Pages

Tuesday, December 20, 2011

Parit Jawa


Hari ini tiba-tiba saya menjadi sangat beremosi, emosi terhadap Jawa, seluruh orang Jawa di Parit Jawa, Muar. 
Bukan kerana di sini tempat asalnya Nenek dan datuk saya belah bapa . Bukan juga kerana di sini masih ada lagi ibu saudara ,sepupu-sepupu dan saudara mara saya. Tidak juga kerana sukanya saya terhadap sambal goreng jawa dan makanan-makanan kesukaan orang Jawa.




Tapi saya menjadi sangat beremosi terhadap Telefilem Parit Jawa yang baru sahaja tadi saya tonton di astro Boxoffice...Cerita yang amat menyentuh rasa saya sebagai anak , anak bukan Jawa. Cerita yang membuatkan saya menangis untuk sebuah cerita Melayu bukan Korea yang seperti selalunya. 
Cerita yang membawa saya suatu pengertian yang amat mendalam akan nilai kasih sayang terhadap ibu, ayah dan adik-beradik. 
Tontonlah cerita ini...
Cerita Parit Jawa, walaupun, anda bukan orang Jawa, walaupun anda bukan ada kenalan atau kena mengena dengan Parit Jawa....
Namun, anda akan rugi kerana tidak menonton Parit Jawa. 

Pelakon-pelakon mantap Parit Jawa.
Tidak perlukan jeritan atau lolongan daripada watak-wataknya untuk membuatkan anda menangis dan tidak juga memerlukan watak ditelan bumi , atau disambar petir untuk membuatkan penonton menghargai nilai kasih sayang ibu dan ayah. 

18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam gerau..jika eman manan berlakun mmg mantap...

    ReplyDelete
  3. Saya ada kawan kat Parit Jawa ...

    Belakang umah saya ada pokok asam jawa ...

    keh keh keh

    ReplyDelete
  4. haih, memang nak kena titik tau akak ni... pakkal lagi besor, eh lagi tua... eh, ehem, lagi senior! :D (ailepiu)

    ReplyDelete
  5. hehhhhhh bebuat ayat manjer katak puru ler tu Kak Gerau nih haihhhhh. (sambey gegaruk tiak)

    ReplyDelete
  6. Assalam,
    Hassan,
    Selamat, selamat datang

    ReplyDelete
  7. CM
    ceh ceh ceh,,,CM,minatlah tu...

    ReplyDelete
  8. Chik Att
    Sapa kawan awak kat Parit Jawa tu? Meh kenalkan kat kita.

    ReplyDelete
  9. KOG
    amboi,,,nak titik akak...ingat akak serai ke?

    ReplyDelete
  10. Abbot:
    Ceh, pi basuh tangan...

    ReplyDelete
  11. saya anak Jawa + Melayu, tapi sepatah haram tak pandai cakap Jawa, terasa sgt2 rugi...

    ReplyDelete
  12. saya pun org jawa, y menyukai makanan seperti gambar y tertera..;)

    ReplyDelete
  13. Akak banyak sedera kat sana....arwah ayah akak asal sana juga....jawa...

    ReplyDelete
  14. As'salam Gerau

    bunyinya macam best, ni kira ada episod2 lain tak ni. nanti k.ct tengok kalau abg manan dengan mak jah gerenti best :)

    ReplyDelete
  15. sudip V S
    nasib baik sepatah ajer yanng haram...ki ki ki

    ReplyDelete
  16. nur easy
    makanan orang Jawa best besat ek

    ReplyDelete
  17. Paty's kitchen
    yer ker...jangan-jangan sedara...jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  18. Ct.Delima
    memang best! tengoklah...dah 3 kali kita tengok...part last paling best

    ReplyDelete