Pages

Tuesday, October 2, 2012

Tandas di Arafah...

Perjalanan kami ke Arafah tidak menghadapi sebarang masalah...Alhamdulillah. 
Kami sampai seperti pada waktu yang dijangkakan...
Dengarnya, bersama kami ada rombongan yang sesat juga...
Hal ini disebabkan, sewaktu musim haji, pemandu bas bukanlah orang Makkah. Kebanyakan mereka dari daerah lain yang tidak begitu biasa dengan jalan-jalan di Makkah...
Berdoalah sahaja agar pemandu bas itu tahu jalan ke Arafah. 
 Beginilah khemah-khemah di Arafah...
Ini khemah lelaki.
Keadaannya sangat bersih dan selesa...
Sebaik sahaja kami sampai, kami diberikan dengan makanan seperti maggie, air kotak, biskut, roti, dan sebagainya...
Kebanyakan jemaah haji dari negara lain, tidak dibekalkan dengan makanan. Untuk makan, mereka perlu membawa bekalan sendiri...
Alhamdulillah beruntungnya kita kerana di bawah kelolaan muassasah tabung haji.
Tong merah itu adalah tong yang berisi air mineral.
 Khemah wanita.
Wah, wah, gembiranya Hajah tu...
 Ini khemah kak gerau.
 Di Arafah, tandasnya banyak...jadi, tidak menjadi suatu masalah. Kalau hendak ambil wuduk atau ke tandas, pergilah awal sikit. Janganlah sudah dekat masuk waktu solat baru hendak ke tandas...sudah tentu waktu tu, banyak orang ke tandas.
Tandas di arafah, mudzalifah dan mina tak payah flush...Lepas melepaskan hajat, jirus ajer air...lubang tandasnya terus ke dalam tanah.
Senang!
Semua sedang menunggu waktu afdal wukuf...berada di kawasan yang tidak berbumbung...kerana ...
kerana...
Ketika ini, Allah turun ke langit Arafah...untuk mendengar ungkapan dan keluhan hati hamba-hambanya, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. 
Allah berfirman:
"Lihatlah kepada hambaKu di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang ke sini dari penjuru dunia, Mereka datang memohon rahmatKu sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azabKu...sekalipun mereka tidak melihat Aku...
Subhanallah.
Sayu sangat rasanya ketika ini...
Pada ketika ini, Allah menguji kak gerau...
Perut kak gerau sakit...
Mungkin kerana terlalu banyak minum air kotak perisa oren...perut kak gerau memang agak sensitif, terutama dengan minuman yang masam-masam..
tetapi disebabkan cuaca terik, kak gerau lupa dan minum juga air oren banyak-banyak...
Hanya pada Allah kak gerau berserah agar sakit perut berkurangan...
Disebabkan sudah beberapa kali buang air, kak gerau berasa sangat letih, tetapi alhamdulillah, Allah masih beri keupayaan untuk berdoa dan memohon ampun kepadaNya.

Semua mencari port masing-masing untuk berdoa dan bersendirian merintih dan memohon kepadaNYa. Kebanyakan pada waktu ini, suami isteri akan "berdating" bersama-sama memohon rahmat dari Allah. 
Keadaan di dalam khemah lelaki

8 comments:

  1. Anonymous2/10/12

    Rasa mcm nak nangis baca.. hati meronta2 rs nak pegi sana.. tima kasih byk2 kak gerau ats perkongsian. Tulis byk2 lg,tempek byk2 gamba lagi ye

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah sampai sana...mudah2an nanti dberi kemudahan jg ke sana :-)

    ReplyDelete
  3. As salam Kak,

    Marya baca dah semalam baru harini nak drop komen... :) Rasa nak mengalir airmata bacaa :')

    ReplyDelete
  4. Anonymous27/10/12

    Alhamdulillah..
    Terima kasih..suka baca pengalaman
    Haji..Insyallah kuota Haji saya tahun depan 2013..

    ReplyDelete
  5. Anonymous14/12/12

    bergenang airmata sy baca ..trsa nak sgt jejak kaki kesana bersma Mak sy...

    ReplyDelete
  6. Anonymous14/12/12

    bergenang airmata sy baca ..trsa nak sgt jejak kaki kesana bersma Mak sy...

    ReplyDelete
  7. Syahdu sungguh rasanya...rinduuu sangat.

    ReplyDelete
  8. Anonymous20/8/13

    Salam...
    Kenangan terindah dalam hidup ini, menunaikan haji pada tahun 2010 bagaikan semalam baru berlalu.Ya Allah...rindunya pada ArafahMu.

    ReplyDelete