Pages

Saturday, June 16, 2012

Pertemuan Ketentuan Allah

 Teringat...
tiba-tiba sahaja... 
25 Oktober 2010. 

Dengan berbekalkan 2 buah beg seorang beserta tawakal kepada Allah, tanpa dihantar atau ditemani oleh anak-anak, ibu bapa, adik-beradik, saudara terdekat, atau orang kampung satu bas. 

Sayu melambai kepada anak-anak, sayu andai itu adalah lambaian terakhir saya kepada mereka...
Namun, dengan berbekalkan iktikad bahawa saya ke sana kerana  ke rumah-Mu ya Allah, apa yang perlu saya risaukan... Sebagai tetamu-Nya, saya pasti! yakin! Anak-anak yang saya tinggalkan akan dijaga oleh-Nya. 
Dan...
Jika itu adalah lambaian terakhir saya kepada mereka saya bukan ke mana pun, saya hanya kembali kepada Pencipta Saya. 

 Saya meninggalkan anak-anak di rumah di bawah penjagaan bapa dan ibu mertua (untuk 10 hari - disebabkan anak-anak dalam minggu peperiksaan) sebelum dihantar ke Johor , oleh adik saya sebaik sahaja peperiksaan tamat. 



Kami tiba di Tabung Haji Kelana Jaya pada pukul 7 pagi dengan hanya dihantar oleh rakan pejabat Bang Badang...yang masih bujang (kini sudah berkeluarga - Ya Allah, rahmatilah rakan kami yang berhati mulia ini. Amin). 

 Saudara mara jemaah haji yang lain...mereka hanya saudara seagama saya. 

Tetapi ada hikmahnya kami ke sini tanpa ditemani anak-anak atau saudara mara. Perjuangan kami sudah bermula dari  sini lagi. 
Tiada rasa risau tentang anak-anak, rumah dan segala apa-apa yang ada di sini.
Jika anak-anak melambai saya di sini, tentu hati saya lebih pilu.

Dari Kelana Jaya, Kami menaiki bas no 7  ( daripada 10 bas) ke KLIA. 
Alhamdulillah, dari awal lagi, perjalanan kami dipermudahkan-Nya...Kami bertolak, pada waktu yang sama seperti yang telah dijadualkan. 
Tidak perlu menunggu lampu isyarat berwarna hijau, tiada lagi ungkapan...
Urggghhh Jammmm....
Semuanya  teratur, lancar, dan cepat dengan diiringi polis trafik. 

Tetamu Allah
Ya. Kerana menjadi tetamu-Nya, kami diberi layanan sebegini. Tidak mungkin saya akan dapat menikmati layanan seperti ini jika tidak menjadi Tetamu-Nya. 
Dan lebih menyeronokkan, sepanjang perjalanan kami, kenderaan yang berhenti untuk memberi laluan kepada kami melambai-lambaikan tangan kepada kami  ...  suatu suasana seakan-akan mendoakan perjalanan kami. 
Alhamdulillah. 

 Terus menuju ke balai berlepas
Pertemuan ketentuan Allah.
 Teman-teman lama  sepejabat kami ketika di Karangkraf.
Setelah berbelas tahun tidak bersua muka... 
Rupa-rupanya bertemu kita di sini.  

6 comments:

  1. Uish kebetulan, makcik pon buat flashback 2010... Cuma cerita berbeza....
    Berharap akan jadi tetamuNya juga satu hari nanti

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... sy teringin hendak menjadi tetamu-Nya..

    ReplyDelete
  3. kak...


    kita dah pindah
    ;)

    ReplyDelete
  4. syukur akak dah sampai sana...kite pon teringin jugak.

    ReplyDelete
  5. Saya jugak bercita cita nak sampai ke sini. InsyaAllah suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. ye betul tu, kerana menjadi tetamuNya kita mendpt layanan begitu kan .. insya Allah, akan kembali ke sana 2 hari lagi, doakan urusan saya dipermudahkan.

    ReplyDelete