Pages

Thursday, November 20, 2008

Sentuhan Hafalan Shalat Delisa (Babak 1)

Jam menunjukkan pukul 8.25.Lagi lima minit pukul 8.30 pagi.Bermakna hanya tinggal lima minit lagi aku akan memulakan kerja-kerja aku yang bertimbun yang tidak aku habiskan semalam.Beg tangan berwarna perang yang aku sandang aku letakkan di atas meja tulisku. Meja tulis yang penuh dengan selerakan buku dan kertas-kertas yang bertulis. "In, kau nak tak novel ni? Aku beli di Indonesia," tanya Kak Seha, teman sepejabat aku. Kak Seha tua dua tahun daripada aku.Kalau bercakap selalu tegas dan serius. Senyum juga jarang-jarang.Sikapnya yang serius menyebabkan rakan-rakan sepejabat takut-takut untuk menegurnya.Kalau bercakap selalu sahaja nak menang.Kak Seha kalau ke pejabat bergaya orangnya.Kalau pakai baju, mesti sedondon dengan tudung.Baju biru, tudungnya pun biru, baju merah, tudungnya juga merah.Tetapi, ada suatu perkara yang lucu tentang cara pemakaian tudung Kak Seha.Macam mana cantik pun tudung yang dipakai kak Seha,setelah dua jam bekerja,rambut Kak Seha mesti terkeluar di celah kedua-dua belah pipinya. Macam orang berjambang.Kami selalu tergelakkan Kak Seha. Tetapi Kak Seha tidak tahu kami ketawakannya.Kalau Kak Seha tahu, matilah kami. "Cepatlah In, kau nak atau tidak novel ni.Kalau kau tak nak aku jual kepada orang lain." Kak Seha mula meradang dengan aku yang lambat menjawab pertanyaannya.Aku memandang muka Kak Seha yang serius itu. Pertanyaan Kak Seha tidak aku sambut.Pandangan mataku jatuh ke bawah,ke tangan Kak Seha. Mataku melirik pada senashkah novel berwarna coklat kekuning-kuningan yang dihulurkan Kak Seha. Hafalan Shalat Delisa "Eh,novel ini.Mestilah nak,inikan novel best seller di Indonesia," Novel yang masih berbungkus plastik nipis jernih itu kuambil dari tangan Kak Seha dengan hati yang berbunga, dengan wajah mengembang seperti bunga kembang semangkuk yang selalu terdapat dalam air laici Kang.Air kegemaran aku. "Terima kasih kak.Berapa harganya? Nanti saya bayar.Sayang akak.Kalau saya ada abang,lama dah saya kenalkan pada akak," Aku cuba berlawak dengan Kak Seha. "Habis, suami aku nak letak kat mana? Kat Kedai Kek?" Kak Seha menjawab sambil menyungkitkan bibirnya.Matanya pula dibesar-besarkan. "Eh,janganlah marah gurau saja kak," balas aku sambil mengusap-gusap lengannya. "Sudahlah, malas aku nak layan kau. Nanti aku kira. Kau ambillah dulu," Kak Seha berlalu meninggalkan aku yang masih teruja dengan novel yang memang menjadi penantianku sejak sebulan yang lalu.

1 comment:

  1. Hmmm...Kak Seha kunun. Hik,hik,hik. Tapi kira okey la tuh...padan gak dgn diskripsi ttg personalitinya.
    HAFALAN SOLAT DELISA ni mmg antara novel terbaik dan ter'best' dalam kalangan novel2 koleksi anirun. Gaya penceritaan yg bagus ditambah pula dgn gambaran pengalaman yg mcm benar2 dilalui oleh penulis membuatkan kita x sabar2 nak mengetahui plot dan endingnya. Penulis menjadikan anak kecil berusia 6 tahun sbg OBJEK bagi menggambarkan kepentingan ketaatan dan kepatuhan kita sebagai KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini...
    Novel ni anirun beli kat THE SPRING, KUCHING ketika berkunjung ke rumah kakak bulan dec 2008 lalu. For kawan-kawan out there anirun promote novel ini untuk dibaca...

    ReplyDelete