Pages

Monday, February 25, 2013

Apaaa? Mencekuh dan Mengorek?

Minggu lepas kak gerau telah ke restoran...untuk membeli  menengok-nengok makanan...
Ehh, bukan hari tu dah insaf?
...Yaaa, Memanglah dah insaf, sebab tu kita menengok-nengok sahaja...

Haaa...
Nak jadikan cerita,
Sedang  kak gerau  memilih menengok-nengok lauk, adalah seorang wanita ini, berspek mata hitam lagi (Nampak ke?) hendak membeli menengok lauk macam kak gerau juga .
Wah, pakaiannya sangat urban.
Kasutnya sangat tinggi...kalau terpijak  jari kaki akak? Cagu UUU...

Dia  dengan anak perempuannya yang berumur 6 tahun  memegang pinggan nasi sambil  memilih lauk-pauk di hadapan kak gerau.
Menghirup kuah singgang ikan siakap di hujung minggu

"Cantiknya pompuan ni...curlazzz bergaya lagi," detik hati kak gerau.
Akak tengok diri akak.
Atas bawah, Bawah Atas. 
Baju? heemmm...
Kasut? hemmm...
Tak sanggup nak menilai sendiri...
Takut dikata iri hati
...
Perbezaannya...
Bagai maggi dengan beryani...
hu hu hu..
Tapi tang spek mata ... tak kalah laaa..
hampir sama 
akak punya spek hitam juga... 
Hitam  Berlumut...
ha ha ha

Yang tak bestnya...
Tetiba,  tanpa semena-mena, itu perempuan telah  mencekuh, dan mengorek beberapa ekor isi lala  yang dijual dengan tekun dan gigihnya (kerana lala itu agak kenyal)  lalu terus menyuap isi lala itu ke dalam mulut anaknya...
Waaaa Lalaaaaaa
sambal geledek...

Apaaaaa?
Mencekuh dan mengorek isi lala dari lauk pauk yang dijual?
Yaaaa...
Korang mampu?

Akak yang sedang menyenduk memerhatikan gulai daging menggigil-gigil menahan rasa  nak mengetuk kepala perempuan tu dengan senduk...
Suka hati ajer ekkkk....

Mencekuh satu hal, bukankah itu mencuri namanya...
Dah lah mencuri, beri pulak makanan yang dicuri itu pada anak ...
EEmmmm
Gaya cantik...sayangnya akhlak tidak cantik...

10 comments:

  1. Anonymous25/2/13

    Akak, macam mana nak buat sambal geledek tu? saya memang suka sambal-sambal ni..boleh tolong ajarkan?
    Terima kasih :)- Zana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ker? nanti kita tulis khas pasal sambal ni heh?

      Delete
  2. Kak Gerau..pertama kali saya dengar ayat mencekuh..hehehe

    kalo saya dah sendukkan jer kepala dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa...ayat tu adik-beradik dengan cekuh, cekuh ih, cekuh cekuh ahhh...dalam cerita p romleee he he he

      Delete
  3. uiitt ... buruknya laku. malu kita sbg pompuan ..

    ReplyDelete
  4. Hahahhahahah....napa tak pijak kaki jaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ketuk ngan senduk lagi syiok...ha ha ha

      Delete
  5. isk! ada plak dah lawa2 perangainya macam tu, huhu..

    nak minta resepi sambal geledek itu :-))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete