Minggu hadapan 17 september, KT 1 penerbangan pertama jemaah haji akan bertolak ke Madinah...Alhamdulillah.
Terkenang kembali.
Saya dulu KT 55...Penerbangan akhir-akhir...
Bertolak dari rumah pukul 6 pagi. Sampai ke Tabung Haji pukul 6.40...bertolak ke KLIA pukul 10.45.
Sampai ke KLIA pukul 11.10...Bertolak ke Madinah 12.00 tengahari.
Sebaik tiba di KLIA.
Sebelum bertolak lagi Allah telah memberi ujian yang pertama kepada saya.
Ketika ke tandas, saya memilih untuk masuk ke tandas duduk. Barisannya agak panjang. Kebanyakkannya warga tua...
Seorang mak cik bercakap dengan saya.
"Mak cik lenguh lutut, sebab tu nak guna kat tandas duduk."
"OOO, saya sebab tak nak terpercik air. Payah nak singsing seluar kalau tandas cangkung," beritahu saya...
Sebaik sahaja saya habis bercakap, tak semena-mena, air saluran paip daripda tandas cangkung betul-betul di sebelah hadapan saya...terpercik menyembur keluar dari bawah pintu tandas. Habis bahagian bawah jubah saya, stoking dan kasut saya terpercik air ...Saya pun menjerit...
Alllahhhh...
Mak cik yang di dalam tandas tu pun keluar.
Maaf nak, mak cik ingat nak tutup paip, lepas tu, terbukak besar pulak, tu yang menyembur keluar...
Saya tersenyum sambil berkata...tak perlah mak cik...ini ujian pertama saya...
he he he...
Nasib baik air paip...kalau tidak, payah juga kak gerau nak sucikan semua...
Dan dua tiga orang mak cik bercakap sesama mereka...
"Belum sampai dah diuji..."
"Amboi, amboi mak cik...nak pi haji, mulut jaga nooo!"
Eh, tak ,tak, tak, tak kan nak cakap cam tu...sat ni...mulut herot baru tau....
Emmm...diam ajer laaa.
Dugaan kedua saya...
disebabkan pelbagai jenis manusia yang menunaikan haji, maka ada antara mereka akan bercakap apa-apa sahaja terutama kepada yang agak muda...
dan kepada yang agak muda...
Bersabarlah...
dalam penerbangan
hidangan
Masa ini saya sangat lapar...Betulll. Dan saya dapat menghabiskan semuanya. dan saya memang ada sawan pesawat...kalau dalam pesawat memang gila lapar (yer ke? bukan lapor tak kena tempat? he he). dannn...saya mintak ayam Bang badang sikit...
Di lapangan Terbang King Aziz... Jeddah...
Bersolat sebaik tiba di lapangan terbang





