Pages

Wednesday, March 6, 2013

Nasib baik akak penyayang

Dalam  perjalanan pulang  
Tersinggah  ke kedai runcit,
Dalam deretan tong polisterin,
Terpandang akan Udang....

Langsung kukepit kainku yang panjang
Sambil menyinsing lengan
Memilih udang penuh keriangan

Tiba-tiba...
Datang seorang perempuan,
Sama pula tujuan
Diambilnya satu dua ekor udang
Lalu direnjis-renjis air udang di tangan

Amboi....amboi...amboiii
Merenjissss-renjis pula si perempuan
Terpercik-percik di tangan ...
Di tanganku yang sedang memilih udang..
Diambilnya lagi udang...

Merenjis-renjiss lagi si perempuan
Wah! Diulang-ulang
Oit, oit, oit! Ini sudah melampau!
Dia ingat atas pelamin?
Merenjis-renjis pengantin perempuan?
Memercik-mercikkan air udang?

Tak ke rasa macam nak lempang?
Nasib baik akak cute dan penyayang...
Kannnn....
Kah kah kahhhh...

Nasi ambang Banting...RM4

5 comments:

  1. tu, kalau Kak Gerau kurang penyanyang mahu kena simbah dengan air udang.. bukan renjis lagi.. kih kih kih..

    ReplyDelete
  2. Macam2 karenah manusia kan kak Gerau...sabor je laaaaa

    ReplyDelete
  3. jadi di manakah udang y ditangan kak gerau? hehe nak bg naik seri la tu

    ReplyDelete
  4. mana lauk udang? mana?
    ni yg nak marah ni...

    ReplyDelete
  5. Kat sini pun ada spesis yg suka renjis2 ni.....

    ReplyDelete