Pages

Saturday, December 29, 2012

Mee Hantu...

Assalammualaikum,

Yuhuuuuu, ada orang tak?Saya nak masuk ni....
Bismillahirrahmannirrahim...
Haaaa...Lama sangat bertutupnya...seram pulak nak masuk blog sendiri...Kot-kot dihuni Jin ke, kan?
Baru masuk ni, tak payahlah meraban panjang-panjang...2, 3 kajang cukuplah rasanya.


Baru-baru ni, kak gerau pergi Bandung ...
Lagi? Haah... 3 kali dah...Kali ni dengan (GPT) aka Geng Pecah Tekak...
Tanpa my Oppa...Bangbadang style. 
Kak gerau sedih jugalah...Iyalah, kak gerau mana pernah pisah lama-lama ngan bang badang, lagi-lagi pi obersea (Overrrsealah sangattttt) kan. 
Bang badang cakap, dia risau gak...(Padahal lepas ajer akak check in dia melompat jerit-jerti Yahoooooo ngan anak-anak sebab  telinga dapat cuti daripada mendengor suara jin mabuk jerit-jerit suruh kemas rumah)
Tapi...seperti biasalah...akak pujuk dia...Akak cakap,
Don't worry bang badang...i.m yours...
ha ha ha...
Tergamam dia!
Sebab?
Sebab tak ada kaitan langsung.

Selepas tu, berangkatlah kak gerau dengan GPT.

Kali ni, kak gerau pi hotel budget jer...
(mcm la hari tu pergi hotel grand ha ha ha)
Ok laaaa...
Selesa, bersih, dan dekat dengan airport.
Sebab budget, sarapannya tidaklah pelbagai...Hari pertama kami sarapan di hotel, hari kedua, kami pi warung suluh untuk sarap...

Lontong Chap Go Mei...(seperti yang tertulis pada menu warung)
 Chap Go Mei? Motip?
Padahal akak datang bulan 12.
Patutnya Chap Go Disember la kan?
Gasaklah, pokoknya sedap dehhh!
Tidak terlalu lemak, tapi sedappp, telurnya telur pindang...tapi sedap, sayurnya ada labu air, tapi sedap, ada ayam dengan keropok lagi...Memang sedap
Yang penting, pinggannya ya. 
Pinggan free beli sabun basuh daia.
Kat rumah kak gerau pun banyak.
Dekorasi di dalamnya...di Indon memang suka style macam ini 
Inilah geng pecah tekak...
Memang Satu kepala.
Selain lontong tadi, diaorang ni ada yang order Mee kocok ngan Mee Tek Tek.
Mee Tek Tek? 
Haaa, korang ingat, Hantu ajer ada nama tu?...
Mee pun ada.
he he he
Kat Malaysia, itu nama hantu, kat Indon itu nama mee.
Masa nak order, nak sebut pun rasa bersalah.....tapi nak rasa punya pasal,
kita orang order jugak...
Tapi katanya, mi tek tek enggak dijual hari itu...
Rupa-rupanya mee tu macam mee maggie berkuah ajer pun...
Menu roti bakar berkeju dan bersosej pun sedap.
Jangan lupa...kalau kat bandung, suruh supirnya hantar ke
Warung Suluh yer

Thursday, December 13, 2012

Duit tak berapa nak banyak

Assallammualaikum...
Yuhuuuu, sudah lama saya tidak bersiaran...sibuk? ya...sangat sibuk.Takkan lah sibuk sangat dak? Sebenornya saya tidak boleh upload gambor lagi.... Rupa-rupanya ada had gak ek. Sapalah nak nengok blog kalau dok nyembang tak tentu pasal kan...
Macam mana mahu "settle" ini problem? Tanpa mengeluarkan duit akak yang tak berapa nak banyak ni.

Sunday, October 14, 2012

Dapat Balasan "Cash" di Makkah

Kita sering mendengar pelbagai pengalaman atau peristiwa yang pelik ketika orang mengerjakan umrah atau haji...
Adakah saya mengalaminya?
Ya. Saya mengalaminya.
Mendapat balasan secara "cash" itu pun selalu kita dengar... 
Ya, dan saya mengalaminya juga.

1. Saya akui, saya seorang yang kurang sabar. Alhamdulillah, saya dikurniakan Allah suami yang sangat penyabar. Dan sekiranya begitulah kita di tanah air, begitu jugalah kita di sana...
Ketika di Makkah, saya akan memastikan saya bersiap awal untuk ke Masjid...
Jika berjanji pukul 12, pukul 12 lah saya bersiap...dan saya selalu "terpaksa" menunggu bang badang...sekali lambat, saya masih bersabar, dua kali lambat, masih saya sabar. Kali ketiga lambat, saya mula tidak sabar. 
Padahal bukan lambat sangat pun...dalam 5 hingga 10 minit ajer...
"Ayah ni, asyik lambat ajer...selalu mama kena tunggu...susah tau nanti sampai masjid lambat. Nanti cepatlah sikit," suatu hari saya merungut-rungut kepada bang badang ketika dalam perjalanan balik dari Masjid. 
"Ok" kata bang badang sambil tersenyum...Memang begitulah dia. 


