Pages

Friday, August 2, 2013

Akak cun Habis

Akak Tuan Kedai:     "Nak order apa kak?"

Akak yang cun habis:   " Nasi goreng kerabu 4, daging merah 2, telur dadar 3, nasi goreng pataya 1, sup ekor 2" 

(Akak tuan kedai mencatat dengan cekapnya)

Akak Tuan Kedai mengulang order dengan cekap dan betul...

Akak Tuan Kedai: Betul ya?

Akak yang cun habis: "Ya...betul-betul.

Akak Tuan Kedai: " Air apa yer?"

Akak yang cun habis:  " Sirap limau 3, teh o ais 1, teh o ais limau 1"

(Akak tuan kedai mencatat dengan cekapnya)

Akak Tuan Kedai:  " Saya ulang yer... Sirap limau 3, teh o ais 1, teh o ais limau 1".

Akak yang cun habis pun angguk-angguk sambil memberikan senyuman yang paling menyeramkan menawan...



20 minit kemudian...

Terkesima akak...

Nasi goreng kerabu 3   
nasi goreng daging merah 2
telur dadar 3
nasi goreng pataya 1
sup ekor 2

Air sirap 3
teh o ais 1
teh o ais limau 1...

Sila tanda / pada jawapan yang betul dan X pada jawapan yang salah....

Adakah ...adakah kerana akak,  Cun habis? atau Cun akak dah habis?
Akak cunn habis terus beristigfar...ampunilah akak tuan kedai...


4 comments:

  1. naik merening kulit perut nak menghabiskan segala jenis pesta nasi goreng... kahkahkah

    ReplyDelete
  2. kann...membunting perut I, UUuu...he he he...pengsan

    ReplyDelete
  3. Salam Gerau. Lucu ...

    Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari Along sekeluaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Alongg...tentu banyak along masak untuk ghaya ...

      Delete