elok-elok kusimpan semula ke dalam tas tanganku..Hanya yang pecah-pecah seperti perasaanku ketika itu, kuhulurkan kepada bang badang sambil terus memejamkan mata...

"Eh, kopeklah telur ni. Orang tengah"driving" kan," bang badang minta simpati.
"Kopeklah sendiri. Orang mengantuk ni," jawab kak gerau. 

Sentap ok.


Siapa yang nak buat telur pindang, cari sendiri resepi...sebab kita pun dapat telur ni free...mana pernah buat sendiri...he he


Sunday, October 19, 2014

Kuih Nona Meroyan

Assalammualaikum.

Apabila nafsu membuak-buak berkehendakkan sesuatu, memang payah  untuk mengawal. 
Tak mengira waktu dan keupayaan...
Tanpa menghiraukan cuaca dan keadaan...

Janji dapat...
Betullah melawan nafsu 
itu jihad...

Usai solat maghrib sudah tak tertahan...telekung kucampak tak bersidai...

Kupandang ke dinding...
ada jam dinding di situ...
Menunjukkan pukul 9.
Apa?
Pukul 9?

Oh...lupa!
pagi tadi jam kehabisan baterinya
tepat pukul 9.

Fuhhh...
renjatan elektrik sekejap
Rupa-rupanya baru pukul 7.30 malam
Bang Badang belum pulang.
Misiku Kuza
harus tertunai malam ini juga...
Sebelum dia tiba.

Dalam hujan ribut dengan petir sambar-menyambar, kugagahi agar hajat tercapai...

Akhirnya..
8.40 malam...
Bang Badang pun tiba...

Oh,
Suamiku!
lihatlah,
inilah dia
Taraa
...

Suka Tak?
Suka Tak?

 Suamiku tersenyum...tetapi aku tidak pasti itu senyuman manis atau sinis...
Lalu dia bertanya: Kuih apakah ini?

Tetiba terasa berdebar.
Dalam hati tertanya-tanya."Kuih apa ya? 
Siang tadi kulihat di blog Masam Manis Puan Azlita yang cantik menawan dan pandai masak-memasak itu, kuihnya warnanya hijau begini...
 Ini foto dari blognya.
Berhias cantik begini...dan namanya kuih si Nona Manis...

Tetapi...kok kuihku warnanya begini?
Rupanya agak ngeri juga...
(lagi seram, asalnya tepung tengah yang berwarna putih itu sepatutnya tepung gandum, tetapi kugantikan dengan tepung beras...sebab tepung gandum yang berbaki sedikit semua tumpah)
"Err...Inilah Kuih Nona Meroyan" kataku penuh karisma...

"Kain macam bunyinya? Emm,tapi Sedap,"katanya...
Bang Badang macam tidak kisah dengan namanya sambil dia terus menyuap ketul ke 5 Kuih Nona Meroyan ke mulutnya. 

Puas hatiku...
Tak kusangka dia suka...
Yahooo...

Alhamdulillah.
Memang sedap kuih Nona Meroyan ...
Cubalah.
(Ceh, sudahlah bernafsu, riak pula)


Nota: Sesiapa nak mencuba berkunjunglah ke blog Pn Azlita Masam Manis tu...pandai benar beliau membuat kuih...dan sedap sungguh...sungguh ni...buat banyak-banyak. Kasi jiran 40 pintu lagi bagus...he he he

Thursday, October 16, 2014

Hari Raya...Tak menentu

Assalammualaikum...

Kalau sudah lama tidak menulis, untuk mendapatkan "mood" menulis 
semula memang payah. 
Bawa diri ke gunung Bogor (ewah..jauh ko) pun belum tentu meraih idea. 
Apatah lagi akhir-akhir ini jarang-jarang membaca. 
Banyak "vocab" yang hilang entah ke mana. 
Yang banyaknya aktiviti membongkah.  
Sarapan, kudap-kudapan, tengah hari, petang, malam.
Hairannya tak pernah "miss" pulak.