Dan...sewaktu hendak bersolat maghrib...seperti biasa, saya sudah bersiap awal. Saya SMS bang badang "Mama siap dulu, Ayah lambat lagi". 
Sebentar lagi bang badang turun. 
"Sori, ayah lambat. Jom," katanya sambil tersenyum...
"Memang" kata saya.
Dan...
setelah 5 dan 6 langkah keluar hotel, perut saya sakit.
"Alaaa, orang sakit perut...tak tahan ni, tetiba ajer," kata saya.
"Pergilah toilet, ayah tunggu." Dan kami berpatah balik...
Dan bang badang pula menunggu saya....dan kali ini Saya yang Lambat...dan saya masih tidak sedar...

Esoknya...untuk solat subuh, saya sudah bersiap awal tetapi setelah turun ke lobi...saya  terbuang angin pula...dan terpaksa ke bilik semula untuk berwuduk...
Lihat! Saya lambat lagi...
dan seperti biasa...bang badang menunggu dengan sabar...
Dan waktu subuh itu, 
dalam perjalanan ke masjid, saya menangis dan minta maaf dengan bang badang...
"Tak apa...bukan susah pun tunggu," katanya...
dan saya menangis lagi ketika solat subuh...
"Allah marah saya marah suami saya"... 
Allah Hu Akbar!
Ini sewaktu umrah...Ada karpet...
Jika waktu haji...karpet digulung...

Wednesday, October 10, 2012

Imam Masjidil Haram teresak-esak

Selesai melakukan lontaran di jamrah kami pulang ke Makkah untuk menyempurnkan tawaf dan saie haji.
Pada malam itu, kami bersiap untuk mengerjakan tawaf dan saie, tetapi menurut teman yang baru pulang dari tawaf, laluan ke dataran kaabah ditutup...polis melarang jemaah masuk kerana terlalu sesak...
Akhirnya kami bertawaf pada keesokkan harinya selepas subuh...
Ketika itu untuk masuk ke dataran kaabah memang padat...
Subhanallah...memang padat...
Untuk menyelit pun agak payah...
Ya Allah, permudahkan urusan kami ya Allah
Alhamdulillah...
Usai menyempurnakan tawaf dan saie haji...
Sempurnalah semuanya...Insyaallah. 
Masjidil Haram!!!
Malam sehari sebelum kami meninggalkan Makkah, sewaktu berjemaah Isya...
Imam yang mengimamkan kami menangis teresak-esak...
Dan inilah pertama kalinya kak gerau mendengar Imam masjidil haram teresak-esak di dalam bacaannya. 
Kalau sebelum ini saya hanya mendengarnya melalui Youtube...tetapi kali ini benar-benar mendengarnya secara langsung....
Subhanallah
...dan jemaah turut menangis...
Masjidil Haram, Semakin lengang 

Keesokkannya, selepas zuhur, semua jemaah kumpulan kami  mengerjakan tawaf Wada'. 
Dan hanya Allah sahaja yang tahu...
bagaimana rasanya apabila...
Allah memberi peluang untuk saya melambaikan tangan...
dan mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah hanya dari kawasan saie...
Melambai dengan hati yang sangat sayu...dengan air mata mengiringi perpisahan...

Ya Allah moga ziarah ku ini bukanlah ziarah dan lambaianku yang terakhir...
Namun, jika ini adalah ziarahku yang terakhir, aku mohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan-Mu 
Ya Allah.

 Melambai dari kawasan saie...perasaan pilu yang sukar untuk diungkapkan...
Tentunya rasanya lain daripada yang dapat mengerjakan tawaf wada'
Allah hu Akbar
 Ketika meninggalkan Makkah, jemaah haji di Makkah sudah mula berkurangan...
Semua jemaah haji dari pelbagai negara yang berbaki di Makkah yang tinggal berdekatan dengan hotel kami menunggu di luar hotel, berdiri berbaris melambaikan tangan kepada kami...
Sedih betul rasanya....
Kami kemudiannya berangkat ke Madinatul Hujjaj Jeddah.
 Di sinilah persinggahan sementara sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Sebelum bertolak ke sini, ketika di dalam bas, hairannya manusia sudah mula menunjukkan sikap yang sebenar...
Kalau sewaktu dalam ihram, tahap kesabarannya tinggi, namun, sedihnya ketika dalam bas untuk ke sini, ada pak haji sudah mula menunjukkan keupayaan pic tinggi suaranya...
Menengking-nengking orang, hanya untuk menyuruh jemaah lain mengalihkan beg.
Oh, hebat rupanya haji ini.
Tinggi betul pic suaranya! 
Disebabkan asrama ini hanya digunakan setahun sekali...keadaannya kurang terurus, tetapi alhamdulillah...
Mungkin ini yang terbaik untuk kami. 

