Pages

Saturday, July 27, 2013

Mak Roni Sup

Masa saya remaja....Berbuka puasa bagi saya adalah Sunyi. 
Sunyi?

Ya, sunyi ...kerana saya akan berbuka puasa sorang-sorang...
Sorang-sorang? 

Ya, sendirian...tiada kakak, tiada adik, tiada mak, tiada abah...
Mengapa? 

Long di Sabah, adik di rumah pengasuh...
Mak abah? 
Mak abah masih di restoran...
berjualan juadah berbuka puasa

Mak akan masak sebelum berjualan...
Mak akan masak apa-apa sahaja lauk dan makanan kegemaran saya...

Sebut sahaja makanan yang saya nak, mak akan sediakan...
Beritahu sahaja, apa sahaja air yang saya mahukan, mak akan buat.
Itulah "umpan" mak kepada saya...
Saya kira...
kerana mak mungkin kasihan dengan saya yang akan berbuka sendirian...

Penuh hidangan di meja...namun tiada sesiapa
hanya saya...
dan 
suara azan
Itulah berbuka puasa remaja saya ...
Sepanjang beberapa tahun....

Alhamdulillah...
ketika itu...
tiada rasa sekelumit pun marah pada mak dan abah...
kerana saya tahu, mak abah mencari rezeki.
Ya Allah, Kasihilah dan rahmatilah ibu bapaku. 
.....
Mak Roni sup...
antara hidangan yang selalu saya minta mak buatkan
Kesian mak....Sayang mak
;
;

Resepi?
Kepada sesiapa yang berani

1. Mak Roni 
(rebus dulu la kann...letak garemm, dan minyak sikit masa merebus - empuk kalu, toskan)
2. bawang putih dan merah 
(kak gerau bagi penumbuk kasar-kasar jer)
3. bawah merah dan putih dimayang 
(kak gerau tumis ni dulu, lepas tu baru masukkan yang diberi penumbuk tadi tu)
4. hirisan halia
5. Ayam 
(potong kecil-kecil)
6. kentang
7. lada hitam
8. rempah sup
(Yang punjut atau yang serbuk..ikut keberadaannya di dapur)
9. Air ikut suka 
(yang ni kak gerau letak air segayung sedang tu)
10. Daun bawang dan sup 

Cara
Masuk bahan ikut siapa yang beratur dulu yer...

1. minyak   2. bawang yang dimayang,  3. bawang penumbuk n halia
4. air nenek segayung tadi.   5.  rempah sup n lada hitam
6. ayam   7. kentang   8. Mak Roni
Setelah sup masak, seperti biasa, yang beratur last sekali , MakRoni...kak gerau suka masukkan Si Mak Roni ni sekali dalam periuk...baru sebati dan rasanya 
WOW!

6 comments:

  1. GG
    Mak kita pun sayang kat kita sbb dia tau masakan tu fevret kita adik beradik (yg masih gentar nak makan pedas).

    Ada kenangan manis bersama pasta 'abc sampai z' yg tak dpt dilupakan. Sekian terima kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo awak takut pedas heh?

      Delete
  2. bagusnya awak adalah awak tak salahkan mak ayah sebab kena berbuka sorang-sorang. awak tengok dalam-dalam kenapa awak kena berbuka sorang-sorang dan memandang yang baik sahaja. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik kan...kalau tak dah lama saya lari macam dalam cerita derama melayu yang sangat klise tuuu...he h ehhe

      Delete
  3. Replies
    1. alamak...ada, ada...memang kena makan dengan sambal kicap...
      tak sempat tunjuk laaa...dalam esbok banyak

      Delete