Pages

Sunday, September 23, 2012

Jenama Rimau

Setelah 10 hari di Madinah...Pada hari yang ke-11, pagi- pagi, kami sudah bersedia berpakaian ihram bertolak ke Mekah bagi menyempurnakan umrah...
Selamat tinggal Madinah, selamat tinggal ya Rasulullah s.a.w. 
Moga ziarahiku ini bukan yang terakhir..
Petugas Tabung Haji...sibuk mengurus jemaah haji...terutamanya yang sudah berumur..melayan mereka tentunya memerlukan kesabaran yang tinggi...
Pelbagai gelagat manusia dapat dilihat ketika mengerjakan haji. 
Memang kena banyak beristighar...
Berebut-rebut naik bas, mementingkan diri sendiri, menengking-nengking orang, semua dapat kita lihat di sini...
 Bas mula bergerak ke Mekah...
Perjalanan dari Madinah ke Mekah...memakan masa 8 jam pada musim haji disebabkan kenderaan yang banyak...Namun,kadang kala mencecah sehingga 10 jam dan lebih... 
Ada yang ditahan polis ketika dalam perjalanan...Ada yang bas rosak  dan sebagainya...
 Banyak-banyaklah berdoa moga perjalanan kita dipermudahkan...
 Bentuk muka bumi yang dapat kita lihat sepanjang perjalanan ke Mekah.
 Tentunya banyak yang sudah maklum..dari Madinah, jemaah haji akan bermiqad di Bir Ali...
 Masjid Bir Ali
 Jualan di luar masjid....
Sebelum bertolak,bawalah air mineral lebih sedikit untuk urusan bersuci...bimbang-bimbang jika di perhentian, air tiada...Kak gerau kurang makan dan minum ketika dalam perjalanan,bimbang nanti asyik nak ke tandas.
...Musim haji yang mengunjungi tandas lebih ramai berbanding ketika kita mengerjakan umrah.
 Sebelum sampai ke Mekah, kita juga akan berhenti di beberapa perhentian...dan setiap kali perhentian, kita akan diberi pelbagai bungkusan makanan...Ini semua adalah sumbangan daripada badan-badan tertentu yang  senantiasa bermurah hati untuk menyumbang kepada jemaah haji.
 Insyaallah bekalan makanan seperti ini sangat banyak...dan melimpah ruah...tak payah bawa Biskut  Hwa Tai , Hup Seng, atau jenama Rimau dari sini. Buat sendat beg jer...he he he...
Lagi pun biskutnya sangatlah sedap...
 Kotak hadiah makanan..
 
Menghampiri Mekah...Dah nampak jam besar
Masa ni jam besar baru sahaja siap...Jerebu dan berdebu disebabkan di luar sekeliling Masjidil haram dalam proses pembinaan... Banyak hotel lama diruntuhkan. 

10 comments:

  1. pastinya kenangan yang tak dapt dilupakan..

    ReplyDelete
  2. apasal bir ali takde orang? ajaib

    ReplyDelete
  3. As Salam...dan salam perkenalan kak...terima kasih atas cerita2 akak ke tanah suci..dapat juga jadi panduan bila ke sana nanti...InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Assalam
    sari
    memang pun...semua orang akan rasa macam tu

    ReplyDelete
  5. KOG
    tu ambik bahagian belakang masjid laa...tapi hari tu memang tak ramai sebab kita antara jemaah last dari Madinah yang bertolak ke Makkah...yang lain semua dah sampai makkah...

    ReplyDelete
  6. Siti
    alhamdulillah...Insyaallah

    ReplyDelete
  7. Saya baca! Satu2... stop baca balik... kena berenti buat keja lain sat... Seronoknye kak :))

    ReplyDelete
  8. Marya:
    Alhamdulillah...kena masak dulu yer...pi masak...nanti sambung balik yer

    ReplyDelete
  9. Ya, Bir Ali. Kenangan bermiqat buat pertama kalinya haku dan Bos Beso. Sebagai suami isteri, terasa amat bertuah menjadi tetamu Allah dalam ikatan kekeluargaan.

    ReplyDelete