Sunday, October 7, 2012

Jamrah: Nenek Pegang isteri saya

Maktab kami diarahkan untuk melontar di Jamratul Aqabah pada waktu malam...
Itulah jadual yang dikeluarkan oleh Pihak Arab Saudi bagi rakyat Malaysia.
Oleh sebab ini adalah lontaran yang pertama, kami mengikut arahan Tabung Haji. 
Namun ada jemaah yang pergi awal kerana merebut waktu afdhal, pegawai tabung haji mengingatkan kepada sesiapa yang pergi awal perlu menanggung risiko sendiri kerana walaupun waktu afdhal,waktu inilah jutaan jemaah dari negara lain berpusu-pusu ke jamrat...
Waktu pagi hingga tengahari paling ramai.
Terowong muazzim.
Dan faham-faham ajerlaaa sebab jemaah negara lain ini dia tak kisah...janji selesai haji, aktiviti himpit-menghimpitdan rempuh-merempuh adalah aktiviti biasa...
Gambar atas tu adalah terowong muazzim.
Tidak begitu padat kerana waktu itu malam. Semua tentu sudah maklum...terowong muazzim sekarang ada 2 arah, Arah pergi dan arah balik. Jadi, hal ini membuatkan jemaah yang pergi tidak bertembung dengan jemaah yang balik dari melontar...
Lebih selamat...Insyaallah. 
Salah seorang jemaah haji yang dalam kumpulan kami adalah jururawat yang pernah bertugas ketika tragedi rempuhan di terowong ini yang menyebabkan beribu jemaah meninggal  pada 1990...
Dan beliau masih trauma lagi dengan tragedi itu.
Ketika melontar...boleh melontar depan-depan...alhamdulillah.
Semasa kak gerau nak ke jamrat, 6 orang  rakan jemaah perempuan yang tidak datang bersama suami atau saudara lelaki minta izin daripada kak gerau dan bang badang untuk pergi bersama -sama...

"Ada orang lelaki, tak bimbang sangat" katanya...
Kira cam ketua darjah lak bang badang...
he he he
Kumpulan kami
Ketika berjalan, kak gerau akan pegang tangan bang badang, takut terlepas dan sesat. Sesekali bang badang toleh ke belakang...
"Ma...pastikan semua ada dalam kumpulan, kesian pulak kalau terpisah"
Dan setiap hari nak pergi melontar, memang kak gerau ajak mereka...
Mereka pun, sikit-sikit tanya..."Nak pergi cakap yer dik". Nak pergi cakap kat achik yer"
Yer...laaa....yer laaa....
Sat lagi...lepas satu jam tanya lagi...
Kalau kak gerau bangun nak lurus-luruskan badan atau bangun nak ke tandas pun diaorang tanya...
"Dah nak pergi ke?"
he he he
Takut sangat kena tinggal...
Dan...
Dan sebenarnya seronok sangat dapat jalan bersama-sama.
Kami pun jadi rapat.
Luas dan besar kan jamrah...Sekarang jamrah 5 tingkat..ini tingkat 2 rasanya...lupa pulak
Dan...
pada hari pertama, hendak melontar juga  tiba-tiba seorang nenek entah mana datangnya yang berloghat Kelantan berumur 80 lebih tiba-tiba pegang baju bang badang.
Dia cakap sesuatu kat bang badang.
Bang badang telinganya memang mesra kelantan sebab rakan-rakannya banyak kelantan.
Kak gerau tak berapa nak faham lenggok kelantan...
Lagipun orang tua cakap kan kekadang tak berapa terang...
Ceh ceh ceh...
sebenarnya telinga kak gerau yang bermasalah...
he he he
Bang badang terus cakap kat nenek tu.
"Nenek pegang isteri saya yer...pegang kuat-kuat..."
"Nenek ni takut sesat...dia suruh ayah jaga dia. Ma pegang dia...jangan lepas kan dia" kata bang badang tanpa sempat kak gerau apa-apa..
Kak gerau pun angguk ajer laaa...
Nenek tu terus pegang tangan kak gerau kuat-kuat...KUAT-KUAT betul-betullll KUAT uuu...
he he he...
Masa melontar bang badang kirakan batu nenek tu dan kasi dia sebiji-sebiji suruh dia lontar...setiap kali kasi batu,bang badang cakap kua-kuat  kat dia..
"Satu" "dua" sampai "tujuh" supaya dia rasa yakin..
Jealous I tau...
Kak gerau pun suruh bang badang buat macam tu kat kak gerau....
ha ha ha...
tak der laaa
Sebab tangan kak gerau dah berbekas dek pegangan nenek tu, waktu balik kak gerau suruh dia pegang telekung kak gerau...
Dan KUAT jugak dia pegang, sampai senget badan kak gerau...
Memang nenek tu kuat. Sedangkan dia dah bongkok 4 dah.
Masa balik Kak gerau dah mengah...
Nenek tu mengah sikit jerrr.
Hari kedua, kami tak jumpa nenek tu...Ada juga cari tapi tak jumpa.
yerrrr...kita cari laaa...tapi dia tak ader dalam khemah masa kita nak pi melontar.
Kedudukan jamratul aqabah...paling hujung.
Pada hari pertama melontar, jamrah Ula dan jamrah Wusta akan dikepung dengan tali penghadang belang-belang merah sebab ada insiden jemaah terlontar kat jamrah tu pada hari pertama.
Seronok sangat rasanya berjalan ramai-ramai...
Pada hari pertama melontar, perjalanan kami di ketuai oleh mutawiff yang membawa sepanduk no 78. 
Tak sampai 10 minit berjalan dari khemah...sepanduk hilang entah ke mana,
 Bayang no 78 pun tak dak! Orang yang bawa sepanduk tu jalan laju stage 4...
Kesian jemaah yang tua...lintang-pukang mengejar...
Hari yang berikutnya kami pergi sendiri.