Implikasi daripada fenomena ini (tetiba...Buletin utama)
 idea yang dihasilkan menjadi tidak menentu seperti cuaca. 
Menjadi tak tentu arah juga. 

Contohnya...
Minggu Hadapan Hari Raya Hindu...
Semua tahu kan?


Makanan tempatan
Buah apakah yang di dalam plastik itu? 
Nak Klu?
Ok...
Buah ni kalau manis sedap dimakan.
(klu memakan diri)
Celah singki...klasik kan
Berpakaian tradisional
Ber "Backdrop" tudung saji...
Seni sangatttt ...


Tapi...
Cerita akaq, Cerita Hari Raya hari tu...

Nampak? Nampak?
Unsur tak menentu di situ...

Udah tu...awak bukan menyambut Raya Hindu pun kan...
ceritalah raya awak...
biorlah tamil yang beraya...


Berbanggalah dengan pakaian dan budaya kita...

Tetiba..kan
Tak memasal
Ngeh ngeh ngeh.

Wednesday, October 15, 2014

Ayam kicap kak gerau

Assalammualaikum...


Dalam seminggu masak kicap berlada hitam mesti ada dalam senarai 
menu makan tengah hari rumah kak gerau. 
Senang dan cepat. 
Ikut cara kak gerau,
campak-campak dari jarak 2 meter persegi pun boleh. (riak tak memasal ek)

Budak Ahmad aka Kentang pun suka. 
Sudah berbulan-bulan makan ayam sup dan bakar...
jemu katanya. 

Dengan syarat, ambil isi sahaja. 
Kalau nak ambil kuah, ambil sikit sahaja.
Diratah. 
Tanpa nasi.

Kenyang ke dik? tanya kak gerau
Sweetnyaaaa mama tanya macam tu...mama ingat senang ke nak kurus? 
jawab budak Ahmad. 

Marah nampak...
He he he...

Resepi: Kepada sesiapa yang berdarah superman, kluang man, dan atukman,  boleh lah ikut resepi masak kicap kak gerau. 

Tumis cili kisar (Cili kering 4 tangkai yang dicampur dengan bawang besar 1 labu , bawang putih 4 biji dan sedikit halia) satu senduk. Kalau sudah ada bau, masukkan ayam 1/2 ekor, air semangkuk. kicap manis satu senduk, lada hitam satu sudu makan. Biarkan menggelegak dan sehingga ayam empuk. Letak garam sikit, dan sos tiram dua sudu makan. Apabila sudah mula pekat, letak bawang besar. Tadaaaa...dah masak pun...senangkan. 
Ada berani?

Saturday, August 23, 2014

Pecah telur sambal hijau


Kadang kala kak gerau dalam dilema kerana tidak berselera (ehem ehem heeemm ehemm) maaf...
Jadi apabila sindrom ini datang, kak gerau akan masak  ini. 

Pecah telur sambal hijau


Bahan Utama:

Nasi tambah

Bahan Asas:

1. sesudu makan sambal hijau

2. telur 3 biji
3. minyak 2 sudu makan
4. bawang besar hiris besar-besar. 
5. garam sikit

Cara: 
Panaskan kuali, letak minyak, ambil sesudu makan sambal hijau, letak bawang besar, garam (kekadang kita tak letak), pecahkan telur. tunggu seminit...kacaukan dan terus angkat...supaya telurnya masih lembik. 

Apa? Nasi tambah bila nak letak?

Bila ek?

Emmm...

Malas jawab. 

Thursday, August 7, 2014

Tulis Nama Atas Periuk - Curlst Mak Jah

Assalammualaikum. Bismillah.


Selamat hari raya yang ke 12. Maaf zahir dan batin. 



Hai, den post, den yang kecuh...hari raya pertama tak larat makan banyakkan (iyerrr ke)...dah lah sekarang ni teringin pulak...

Meow, meow...kucingorengemuk. Mak kita masak banyak tunggu awak datang tau...




Bekas makanan yang diisi  hidangan kami sekeluarga dan para tetamu pada Satu hari Raya. 
Mak Jah order. 
Bekas ini dapat menjadikan makanan panas dalam masa yang lama. 

