Pages

Thursday, November 6, 2014

Selepas 20 tahun saya meninggal

Assalammualaikum...

1 hb Nov 2014... 
Pak cik  (yang mengahwini arwah adik bongsu kesayangan abah) kak gerau berkahwin lagi setelah beberapa tahun menduda...
Alhamdulillah. 
Jodoh dan pertemuan hanya ketentuanNya.


"Mana telur pindang tadi? Dah lama tak makan," tanya Bang Badang ketika kami dalam perjalanan pulang

"Sekejap," kata kak gerau.

"Emmm...awak, awak, Pak busu  berkahwin akhirnya setelah 7 tahun menduda. Lama juga tu," kata kak gerau sambil menyeluk dalam beg tangan jenama Bunian Bonia kesayanganku untuk mencari telur pindang yang banyak kusonglap tadi.

Bang Badang hanya menganggukkan kepalanya. 

"Nanti, kalau saya meninggal, selepas 15 tahun  atau 20 tahun saya meninggal baru awak kahwin semula tau. Tau tak???Dengar tak??" pinta kak gerau.

"Emm..maknanya kena berjanji kahwin lagi lah ya?" jawab bang badang.

 EErrkk? 

Seiring itu juga telur pindang yang elok-elok kusimpan semula ke dalam tas tanganku..Hanya yang pecah-pecah seperti perasaanku ketika itu, kuhulurkan kepada bang badang sambil terus memejamkan mata...

"Eh, kopeklah telur ni. Orang tengah"driving" kan," bang badang minta simpati.
"Kopeklah sendiri. Orang mengantuk ni," jawab kak gerau. 

Sentap ok.


Siapa yang nak buat telur pindang, cari sendiri resepi...sebab kita pun dapat telur ni free...mana pernah buat sendiri...he he


8 comments:

  1. Anonymous6/11/14

    saya pon suka mkn telur pindang ni kak...peberet!! walaupun sy bukan org Johor..hmm da lama gak x mkn ni aishhh

    ReplyDelete
  2. heheheheeee..... geli hati baca citer Gerau.....

    ReplyDelete
  3. nasib baik dia tak mintak diskaun tahun utk kahwin lagi... kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha...aha ek...nasibb baik dia tak dapat idea tu..ki ki ki

      Delete
  4. owh telur pindang...feveret org johor ni...

    ReplyDelete
  5. hahahahha....kita tersengeh sorang2 baca dialog kak gerau & bang badang...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ayu...sukanya awak bertandang...kita selalu mengendap dapur awak...he he

      Delete