Ini adalah hari terakhir melontar...jadi jemaah tak ramai. Beginilah laluan ke jamrah...Luas dan selesa tidak bersesak.
Bangunan tepi-tepi tu adalah hotel orang VVVIP...very important uuu...
Kita yang tak berapa important ni...jalan ajerlah sejauh agak-agak 2.8 km sehala...
Tak aperlah tak important di dunia...mudah-mudahan kita important di akhirat...Insyaallah.
Yang bayar mahal juga khemahnya dekat sahaja dengan tempat melontar. 
Yang muassassah jauhlah sikit...
Mula-mula terasa jugak jauhnya, selepas hari kedua, tidak terasa dah...malah rasa seronok sangat.Tak dapat nak gambarkan bagaimana seronoknya...
Jamrah sekarang 5 tingkat...yer...5. 
Sangat luas dan selesa...tak payah berasak-asak...
Escalator pun ada tetapi berhati-hati...macam kak gerau cakap laa...jemaah warga emas selalu menjadi ujian kita ketika menaiki escalator
Menuju ke bangunan jamrah di tingkat bawah.
Polis yang senantiasa berjaga di jamrah..diaorang ni suka kalau kita ambil gambar.
Hari terakhir...suasana matahari terbit di jamrah....cantik sangat...sayu pulak rasa meninggalkan jamrah.
Setelah melontar di jamratul aqabah, dan bercukur...gugurlah 10 larangan ihram...melainkan 3 lagi larangan.

Di sepanjang laluan ke jamrah, ada kemudahan station bas untuk ke Makkah, tandas, jualan makanan, seperti restoran fast food, dan perkhidmatan bercukur...peminta sedekah warga afrika pun banyak...budak kecik kebanyakkannya...dan berpura-pura kudung...
Mana saya tahu? 
sebab saya nampak, kekadang kudung, kekadang bertangan, kekadang tangan dalam baju, kekadang di luar baju...
he he he...
tapi kalau nak bagi sedekah juga...terpulang kepada masing-masing...
Perjalanan pulang ke Khemah di Mina...
Untuk jalan pulang...berhati-hati sebab ramai yang sesat terus ke Makkah...Sedangkan kita hendak ke khemah di Mina...
Ketika di Jamrah 2 kali hujan...tapi tak berapa lebat...
Hujan air batu lagi...tapi kak gerau tak sempat mengalami pengalaman tu...masa hujan air batu tu, kak gerau dah sampai ke khemah di Mina.

Friday, October 5, 2012

Eksklusif dari Mina: Salah khemah

Di Mina.
Khemah di bahagi-bahagikan mengikut Negara dan Maktab...Yang penting ingat no Maktab...
Dalam satu maktab mungkin ada beratus khemah...
Khemah kak gerau selang 2 khemah dengan bang badang...
Khemah di Mina ni ada lambang lagi...lambang telefon ,buku, pen dan macam-macam lagi...
Tak ingat pulak khemah kak gerau lambang apa...
Lambang ni bertujuan supaya jemaah ingat khemah mereka kat mana sebab kat sini, khemah  terlalu banyak dan sama ajer...
Peratus nak sesat adalah 80 %....
Eh, gelak pulak...yerrrr

Kak gerau pernah sekali pergi bilik air, balik sesat...menjajor ke hulu ke hilir bawak kole letak ubat gigi ke khemah maktab lain...Amik kooo...
he he he...
Nak bertanya malu...
tu laaa malu bertanyakan sesat jalan...tapi rasanya boleh survive, sebab tu tak tanya lagi...
Tapi kalau sesat, pergi jalan keluar pintu utama...Tengok kat pintu besar tu. 
Ada tulis no maktab... 
Ehhhh, jangan gelak...memang ramai yang sesat...memang sama ajer khemahnya putih ajer...dekat-dekat pulak tu...Yang paling ramai sesat ialah mak cik-mak cik dengan pak cik-pakcik...
Ada tu, tak alih-alih masuk dalam khemah duduk releks ajer, bertegur sapa...dah bersembang baru tahu, salah khemah...
he he he...kelakar pulak...
Kak gerau beberapa kali hantar mak cik balik khemah mereka...yang payahnya mereka tak tahu, khemah mereka lambang apa...
pening gakkk...
last-last antar diaorang kat pegawai petugas tabung haji...