Curlst mak Jah...Ada nama atas periuk.

Monday, July 7, 2014

Rahsia Kurus

Assalammualaikum. Bismillah. 

Budak kentang...dulu


2011
(sedap dipeluk)


Akhir tahun 2013 (bersama sepupu)

Budak Kentang sekarang


June 2014


Kejayaan yang membawa kepada kemusnahan treadmill di rumah...
dan menyebabkan usaha kak gerau untuk menguruskan badan bakal menjadi mustahil...

Bang Badang, sila jangan marah kalau akak tak kurus ya...

Haaaa

Boleh Gitu?
Moga menjadi inspirasi kepada mak kentang...insan-insan lain. 

Nak tahu rahsianya? Emm, malas nak cakap sebenarnya...nanti ada yang kata...ek eleh...promosi...

Tapi ...benda baik kena kongsikan.

Ya.  Kita kasi dia makan sambal hijau hari-hari. Pagi kita kasi dia makan Sambal hijau, pagi sambal hijau, tengahari sambal hijau, petang sambal hijau, malam pun sambal hijau...
Akhirnya dia kurus. 
Tengok...dah cakap dah...dah ada yang kata dah...
;
;
Tapi
Nak kurus tak? Nak kurus tak?

Haaa...

 Apa?
Nak tanya?
Kenapa kak gerau tak kurus?
Oh, kita ada gastrik, jadi, kita makan sambal hijau tengahari jerrrrr...sebab tu tak kurus...!
heh

Pesanan: Iklan di atas adalah percuma. Percaya ke? ngeh ngeh ngeh

Tuesday, June 24, 2014

Menangis Makan

Assalammualaikum. Bismillah.


He he he...lama tidak bersembang...Lama tidak bergebang...Lama tidak merapu-meraban...
Semangat si kus semangat yang hilang...

Membuka tirai dengan kepanasan...dengan kepedasan...dengan kesedapan...
 Sambal hijau Sodappp...

Serius sodap...
Kak gerau tak tipu...
Aliff Lam Lam Ha...(kecik-kecik dulu cakap macam ni kan...) 
tapi dah tua  besar  dewasa tak buat dah...
Tapi betul memang sedap.

 Makan dengan apa sedap? 

Dengan semua..

Dengan segala keturunan lempeng, dengan lempeng 
 kurang upaya pun boleh ...contoh lempeng pekak.
Dengan Jemput-jemput bawang, jemput bilis, udang, cencaluk

Nasi dan sekeluarga dengannya..
Dengan roti bai, roti naik, roti bantat, semua sedap...
Paling sedap kalau makan dengan...
dengan Kak Gerau...
ki ki ki..

Dan petang tadi... 
kak gerau makan dengan lontong...no..no...no..bukan nasi hempap, bukan nasi kepit, bukan nasi himpit juga...
Tapi...
Lontong...
 Tulen,  U...
Sah Jakim

Menangis...Makan

Sebab sedap dan Podass

Mana nak beli? 
Beli dengan kak gerau...
RM 10 jer...
Kalau jauh kena poslah kan...
Boleh..
Janji pos awak bayar..

Saturday, March 29, 2014

Membawa hati yang lara

Assalam....


Tiba-tiba terasa nak membuat kek. Terkejut akak. Terkejut Sangattt. Pada diri sendiri. Lagi terkejut, Bang Badang menawarkan dirinya yang gagah itu untuk membeli pisang. Sangaattt gagahnya. 

Boleh tahan. Gebu dan lembut kata Bang Badang. Dan kali ini nada suaranya agak ikhlas. Seperti tiada agenda disebalik pujian itu. Boleh dipercayai. 
Cuma agak tawar sebab adunan gula yang telah dipukul dengan telur tertumpah  sedikit. Errr...lebih daripada sedikit...Sebenarnya agak banyak...ha ha ha...Hentam saja lah. 
Ada cek kisah. 
Tawakal. 

