Pages

Saturday, November 22, 2008

Sentuhan Hafalan Shalat Delisa (Babak 2)

Malam itu, usai melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, aku terus ke arah tempat aku meletakkan beg tangan warna perang aku petang tadi.Beg tangan perang itu aku buka. Aku seluk tangan aku ke dalamnya. Sebuah novel setebal 270 halaman aku tarik keluar. Novel yang sudah diulang cetak sebanyak 6 kali itu kudakap di dada. Sambil melangkah perlahan aku menapak satu demi satu anak tangga menuju ke kamar. Kamar yang akan menyaksikan aku menghayati Hafalan Shalat Delisa. Aku melabuhkan badanku ke katil kamar .Sambil meniarap, kulit depan novel itu kubelek dan amati.Kemudian jari-jari berkulit keras aku membalikkan novel itu untuk aku amati kulit belakangnya pula.Setelah puas menelek dan meneliti bahagian tersebut,dengan kalimah basmalah aku mula membuka halamannya yang pertama. Shalat Lebih baik dari Tidur. Itulah tajuk bab pertama dalam novel yang mengambil latar lokasi Lhok Nga, Acheh itu.Tajuk itu sahaja sudah memberikan bayangan pada diri aku bahawa,pada babak-babak yang seterusnya, nashkah ini akan membawa aku meneroka alam kerohanian, yang tidak tertanding. Ternyata sekali, Hafalan Shalat Delisa, membuat hatiku tersentuh dengan watak Delisa, anak berusia 6 tahun, yang berusaha menghafal bacaan solatnya.Kegigihannya menghafal bacaan solat tidak pernah luntur meskipun seluruh orang yang dicintainya dibawa gulungan ombak tsunami.Ketulusan dan keikhlasan anak ini akhirnya telah membawa dia kembali menemui umminya di alam yang akan dikunjungi hanya oleh makhluk ciptaan Allah yang senantiasa ikhlas berbuat sesesuatu kerana Allah.

3 comments:

  1. kak ai, kita pun tgh baca buku indonesia lah, rindu andalusia - pasal kejatuhan kerajaan islam kat spain. mcm best je :)

    ReplyDelete
  2. ye ke, novel indon memang syiok. Sekarang kita tengah baca Ketupat Cinta Faisal Tehrani.Sampai biru mata baca.

    ReplyDelete
  3. Salam kak. korek2 entry akak :) baca2 gelak. pandai betul akak mengarang. last2 sampai kat entry ni. :) sekarang ni ada filem hafalan shalat delisa. Tengok dari 1st part pun dah meleleh2 air mata syahdu. tak sanggup nak abeskan tengok. T.T kita tengok on9 je.

    ReplyDelete