Keadaan dalam khemah kami agak sesak, tidak seperti yang mengikut pakej. Kami juga tiada tilam.... Kami tidur hanya beralaskan tikar ihsan Pusat Zakat Selangor.
Tapi alhamdulillah...tak terasa payah...
Dan kebanyakan kami hanya menggunakan beg sebagai bantal...dan sebab itulah kak gerau bawa bantal busuk.
Sesiapa yang mengikut muassasah, bawalah bantal busuk...

Kak gerau tak berasa kisah khemah agak sesak, asalkan ada aircond...
Iyalah, kak gerau kan comel macam beruang khutub yang banyak lapisan lemak, jadi kak gerau sangat suka apabila ada aircond. 
Berlainan pula dengan warga emas yang tak tahan aircond. 
Kekadang mereka tutup aircond...tension jugak...tetapi ...sabar ajerlah.
 Makanan di Mina sedapppp...tapi sebab kak gerau baru baik sakit perut, risau jugak nak makan banyak....Mentang-mentanglah ada blog makan-makan kan...jadi gambar ini eksklusif diambil bersesuaian dengan imej blog saya...he he he...Dalam blog lain mesti tak ada...ki ki ki...
Atas tu gambar bekalan makanan kat Mina...
Banyak!!!
Memang dah sinonim dengan masak, makan, makan, masak...Dapur utama maktab 78 terletak berdekatan dengan khemah kak gerau...
Inilah dapurnya...selalunya lepas balik dari jamrah...memang kak gerau berhenti agak lama sekejap tengok tukang masak ni masak...he he he 
Terbeliak mata tengok dapur dia...periuknya besor gileerrr
dan hari ini nampaknya lauk ikan gelamaa...
kat sana kalau dapat makan ikan, rasa bangga cam dapat Cincin Barliannn...
Sukaaaa sangat.
Sepanjang lorong antara khemah-khemah disediakan tersedia peti sejuk macam kat seven E...kira-kira 4 buah peti sejuk besor tu yang diisi penuh dengan air mineral...
Banyak sungguh kemudahan...
Alhamdulillah. 
Kat Mina ni best sangat...cuma masalahnya tandas...dan kat tandas selalu berlaku adegan-adegan drama melayu...iaitu adegan sindir-menyindir...
Hmmmm...kat sini pun diaorang macam tu...
Sebenornya, kak gerau pun kena...he he he
Sebenornya, kita dinasihatkan tidak selalu mandi di Mina.
Alaaa kak gerau dari Arafah, Mudzalifah tak mandi...jadi bila dapat toilet kat Mina, dapat peluang masuk tandas, jiruslah segayung dua kat kepala...air pun tak rata kat badan..
Bila keluar tandas, bila nampak kita pegang baju yang menandakan kita sudah salin baju, ada yang cakap " Ini mesti mandi ni...tak faham ke mandi tak boleh?"
Kak gerau senyum ajer...
Walaupun terasa bengkek gak...he he he
Kat sini...memang Q panjang dan lama untuk ke tandas...jadi, pandai-pandailah cari waktu yang sesuai untuk ke tandas...kat sini, nak buang air kena buat dan ikut jadual sendiri supaya tak tercicir semasa tunggu giliran...
Kalau time orang pi melontar, masa ni lah tandas tak ader orang...
Satu lagi kalau jemaah pakej balik ke Makkah untuk membuat Nafar awal.

Kebanyakan jemaah muassasah atau pakej dari tabung haji dinasihatkan agar tidak balik ke Makkah untuk membuat Nafar awal demi keselamatan. Kerana ketika ini, jemaah dari Negara lain akan berpusu-pusu ke Makkah bertawaf rukun...pihak tabung haji risau berlaku rempuhan dan asakan daripada jemaah haji negara lain yang berbadan besar.
Pada pandangan kak gerau, baiklah kita ikut nasihat tabung haji...kalau tengok jemaah bertawaf ketika itu... Subhanaallah.
Padat dan sesak...

