Sewaktu berumur 7 tahun, mak saya membuat karipap, kuih lapis (kuih lapis yang berwarna coklat dan kuning), dan cucur badak untuk dihantar ke warung-warung untuk membantu menambah pendapatan abah.
Selepas balik sekolah, makan dan mandi, emak akan mengajar saya mengaji.
Mak mengajar anak-anak jiran mengaji juga tetapi saya mesti mengaji dahulu sebelum anak-anak jiran datang mengaji dan selepas habis mengajar anak-anak jiran, saya akan dipanggil sekali lagi untuk mengaji.
Mak mengajar anak-anak jiran mengaji juga tetapi saya mesti mengaji dahulu sebelum anak-anak jiran datang mengaji dan selepas habis mengajar anak-anak jiran, saya akan dipanggil sekali lagi untuk mengaji.
Ini bermakna
saya mesti mengaji sebanyak dua kali sehari.
Masa itu saya sangat membenci mak. Dalam hati saya berkata yang mak tak adil, mak jahat. Mak menyusahkan saya sebab orang lain belajar sekali , tetapi saya dua kali.
Masa itu saya sangat membenci mak. Dalam hati saya berkata yang mak tak adil, mak jahat. Mak menyusahkan saya sebab orang lain belajar sekali , tetapi saya dua kali.
Sambil hujung jari mak pantas mengelim karipap mak menyemak bacaan saya.
Jika bacaan saya salah, mak akan menyuruh saya mengulangi bacaan saya beberapa kali supaya tidak melakukan kesalahan yang sama lagi
dan
saya akan menangis.
dan
saya akan menangis.
Saya menangis kerana malas untuk mengulang bacaan dan jika bacaan diulang, lebih lamalah saya akan duduk dekat mak untuk mengaji dan bermakna, bertambah lamalah lagi untuk saya dapat bermain.
" Kenapa menangis. Siapa yang mati? Aku tak mati lagi, tak payah nangis-nangis." marah mak, kalau saya menangis.
Mak memang garang.
Apabila mak bercakap macam itu, tangisan saya bertambah kuat malah saya akan menangis sambil terisak-isak dengan harapan mak akan menyuruh saya berhenti mengaji.
Tetapi "autar" saya tak pernah menjadi.
Malah mak akan menyuruh saya diam, kesat air mata dan sambung mengaji semula.
Kalau mood mak tak baik, mak akan menambah muka surat untuk saya baca.
Dan "kejahatan" mak telah membuatkan saya berjaya khatam Quran pada usia 8 tahun.
Malah saya sering mewakili sekolah dalam musabaqah al-Quran dan pernah berjaya hingga ke peringkat Negeri Johor.
Mak,
terima kasih mak.
Mak saya tak pandai meluahkan sayangnya pada anak-anak.
Seingat saya, saya tidak pernah dipeluk mak, tapi saya tahu mak sayang saya.
Dan saya juga sayang mak.
Malah, amat sayang.
Moga mak senantiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah.
Malah saya sering mewakili sekolah dalam musabaqah al-Quran dan pernah berjaya hingga ke peringkat Negeri Johor.
Mak,
terima kasih mak.
Mak saya tak pandai meluahkan sayangnya pada anak-anak.
Seingat saya, saya tidak pernah dipeluk mak, tapi saya tahu mak sayang saya.
Dan saya juga sayang mak.
Malah, amat sayang.
Moga mak senantiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah.
Saya,
Bang Badang,
dan
Anak-anak
adalah
Peminat Tegar
Karipap.
Dalam setahun, 300 hari kami, kami mesti makan karipap.
Dan setiap kali membuat karipap (setahun 2 kali, selebihnya, 298 kali, saya beli), saya akan bercerita hal ini kepada anak-anak saya.
Dan kata mereka
"Bukan cerita ni mama dah banyak kali cerita ?"
"Heh?"
Dan kata saya,
"Mak bercerita kena dengar, tak dengar berdosa!"
Ini adalah antara karipap hasil keliman anak-anak perempuan saya.
sedih arr..citer2 cenggini. dulu kita pun kena ngaji dulu, tp sekali jer, lepas tu kena ajor budak2 kecik alip bata...wakil emak, emak ajor bebudak besor...lepas tu emak semak bacaan alip bata budak2 kecik tu, kalo salah, mak tak kasi kita tengok "Combat" tiap malam selasa...