 Yang menjadi masalahnya. Hanya kami 3 orang yang makan. 
Dan disebabkan terlalu teringin membuat kek, saya membuatnya sebanyak 2 adunan. Sekarang cuba "story". Siapa nak makan? Hujan mencurah-curah di luar. 

Saya mencadangkan kepada anak-anak. 
"Kasi kawan-kawan kamulah."
Dan mereka berkata.
"Tak nak lah, mama diaorang semua "terror buat" kek," kata kakak.
"Kek diaorang lagi sedap," kata adik.

Dan... 
saya membawa hati yang lara bersama 3 ketul kek ini, duduk jauh-jauh makan sorang-sorang. 
Huwaaaaaaaaaaa...

Tuesday, January 14, 2014

Tuuutttt Goreng....

Setiap pagi, dari surau, insya Allah, bang badang akan terus ke pasar membeli sayur dan ikan untuk dimasak tengahari nanti...dan akan sampai ke rumah pukul 8 tiga suku pagi...haa.

Pukul 8.15...
Kak gerau menyambut kepulangan bang badang dengan senyuman paling menawan  sambil kenyit-kenyit mata belah kiri...lepas tu kenyit-kenyit mata belah kanan pulak
korang ada buat? kalau tak pernah esok petang suami balik opis buat...
Lepas tu...
Bang Badang pun sambut senyuman akak dengan...
dengan...
menghulurkan beg plastik berisi barangan yang beli di pasar...
eeeeiiikkkk???
Ok apa...!!
sekurang-kurangnya senyuman disambut dengan beg plastik kan...

Jadinya, akak dengan hati yang berbunga-bunga kekwa 
membawa bungkusan itu ke dapur 
dan 
tiba-tiba terpandang sesuatu dalam beg plastik tu....

AAAAAAAAAAAAAAA!!!!
Terkejut akak....
Akak cuba tenangkan diri 
dan 
akhirnya, walaupun dalam keadaan truma Uma Thurman
akak berjaya memasak lauk tersebut....
****
**
***
***
***
****
***

 Sayur Tuuuttt goreng 
(Sekarang semua tengah sawan tuut...jadi baik jangan sebut)
Asam pedas ikan pari.

Berselera akak makan hari ini...Eh, bukan hari-hari berselera? Tapi hari ini lagi selera...

Bermotivasi ke?: Penurunan harga sayur Tuut menjadi bahan cerita sehari dua ini...biarlah sesiapa pun yang bercerita...asal sahaja jangan sampai hina-menghina dan menyebabkan pergaduhan sesama kita yang satu akidah...

Saturday, January 11, 2014

Karipap bercerai mati

Suatu subuh yang tak berapa nak bening...

Mak Jah  telefon:

Mak Jah: Hari ni Y (adik gerau) balik KL..Aku ada kirimkan karipap kat kau...Nanti Y antar ke rumah..
Gerau: Haa...Ok...(sambal angguk-angguk)
Mak Jah: Tapi dia singgah JB jap...rumah mak mertua dia.
Gerau: Pukul berapa dia bertolak dari Pontian? 
Mak Jah: Pukul 8 pagi ni dia bertolak la...
Gerau: Ok...tq mak...

Y bawak karipap?
Singgah JB? 
Rumah Mak Mertua?
Sekejap?

Tiba-tiba peluh dingin membasahi dahiku...
dahi kee?

Adakah?
Adakah?
Peristiwa hitam itu akan berulang kembali?

8 malam...(sekejapnya singgah JB) Y sampai dan kiriman karipap bertukar tangan...dan aku pun membuka bungkusan karipap....
TIDAKKKKKKKKKKK!!!!!!!
Karipap-karipap  sedang berdakapan

Adakah kengerian itu akan berulang? 
Sila baca cerita ini...Karipap Sehidup Semati... ?

Kecederaan patah riuk ketika proses penceraian...
Biar patah riuk asal sedap masuk perut...
Karipap sedap Gila Tenuk...

Nampaknya
Ini kali hanya bercerai mati...
Bukan sehidup semati...

Faham?
 Tak faham? 
Penat ajer orang cerita...
Tak faham sudah...
Pi lipat baju !!