Thursday, October 4, 2012

Berbumbungkan langit Mudzalifah

Bagi kak gerau, antara cabaran yang paling besar ketika mengerjakan haji, adalah ketika di Mudzalifah...
Selepas maghrib, kami bertolak dari Arafah ke Mudzalifah...sebelum bertolak, kak gerau agak lemah sebab buang-buang air...lepas makan ubat, redalah sikit...
Dari Arafah ke Mudzalifah dekat sahaja. Alhamdulillah saya dapat duduk di dalam bas...
Saya tak berapa ingat berapa minit dari Arafah ke Mudzalifah...tetapi memang dekat...
Setelah sampai kami duduk di kawasan maktab 78 yang telah ditetapkan...
Kami memilih untuk duduk berdekatan dengan tandas...
Beginilah keadaan di Mudzalifah...
 Di sini, di Mudzalifah, kita dapat merasakan bahawa hamba Allah adalah sama, kaya, miskin, kuat, lemah, semuanya sama di sisi Allah...
Ketika sampai, pemandangan ketika itu, tiada apa-apa...yang ada hanyalah bukit-bukit batu, dan lautan manusia yang memakai pakaian berwarna putih. Berbumbungkan langit dan berlantaikan tikar yang dihampar di atas tanah mudzalifah yang berbatu-batu...
 Memungut batu - pastikan batu yang dipungut adalah anak-anak batu...bukan atok batu...dan berhati-hati, kekadang yang dipungut bukanlah batu tetapi seperti serpihan simen yang apabila diketuk akan berderai...
Dengar-dengar katanya tahi unta dan kibas pun ada...tak tahulah betul atau tidak...
Kebanyakan gambar yang diambil di mudzalifah memang ada seperti bintik-bintik air. Mungkin hal ini disebabkan mudzalifah adalah tanah lapang yang luas yang tiada pokok. Cuba perhatikan gambar 1, 2 dan 3 yang paling banyak.
Selain berdoa dan membaca al-Quran, kebanyakan jemaah akan tidur di sini kerana keletihan disebabkan di Arafah juga mereka tidak tidur. 
Disebabkan badan sudah masuk angin dan sakit-sakit, kak gerau tak dapat melelapkan mata pun...
Hal ini menyebabkan keletihan semakin bertambah...
Disebabkan kak gerau agak lemah, bang badanglah  yang memungut batu. 
Sebab jemaah yang terlalu ramai, agak payah juga untuk memungut batu...

Perut terasa lapar tetapi nak makan pun takut...bimbang kalau buang air lagi.
Kak gerau hanya minum air zam-zam sahaja. 
Selepas bermabit di mudzalifah, dan sesudah boleh meninggalkan mudzalifah, bas-bas untuk mengangkut jemaah ke Mina mula berpusu-pusu datang. 

Masa inilah pelbagai kejadian yang kak gerau nampak.
Dalam keadaan jemaah yang sesak, keletihan, banyak jemaah yang mula marah-marah. Terutama apabila bas lambat sampai. 
Petugas tabung haji juga marah-marah...
Kami terpaksa beratur selama 2 jam untuk menunggu giliran menaiki bas...
Waktu ini, kak gerau berserah sahaja kepada Allah, dengan keadaan yang letih dan kurang sihat...kak gerau berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk meneruskan jihad...
Alhamdulillah, kami dapat menaiki bas dan meninggalkan mudzalifah ketika hampir subuh...dan kami tidak sempat bersolat subuh di mudzalifah....tetapi bersolat subuh di Mina.
Alhamdulillah.

Yang kak gerau dengar, dua orang jemaah lelaki  yang telah berusia telah meninggalkan Mudzalifah dengan berjalan kaki sahaja untuk ke Mina...
dan mereka tidak sampai-sampai ke Mina, sehingga waktu zuhor.
Akhirnya mereka ditemui di terowong menuju ke Makkah dalam keadaan keletihan yang teramat sangat dan tidak terurus...
Alhamdulillah...mereka selamat...

Tuesday, October 2, 2012

Tandas di Arafah...

Perjalanan kami ke Arafah tidak menghadapi sebarang masalah...Alhamdulillah. 
Kami sampai seperti pada waktu yang dijangkakan...
Dengarnya, bersama kami ada rombongan yang sesat juga...
Hal ini disebabkan, sewaktu musim haji, pemandu bas bukanlah orang Makkah. Kebanyakan mereka dari daerah lain yang tidak begitu biasa dengan jalan-jalan di Makkah...
Berdoalah sahaja agar pemandu bas itu tahu jalan ke Arafah. 
 Beginilah khemah-khemah di Arafah...
Ini khemah lelaki.
Keadaannya sangat bersih dan selesa...
Sebaik sahaja kami sampai, kami diberikan dengan makanan seperti maggie, air kotak, biskut, roti, dan sebagainya...
Kebanyakan jemaah haji dari negara lain, tidak dibekalkan dengan makanan. Untuk makan, mereka perlu membawa bekalan sendiri...
Alhamdulillah beruntungnya kita kerana di bawah kelolaan muassasah tabung haji.
Tong merah itu adalah tong yang berisi air mineral.
 Khemah wanita.
Wah, wah, gembiranya Hajah tu...
 Ini khemah kak gerau.
 Di Arafah, tandasnya banyak...jadi, tidak menjadi suatu masalah. Kalau hendak ambil wuduk atau ke tandas, pergilah awal sikit. Janganlah sudah dekat masuk waktu solat baru hendak ke tandas...sudah tentu waktu tu, banyak orang ke tandas.
Tandas di arafah, mudzalifah dan mina tak payah flush...Lepas melepaskan hajat, jirus ajer air...lubang tandasnya terus ke dalam tanah.
Senang!
Semua sedang menunggu waktu afdal wukuf...berada di kawasan yang tidak berbumbung...kerana ...
kerana...
Ketika ini, Allah turun ke langit Arafah...untuk mendengar ungkapan dan keluhan hati hamba-hambanya, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. 
Allah berfirman:
"Lihatlah kepada hambaKu di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang ke sini dari penjuru dunia, Mereka datang memohon rahmatKu sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azabKu...sekalipun mereka tidak melihat Aku...
Subhanallah.
Sayu sangat rasanya ketika ini...
Pada ketika ini, Allah menguji kak gerau...
Perut kak gerau sakit...
Mungkin kerana terlalu banyak minum air kotak perisa oren...perut kak gerau memang agak sensitif, terutama dengan minuman yang masam-masam..
tetapi disebabkan cuaca terik, kak gerau lupa dan minum juga air oren banyak-banyak...
Hanya pada Allah kak gerau berserah agar sakit perut berkurangan...
Disebabkan sudah beberapa kali buang air, kak gerau berasa sangat letih, tetapi alhamdulillah, Allah masih beri keupayaan untuk berdoa dan memohon ampun kepadaNya.