ReplyDeletecombat lah punca kita khatam Quran tiga kali...bravo rick jason ngan vic morrow, tp kita paling cintan kat rick jason pasal dia terpaling terhensem..
salam k.gerau...org dulu2 mendidik anak dgn cara camni la tp kesannya diingati hingga kini.
ReplyDeleteSedap karipap...meh seketoi!
Hahaha...Dialog mak awak mcm familiar jer kat telinga kita. Ya, kita pernah dengor mak awk marah awk camtu masa kita tidur umah awk. Mak awk mmg garanggggg... kita paling takut dengan mak awk. BTW ank sedara siapa lah yang pandai mengelim karipap tu ek? Kalo dia org tengok mokcik dia kelim karipap mesti dia org gelak terbahak2. Seumur hidup kita sekali jer kita buat karipap, tobat dah.. puas kena kutuk :).
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBest baca cite ni... kisah silam membentuk siapa kite hari ini kan... sedapnye karipap... sy tak pandai mengelim lah :(
akak, kita pun pernah ada phase mencik mak ayah.. tapi skang jadi mak, asanya turn anak kita lak mencik kita (mencik sayang, tak pe, hahaha)
ReplyDeletekita pun garang mcm mak kita... :)
masa anak anak mmg kita n"benci" mak ayah kerana benda benda macam ni la tp bila dah tua anak anak pulak "benci" kita dan alhamdulillah bila mereka dah tua macam kita Insyallah perasaan yg sama juga berlaku pada mereka...terima kasih wan....eh karipap tu nampak sedap gerau:)klim tu tak pe yg penting rasa..
ReplyDeletetak pandai tunjuk kasih sayang? err... mak awak pernah cium saya. dia sayang saya la kan? keh keh, jangan jelessss! >:)
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletesayu baca cerita tu.
dan saya mula teringinkan karipap tu. :)
Pertama kali aku baca dengan intonasi sedih dan bangga ngan ko Kak Gerau. Tapi lastttttttt sekali, tersembo gak air liyo aku kat monitor, sempat lagik tu menggebang. Kaaaaahahahahahahah!!!
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteQueenie
dah tua ni selalu teringat mak kita. Ha ha ha..combat...vic morrow...kita pun suka...calit sikit
azatie S
ReplyDeleteberkesan sebab kita sselalu kena sebat ngan mak kita.
Ate:
ReplyDeleteKan? meh dok umah kita 2 hari jer, belajor klim karipap. Sure master punya....hu hu
Marya:
ReplyDeleteMeh kak gerau ajor, datang ngan ate (yang komen atas awak tu) free of charge. Lepas tu, sure awak boleh buat niaga kat Peru...Betul...Percayalah...he he he
Hantumakan:
ReplyDeleteCik Hantu M, mana lama pi...tak singgah sini...Awak garang heh? cam Dr singa tu? Kita pun garang, ikut mak kita....Aummm
Cik M:
ReplyDeleteMudah-mudahan kan CM..
KOG:
ReplyDeleteEH, bila masa pulak mak kita cium awak ni? tak aci ni...tak boleh jadi...Tapi...betul Ke? Awak ada kasi dia apa-apa heh?
IndahH
ReplyDeleteBertuah punya budak...dalam sedih-sedih nak karipap lak.
Abbot:
ReplyDeleteOi, pi kesat monitor, mentang-mentang ini tahun, tahun Naga, suka-suka jer sembur yer...
sedih....
ReplyDeletetapi ada pengajaran...singgah sini=))
suka baca cerita ni...er...anak izan suka makan karipap gak..ish..pandai anak kak gerau kelip karipap..
ReplyDeleteBegitulah sebaik-baiknya mendidik anak....
ReplyDeletekenangan waktu kecil selalu mendapat tempat istimewa dihati kita
ReplyDeleteSalam kenal
Memang betul kak Gerau, kalau waktu kecik2 dulu tak menangis kena paksa mengaji, tak tahu lah umur berapa baru dapat khatam. Terima kasih pada emak dan ayah.. Harap2 dapat didik anak semacam itu jugak :)
ReplyDelete