Lama benar nampaknya kak gerau tak
Mungkin ini petanda, kak gerau perlu berundur diri buat seketika...
Moga pengunduran sementara ini, membawa manfaat kepada kak gerau dan semua rakan-rakan blog.
Tentu sekali kak gerau akan merindui kalian semua.
InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.
Maaf kak gerau pinta dari hujung rambut hingga ke hujung tumit jika dalam bicara dan gurauan kak gerau di sesawang ini pernah mengguris hati kalian.
Semua yang buruk itu adalah daripada kak gerau insan yang lemah dan yang baik itu, semuanya daripada Allah.
Kak gerau mohon rakan-rakan semua mendoakan yang terbaik untuk kak gerau...Moga apa yang kak gerau akan lakukan ini mendapat keberkatan, kerahmatan, dan kecintaan daripada Allah S.W.T .InsyaAllah...Inilah Permata-permata hati kak gerau yang juga akan kak gerau tinggalkan buat seketika...
Nur Izzati
Nur Farisah
Ahmad Nabil Amsyar (bantal peluk mama dan ayah)
Kalian adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat mama dan ayah.
Pesanan mama,
Jadilah kalian anak-anak yang berakhlak mulia seperti Rasulullah. InsyaAllah anak-anak akan dicintai Allah.
Untuk kak long, mama amanahkan kak long untuk menjaga adik-adik buat seketika. Mama tahu, amanah ini berat untuk dipikul oleh kak long, tapi, percayalah apa yang kak long lakukan ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.Mama doakan moga anak-anak mama senantiasa berada di dalam perlindungan dan peliharaan Allah. Amin...
Kak Gerau pegi haji ye dgn Bang Badang? Kalau ye, saya doakan yg kesihatan optimum dan kesempurnaan ibadah buat kak gerau dan bang badang ye, Insya-ALLAH.. doakan saya abis belajau yek.. isk!
ReplyDeleteInsyaAllah...kak gerau doakan semua akan berjaya mendapat apa yang dihajatkan.
ReplyDeleteSelamat berangkat, muga mendapat haji yang mabrur buat kak gerau dan bang badang... Insyaallah semua urusan akan dipermudahkan. Amin..
ReplyDeletebunyi dah macam ustazah bahiyah...
ReplyDeleteheh!
selamat kak.....
Will miss Ur jokes kak! Seriously, I like reading ur posts...make me laugh n happy..;)
ReplyDeleteTake care of urself there...
kisahnya akak nak g aji... mudah2an segala urusan dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrurrrr.. aminnn... sampaikan salam buat Rasullullah kak yer..
ReplyDeletesalam gerau, smoga gerau dan suami selamt dlm perjalanan, dpt melakukan ibadah dgn baik, juga diberikan kesihatan yg baik dan mendapat haji yg mabrur.. doa2kan ya agar kita org yg tak berpeluang lg ni dpt menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.. amiiin...
ReplyDeleteSemoga selamat pergi dan kembali..:)
ReplyDeletesedih n gembira plak dgr..gerau nk g haji..muga selamat pergi n balik..muga mendapat hj yg mabrur...doakan kami yg tinggal kt sini supaya selamat dunia akhirah ye...
ReplyDeletemoga selamat pergi dan selamat pulang kak..
ReplyDeletekalau atok dengan mak we datang duduk sekali ok je... makan mesti sedap² :)
ReplyDeletebilo poi, kak? selamat semuanya ya!
moga kak gerau selamat pergi & kembali . Amin .
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah haji semoga memperolehi haji yang mabrur.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletetahniah kak, sbb dijemput menjadi tetamu Allah...(sy sdg pejam celik juga nih)..
semoga mendpt haji yg mabrur..
salam gerau..
ReplyDeleteDidoakan semoga selamat pergi dan balik menunaikan ibadah haji juga akan menjadi haji yg mabrur..jua dipermudahkan segala urusan..di beri kesihatan yg baik..insyallah..
Mmg akan merindui sbb setiap kali baca n3 gerau mmg gelak punya
i likeeee...
Selamat menunaikan ibadah haji iaitu Rukun Islam Yang Ke5.
ReplyDeleteKita dah selesai tahun 2005/2006 dulu. Alhamdulillah, kita dapat duduk sana 2 bulan. Gara-gara bendera jepong datang berpanjangan 2X. Best sangat. Tidur, Bangun, Jalan-jalan cari Masjid, Beribadat, Jalan-jalan cari makan sambil beribadah dan jalan-jalan lagi balik maktab. Semua masalah lupa walaupun 3 anak-anakku ditinggalkan. Mereka ditinggalkan pun tak de masalah. Tolong doakan saya dapat kesana lagi. Siries ni
Kiranya waktu-waktu ini kau akan kepenatan dan bekejaran kesana sini untuk menghabiskan kursus haji dan menyelesaikan segala-galanya sebelum masuk kapalterbang. Percayalah, semua orang begitu termasuk Ai. Bila malam nak tidur tercungap...
GG
ReplyDeleteSelamat mengerjakan haji dan beroleh haji mabrur.
Salam.
Selamat Menunaikan Ibadah Haji.. semoga mendapat haji yg mabrur.. (akan merindui posting kak Gerau)
ReplyDeleteselamat menunaikan fardhu haji...semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan ibadah anda...dan mudah2an mendapat haji mabrur.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteselamat mengerjakan haji dan mendapat haji yang mabrur.
Gerau,
ReplyDeletePastinya hendak berangkat ke rumah Allah. Selamat berangkat, selamat pergi & kembali.
Will definitely miss your gebang.
Salam Kak Gerau,
ReplyDeleteKami sekeluarga doakan kak Gerau dan Bang Badang selamat pergi menunaikan haji dan selamat juga kembali... semoga semua urusan dipermudahkan.amin...
Salam kak gerau..
ReplyDeleteslmat menunaikan haji buat akak n zaujun..
smoga dipermudahkan semuanya ya..amien..
Didoakan K.gerau mendapat Haji yg mabrur dan semoga segala urusan dipermudahkan olehNya...Amin
ReplyDeleteSalam Gerau, moga sehat suami isteri, dipermudahkan segala urusan di sana, dikurnia Haji yg mabrur dan selamat pergi dan kembali, amin.
ReplyDeleteSalam kak Gerau,
ReplyDeleteBestnya gi haji... Moga mendapat haji yang mabrur.. amin..
kak..
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan lancar...
amin.
Selamat pergi & selamat kembali ya kak Gerau.
ReplyDeleteSemuga kak Gerau & bang badang mendapat haji yang mabrur insyallah..
Jangan risaukan sangat anak2 tu, pandailah mereka menjaga diri...ya
selamat berangkat ke tanah suci. semoga mendapat keredhaan mencari haji yang mabrur.
ReplyDeleteselamat ya kak...
ReplyDeletesemoga selamat pergi dan balik kak gerau... dipermudahkan segala urusan... miss u so much kak..
ReplyDelete