Semua mencari port masing-masing untuk berdoa dan bersendirian merintih dan memohon kepadaNYa. Kebanyakan pada waktu ini, suami isteri akan "berdating" bersama-sama memohon rahmat dari Allah. 
Keadaan di dalam khemah lelaki

Sunday, September 30, 2012

Jemaah Turki dan Pokok Berjalan

Ketika di sana, saya sering melihat gelagat jemaah Turki...
Yang perempuan, selalu menyelitkan daun-daun pokok di tudung mereka sebagai pengenalan. Dari jauh cam pokok berjalan...he he he...betulll.

Jemaah dari Turki ini kebanyakkannya berbadan besar dan tegap...
kak gerau besor gak, tapi besor bengkak...kalau dilanggar, harus akak berpusing 360 darjah. 
Mereka ini, kalau terlanggar kita, kita yang terhoyong-hayang, tetapi mereka steady ajer...
Mereka juga agak kasar, tak macam orang Malaysia yang agak penakut, lembik, lemah lembut...

Dan kebanyakan mereka (perempuan) takut untuk menaiki escalator.
Berhati-hati kalau mereka berada  di hadapan, mereka tidak tahu untuk menapak apabila sudah tiba di atas atau di bawah...banyak kali insiden, mereka jatuh di depan kita...dan kita juga hampir tersungkur kerana mereka...

Dalam hati selalu berasa cuak dengan mereka...
Kalau nampak gerombolan mereka, kak gerau cepat-cepat berjalan menjauhi mereka.

Suatu hari, sedang kak gerau berjalan antara safa dan marwah. 
Masa tu, kak gerau berjalan di hadapan bang badang...
bang badang jalan lambat sikit...
kita kan selalu jalan shopping kan...
jadi cepat sikit...he he he...

Ketika dalam pusingan ke 4...
Sedang kak gerau berjalan sambil membaca doa melalui buku doa, tetiba ada orang memeluk bahu kak gerau dari belakang dan berjalan beriringan dengan kak gerau...
dalam hati cakap, "Sapa pulak laa ni" 
Kak gerau pun toleh ke kanan, 
yang kak gerau nampak adalah daun-daun pokok yang banyak...

Allah,!!!
dan perempuan yang berdaun pokok itu memeluk bahu kiri kak gerau dengan kuat sambil tersenyum...sambil tu dia menepuk-nepuk bahu kak gerau...
Punyalah kuat dia peluk, sampai susah nak jalan....lama pulak tu...sepanjang jalan ke marawah laaa rasanya....lepas tu, 2 orang lagi datang jalan beriring dengan kak gerau sambil mengucup-ngucup  jari mereka seraya berkata " masyaallah, masyalllah."
Macam gembira sangat laaaa dapat jumpa kak gerau....
he he he...

Lepas 10 minit gitew...dia melambaikan tangan dan meninggalkan kak gerau...
Bang badang usik kak gerau...
"Jumpa sedara ke" 
he he he....
tu laaa...berburuk sangka dengan orang....
Allah tunjukkan...
kau buruk sangka dengan orang, orang tu peluk kooooo...
lepas tu...terus insaf...he he he
Saie di tingkat bawah...lebih padat.

Jemaah dari pelbagai negara akan memakai pelbagai benda di baju mereka atau untuk dipegang, sebagai pengenalan kumpulan mereka...geli hati pun ada...
Tapi senyum ajer laa...tak berani nak cakap apa-apa...
Ada tu, yang ketuanya pegang  feather duster tinggi-tinggi macam kat bawah ni dan jemaah kumpulan mereka akan ikut mana arah feather duster tu...he he he

Kalau jemaah Indonesia, suka letak bunga matahari besar-besar kat telekung....
Bersaie di tingkat 1
Berhenti sekejap di tepi antara safa marwah...meneguk zam-zam, cuci muka, meletakkan air pada kaki jika kaki lenguh sambil memohon pada Allah, agar dapat menyempurnakan ibadat tanpa sakit...

