Dalam seminggu masak kicap berlada hitam mesti ada dalam senarai
menu makan tengah hari rumah kak gerau.
Senang dan cepat.
Ikut cara kak gerau,
campak-campak dari jarak 2 meter persegi pun boleh. (riak tak memasal ek)
Budak Ahmad aka Kentang pun suka.
Sudah berbulan-bulan makan ayam sup dan bakar...
jemu katanya.
Dengan syarat, ambil isi sahaja.
Kalau nak ambil kuah, ambil sikit sahaja.
Diratah.
Tanpa nasi.
Kenyang ke dik? tanya kak gerau
Sweetnyaaaa mama tanya macam tu...mama ingat senang ke nak kurus?
jawab budak Ahmad.
jawab budak Ahmad.
Marah nampak...
He he he...
Resepi: Kepada sesiapa yang berdarah superman, kluang man, dan atukman, boleh lah ikut resepi masak kicap kak gerau.
Tumis cili kisar (Cili kering 4 tangkai yang dicampur dengan bawang besar 1 labu , bawang putih 4 biji dan sedikit halia) satu senduk. Kalau sudah ada bau, masukkan ayam 1/2 ekor, air semangkuk. kicap manis satu senduk, lada hitam satu sudu makan. Biarkan menggelegak dan sehingga ayam empuk. Letak garam sikit, dan sos tiram dua sudu makan. Apabila sudah mula pekat, letak bawang besar. Tadaaaa...dah masak pun...senangkan.
Ada berani?
bestnya...lama plak x buat ayam masak kicap..SA suka letak blackpepper...
ReplyDeletePaling best bila tergigit blackpepper tu.Nikmatkan.
Deletegila jauh campak... sy paling jah pun 1 kaki persegi.. hihi
ReplyDeletePn Seri Kandi Manisss..teknik tu kena belajar...kurang-kurang 2 tahun belajar...lagi lama lagi jauh boleh campak...ha ha ha...
Delete