Dah sebulan setengah kak long (fu cuk) kak gerau kat sini.
Dah dua kali balik rumah...Dekat ajer pun dari rumah.
Lalu highway baru 1 jam 10 minit dah sampai. Kalau ikut hati dia, setiap minggu nak balik. Tapi bang badang ngan kak gerau tak layan sangat...
Belajar-belajarlah berdikari.
Takkan nak duduk bawah ketiak mak ajer kan?
Karang heboh cerita:
Anak pitam, lemas bawah ketiak mak ...
Siapa malu?
Mak jugak...
Tapi, telefon hari-hari laaa...
Disebabkan maknya kuat bersenam makan ...soalan pertama ,
"Kak long makan apa hari ni? Sedap? Banyak tak makan? he he he
(asrama Vega - asrama kak long)
Lepas tu baru tanya..."Studi macam mana? Ingat semua pesan mama? Solat dhuha tak? Ingat, mengaji lepas solat, sehari sehelai pun tak per!
...Jangan contohi mama...selalu lompong ngaji - yang ini dalam hati la..hi hi hi.
Yang penting, emak mesti pandai nasihat, beri peringatan kan.
Walaupunnn...
Yerr...walaupun mak nyer konyok OK...
cafe lyra
Kak long batch ketiga...
Jadi, matrikulasi ini baru 3 tahun beroperasi...
Bangunan masih baru
library
Masjid yang besar...
lab
Cuma satu sahaja pesanan mama yang tak pernah mama lupa ingatkan kak long,
Kak long,
jika kak long taat perintah Allah, Insyaallah, walaupun kak long jauh dari pandangan dan kawalan mama, Allah berkati dan lindungi kak long. Berdoalah senantiasa agar Allah permudahkan segala urusan kak long dalam menuntut ilmu. Insyaallah, Allah permudahkan urusan menuntut ilmu dan ilmu yang kak long raih diberkati Allah bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk kebaikan orang lain.
Mama dan ayah senantiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kak long di dunia dan di akhirat.
Mama tahu, kak long akan menjadi hambanya yang solehah dan berilmu.
Insyaallah.
Amien.
Sehari sebelum hantar kak long,,,mesti makan -makan dulu kan...
Nasi arab kambing + Ayam Kabsah di D Arab Shah Alam.
Salam K.Gerau.Tahniah tuk Kak Long.Sebagai seorg ibu mmg byk pesanan tuk anak yg berjauhan ngan kitakan.
ReplyDeleteBkn apa ..risaukan
Anak pitam dibwk ketiak mak sbb...xtahan bau ketiak maknya..hikhik
Moga kak long berjaya di dunia dan akhirat.. Amin.
ReplyDeleteTerasa mcm nak berguling dekat pavement sampai ke pintu masuk utama masjid...
tapaukan sekali tak nasik arab untukkak long!?
ReplyDeleteEh eh gerau, adik ipar makcik ngajo/dok situ le....
ReplyDeletebanting kg sayaaaa.....:)
ReplyDeletesemoga jadi anak yang membanggakan keluarga...
ReplyDeletesedapnya nasi arab..
assalam
ReplyDeleteazatie, he he he...bukan,ketiak kita wangi tau...tapi sebab mak besar, kalau selit celah ketiak...lemas laaa...ki ki ki
sudip VS senduk
ReplyDeletekan...kita pun...sib baik kita pemalu orang ni
sayadankamera
ReplyDeletetak...makan pun sehentak...karang jalan pun tak larat...
makcikkantin
ReplyDeleteyer ker...madam siapa yer? tentu kak long kenal
Zurina
ReplyDeleteYeYYYY! kampung awak
sari
ReplyDeleteInsyaallah
teruja tgok gambar yg last tu...phewwww...
ReplyDeletematriks banting? kampung sy tu..waa rindu nak balik kmpung....
ReplyDelete