Tuesday, September 25, 2012

Malaysia, Dalca free, Makkah, dalca beli...

Di Mekah, kami daripada Maktab 78, menginap di Hotel Burj Ghandura... Hotel kami terletak kira-kira 700 meter dari Masjidil Haram...
Pada mulanya terasa agak jauh...apatah lagi, ketika buat umrah dahulu, jarak hotel dengan Masjidil Haram hanya 200 meter. 
Tetapi alhamdulillah, setelah beberapa hari di sana, tidak terasa kejauhan itu...Apatah lagi apabila memikirkan ada jemaah dari Indonesia terpaksa tinggal di hotel sejauh 2 hingga 8 km dari Masjidil Haram...
Bersyukurlah....
 Di hotel ini kak gerau tinggal 4 orang sebilik...alhamdulillah...selesa....bilik air pun di dalam bilik...Ber"bath tub" lagi...he he he...tapi, bath tub tu kami gunakan untuk duduk sambil membasuh kain... bukan untuk berendam-rendam...
Kak gerau tinggal di tingkat 2. 
Bilik kak gerau berhadapan sahaja dengan bilik bang badang...
Kalau nak ke masjid...main ketuk-ketuk pintu jer...he he he

Hotel kami ini berdekatan dengan terowong laluan bas. Untuk lebih dekat ke Masjidil haram, kami akan melalui terowong ni...Cuma apabila melalui terowong ini, kami terpaksa menghidu asap bas...oleh itu, biasanya, kami akan menggunakan penutup hidung dan mulut ketika melaluinya...
Jika melalui laluan ini, kami akan keluar di tepi tangga berdekatan hotel Grand Zam-Zam Hotel (kalau tak silap)
Di laluan terowong ini juga ada tandas yang besar dan sangat bersih...
Biasanya memang kami melalui laluan ini kerana kurang sesak jika dibandingkan dengan laluan utama yang akan melalui tepi hilton hotel Makkah.
Kalau ikut laluan utama, atau jalan biasa, kami akan melalui laluan ini. Laluan ini amat-amat, amat sesak kalau selepas waktu solat...Jika kami duduk di masjid dan menunggu setengah jam atau 45 , barulah laluan ini reda daripada jemaah.
Apabila di dalam keadaan sesak, kak gerau hanya memegang bang badang dari belakang, dan mengikut arus manusia...tak payah berjalan....orang belakang akan menyorong kita untuk ke hadapan....
Gambar di bawah ini diambil ketika sudah mengerjakan haji...banyak jemaah dari Pakistan ,India, dan Turki mula pulang ke kampung halaman...jadi laluan kurang sesak.
Laluan tepi hotel Jam besar tu...Tepi Grand Zam-zam hotel...(kalau tak silap laaa)..ini semua hotel orang-orang kaya...kak gerau mampu lalu ajer...
 Ini van yang hantar makanan kepada jemaah hotel kami. Makanannya pun alhamdulillah. Disebabkan kami rombongan muassasah, makanan kami di pek-pek kan...
Makanan sejuk? Tak ada lah...makanan senantiasa panas, kerana di kafeteria tu ada tempat menyimpan makanan supaya senantiasa panas...Macam oven, besar sangat...kalau nak ambil makanan, baru pekerja menjaga makanan tu keluarkan daripada oven tu....

Setiap hari, kami akan melalui farmasi ini...
 Pek yang kami terima daripada LTH...Alhamdulillah...mungkin kak gerau ni spesis tak cerewet...apa yang diberi semua kak gerau tibai dengan berselera....Yang paling best adalah buah-buahnya. Sangat segar...
 Hari ini makan nasi beryani...lauk kurma...dengan sayur campur....Alhamdulillah. Kebiasaannya, kalau di makkah, jemaah haji muassasah, tidak disediakan dengan sarapan ...Tetapi di kafeteria, ada dijual pelbagai jenis makanan. Contohnya kuih-muih seperti talam, seri muka, kuih lopis, cokodok, bihun goreng, mee goreng,  nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, sandwich dan macam-macam...
beli ajer...air panas disediakan...
 Kalau teringin makanan luar, kak gerau akan beli kebab atau roti canai...
Tetapi di sana, rotinya free atau dijual murah...
Kuahnya pula mesti dibeli asing...
Dan jangan marah, kalau beli roti canai tak dapat dalcanya seperti kat sini yer.
Dan harga kuahnya lebih mahal...tak silap, kuah dalcanya saja harganya 6 Riyal. Kalau yang berdaging cincang, harganya 8 riyal...jika tidak silap...