Pages

Tuesday, September 25, 2012

Malaysia, Dalca free, Makkah, dalca beli...

Di Mekah, kami daripada Maktab 78, menginap di Hotel Burj Ghandura... Hotel kami terletak kira-kira 700 meter dari Masjidil Haram...
Pada mulanya terasa agak jauh...apatah lagi, ketika buat umrah dahulu, jarak hotel dengan Masjidil Haram hanya 200 meter. 
Tetapi alhamdulillah, setelah beberapa hari di sana, tidak terasa kejauhan itu...Apatah lagi apabila memikirkan ada jemaah dari Indonesia terpaksa tinggal di hotel sejauh 2 hingga 8 km dari Masjidil Haram...
Bersyukurlah....
 Di hotel ini kak gerau tinggal 4 orang sebilik...alhamdulillah...selesa....bilik air pun di dalam bilik...Ber"bath tub" lagi...he he he...tapi, bath tub tu kami gunakan untuk duduk sambil membasuh kain... bukan untuk berendam-rendam...
Kak gerau tinggal di tingkat 2. 
Bilik kak gerau berhadapan sahaja dengan bilik bang badang...
Kalau nak ke masjid...main ketuk-ketuk pintu jer...he he he

Hotel kami ini berdekatan dengan terowong laluan bas. Untuk lebih dekat ke Masjidil haram, kami akan melalui terowong ni...Cuma apabila melalui terowong ini, kami terpaksa menghidu asap bas...oleh itu, biasanya, kami akan menggunakan penutup hidung dan mulut ketika melaluinya...
Jika melalui laluan ini, kami akan keluar di tepi tangga berdekatan hotel Grand Zam-Zam Hotel (kalau tak silap)
Di laluan terowong ini juga ada tandas yang besar dan sangat bersih...
Biasanya memang kami melalui laluan ini kerana kurang sesak jika dibandingkan dengan laluan utama yang akan melalui tepi hilton hotel Makkah.
Kalau ikut laluan utama, atau jalan biasa, kami akan melalui laluan ini. Laluan ini amat-amat, amat sesak kalau selepas waktu solat...Jika kami duduk di masjid dan menunggu setengah jam atau 45 , barulah laluan ini reda daripada jemaah.
Apabila di dalam keadaan sesak, kak gerau hanya memegang bang badang dari belakang, dan mengikut arus manusia...tak payah berjalan....orang belakang akan menyorong kita untuk ke hadapan....
Gambar di bawah ini diambil ketika sudah mengerjakan haji...banyak jemaah dari Pakistan ,India, dan Turki mula pulang ke kampung halaman...jadi laluan kurang sesak.
Laluan tepi hotel Jam besar tu...Tepi Grand Zam-zam hotel...(kalau tak silap laaa)..ini semua hotel orang-orang kaya...kak gerau mampu lalu ajer...
 Ini van yang hantar makanan kepada jemaah hotel kami. Makanannya pun alhamdulillah. Disebabkan kami rombongan muassasah, makanan kami di pek-pek kan...
Makanan sejuk? Tak ada lah...makanan senantiasa panas, kerana di kafeteria tu ada tempat menyimpan makanan supaya senantiasa panas...Macam oven, besar sangat...kalau nak ambil makanan, baru pekerja menjaga makanan tu keluarkan daripada oven tu....

Setiap hari, kami akan melalui farmasi ini...
 Pek yang kami terima daripada LTH...Alhamdulillah...mungkin kak gerau ni spesis tak cerewet...apa yang diberi semua kak gerau tibai dengan berselera....Yang paling best adalah buah-buahnya. Sangat segar...
 Hari ini makan nasi beryani...lauk kurma...dengan sayur campur....Alhamdulillah. Kebiasaannya, kalau di makkah, jemaah haji muassasah, tidak disediakan dengan sarapan ...Tetapi di kafeteria, ada dijual pelbagai jenis makanan. Contohnya kuih-muih seperti talam, seri muka, kuih lopis, cokodok, bihun goreng, mee goreng,  nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, sandwich dan macam-macam...
beli ajer...air panas disediakan...
 Kalau teringin makanan luar, kak gerau akan beli kebab atau roti canai...
Tetapi di sana, rotinya free atau dijual murah...
Kuahnya pula mesti dibeli asing...
Dan jangan marah, kalau beli roti canai tak dapat dalcanya seperti kat sini yer.
Dan harga kuahnya lebih mahal...tak silap, kuah dalcanya saja harganya 6 Riyal. Kalau yang berdaging cincang, harganya 8 riyal...jika tidak silap...

4 comments:

  1. As salam kak,

    Subhan'ALLAH detailnye cerita akak... Menarik sgt! Nak baca yg lain pulak... bg semangat moga ada rezeki ke sana... Seru dah ada...sentiasa memanggil2... tp menunggu peluang & ruang :))

    ReplyDelete
  2. Rotinya murahkan .... yg best tu ...air tin semua seriyal

    ReplyDelete
  3. pengalaman yg sangat menarik. Bila la saya akan jadi tetamu Allah agaknya.

    ReplyDelete
  4. Great reading your blogg post

    ReplyDelete