Pages

Sunday, September 30, 2012

Jemaah Turki dan Pokok Berjalan

Ketika di sana, saya sering melihat gelagat jemaah Turki...
Yang perempuan, selalu menyelitkan daun-daun pokok di tudung mereka sebagai pengenalan. Dari jauh cam pokok berjalan...he he he...betulll.

Jemaah dari Turki ini kebanyakkannya berbadan besar dan tegap...
kak gerau besor gak, tapi besor bengkak...kalau dilanggar, harus akak berpusing 360 darjah. 
Mereka ini, kalau terlanggar kita, kita yang terhoyong-hayang, tetapi mereka steady ajer...
Mereka juga agak kasar, tak macam orang Malaysia yang agak penakut, lembik, lemah lembut...

Dan kebanyakan mereka (perempuan) takut untuk menaiki escalator.
Berhati-hati kalau mereka berada  di hadapan, mereka tidak tahu untuk menapak apabila sudah tiba di atas atau di bawah...banyak kali insiden, mereka jatuh di depan kita...dan kita juga hampir tersungkur kerana mereka...

Dalam hati selalu berasa cuak dengan mereka...
Kalau nampak gerombolan mereka, kak gerau cepat-cepat berjalan menjauhi mereka.

Suatu hari, sedang kak gerau berjalan antara safa dan marwah. 
Masa tu, kak gerau berjalan di hadapan bang badang...
bang badang jalan lambat sikit...
kita kan selalu jalan shopping kan...
jadi cepat sikit...he he he...

Ketika dalam pusingan ke 4...
Sedang kak gerau berjalan sambil membaca doa melalui buku doa, tetiba ada orang memeluk bahu kak gerau dari belakang dan berjalan beriringan dengan kak gerau...
dalam hati cakap, "Sapa pulak laa ni" 
Kak gerau pun toleh ke kanan, 
yang kak gerau nampak adalah daun-daun pokok yang banyak...

Allah,!!!
dan perempuan yang berdaun pokok itu memeluk bahu kiri kak gerau dengan kuat sambil tersenyum...sambil tu dia menepuk-nepuk bahu kak gerau...
Punyalah kuat dia peluk, sampai susah nak jalan....lama pulak tu...sepanjang jalan ke marawah laaa rasanya....lepas tu, 2 orang lagi datang jalan beriring dengan kak gerau sambil mengucup-ngucup  jari mereka seraya berkata " masyaallah, masyalllah."
Macam gembira sangat laaaa dapat jumpa kak gerau....
he he he...

Lepas 10 minit gitew...dia melambaikan tangan dan meninggalkan kak gerau...
Bang badang usik kak gerau...
"Jumpa sedara ke" 
he he he....
tu laaa...berburuk sangka dengan orang....
Allah tunjukkan...
kau buruk sangka dengan orang, orang tu peluk kooooo...
lepas tu...terus insaf...he he he
Saie di tingkat bawah...lebih padat.

Jemaah dari pelbagai negara akan memakai pelbagai benda di baju mereka atau untuk dipegang, sebagai pengenalan kumpulan mereka...geli hati pun ada...
Tapi senyum ajer laa...tak berani nak cakap apa-apa...
Ada tu, yang ketuanya pegang  feather duster tinggi-tinggi macam kat bawah ni dan jemaah kumpulan mereka akan ikut mana arah feather duster tu...he he he

Kalau jemaah Indonesia, suka letak bunga matahari besar-besar kat telekung....
Bersaie di tingkat 1
Berhenti sekejap di tepi antara safa marwah...meneguk zam-zam, cuci muka, meletakkan air pada kaki jika kaki lenguh sambil memohon pada Allah, agar dapat menyempurnakan ibadat tanpa sakit...

13 comments:

  1. omygod... mesti akak rupa mcm selebriti yang berlakon drama turkitron sana kan!

    ReplyDelete
  2. seronoknyer baca .. teruskan ya gerau :)

    ReplyDelete
  3. Rasa mcm selebriti plak yeee

    ReplyDelete
  4. Rasa mcm selebriti plak yeee

    ReplyDelete
  5. Assalam
    KOG
    kan...tak perasan ke? sebab tu mak long kita tak kenal hari tu...ha ha ha ha

    ReplyDelete
  6. K nor
    sanggup ker kak nor? banyak lagi ceritanya ni...he heh

    ReplyDelete
  7. Chik Att
    he he he...perasan tetiba...tapi seriau laaa masa dia peluk

    ReplyDelete
  8. Anonymous7/11/12

    salam..
    gambar 2nd last tu, kenapa kaki tak di tutup (berstokin)..wajib menutup aurat kan..

    maaf sekadar bertanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu jemaah negeri lain, kebanyakannya tidak kisah .... dan ustad pesan,itu cara dia beeribadat mengikut mazhab mereka.

      Delete
  9. Lagi kita elak, lagi mak mak arab tu dtg. Mcm kita ni ha, lagi elak, tup2 sampai nak balik sudah-sudahnya solat memang kiri kanan mak arab yg saiz xxxxl tu dok satu saf dgn kita. Jenuhhh...tu la, bak kata Kak Gerau, bersangka baik, klo tak jumpa sedara. Time kita gi, bukit tu masih tak di cover gitu. Tu tingkat atas ya? Kita kat bawah je. Seronokkan? walaupun kaki bila masuk round ke 7 dah mcm ada lapisan oreo crust kat tapak kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ...iya,selalu yang kita tak nak tu la yang dapat kat kita...

      Delete